Thursday, September 27, 2012

Nasihat untuk Para Wanita..

Assalamualaikum kepada pembaca muslim sekalian.

Alahai, bilalah nak bertambah fiollower ni yer? Huhuhu..Terfikir pulak nak update status hari ni hal2 yang bermanfaat sikit. Hehehehe. Ni pun lepas dengar satu kajian ilmiah kat satu saluran TV berkaitan tanggungjawab seorang isteri, atau kata lain Hak seorang suami. Aku tulis ni umum untuk semua, termasuk utk peringatan diri aku sendiri.

Aku tertarik nak berkongsi sebab ustaz tu ada cakap kes2 penceraian byk berlaku la ni. Antara sebabnya ialah hilangnya rasa hormat seorang isteri terhadap suaminya. Ye la kan, la ni ramai je perempuan lebih tinggi kedudukan mereka dari segi gaya hidup, kerjaya dan sebagainya daripada lelaki. Bahkan dalam rumahtangga pun ada yang berkeadaan sedemikian. Mari kita lihat hal ini dari kaca mata agama.

Ustaz tu ada bawa satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam At-Thayalisi, yang mana antara kandungan tanggungjawab isteri kepada suaminya,

1. Jangan menolak ajakan/hajat suami walaupun ketika itu berada di atas kenderaan
2. Tidak boleh berpuasa sunat tanpa izin suami. Jika berpuasa jugak, pahala untuk suami, dosa untuk isteri.
3. ( aku tak sempat nak tulis sebab anak2 dah bangun tidur).huhuhuhu. Tapi kalau tak silap telinga aku ni dengar ialah seorang isteri tak boleh izinkan sesiapa masuk ke dalam rumah tanpa izin suami, even saudara mara isteri sekalipun.
4. Jangan keluar rumah tanpa izin suami. Jika keluar juga, maka laknat Allah ke atasnya dan malaikat akan membencinya.(kepada isteri2 yang bekerja sudahkah anda minta izin kepada suami anda ketika mula2 kawen dulu untuk bekerja?) Dan dihujung hadis nabi bersabda, WALAUPUN SUAMI ITU SORANG YANG ZALIM.

Panel dalam rancangan tu ada bagi tips kepada isteri, kalau nak tau samada anda taat atau tidak pada suami.
1. Menilai semula apakah isteri telah buat apa yang suami suruh? Contoh mudah suami nak makan lain, tapi isteri masak lain.
2. Jangan buat apa yang suami tak suka, bukan setakat yang suami larang, yang suami tak suka pun tak boleh buat. Contoh suami tak suka isteri pakai tudung Ekin, tapi isteri pakai jugak.
3. Tunaikan hajat suami jika suami minta. Jangan paksa suami kalau suami taknak.

Hormat pulak ada 2 aspek kata penel tersebut:
1. Hormat dari aspek tubuh badan (body language). Kalau isteri bermasam muka dengan suami pun dah dikira salah, apatah lagi isteri yang menghentak-hentak kaki depan suami sebab marahkan suami. Huhuhuhu
2. Hormat dari aspek tutur kata. Tidak menghina, meninggi suara, merendah-rendahkan suami, mengungkit2 pemberian kepada suami dan sebagainya.

Ustaz tersebut ditanya, kalau suami tu teruk perangainya, zalim dan sebagainya, selalu buat isteri marah, ustaz tersebut jawab dengan sebuah hadis nabi :Dalam sebuah hadis yang darjatnya hasan lighairihi, Nabi bersabda:

" Apabila seorang wanita itu solat sempurna lima kali sehari semalam, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatan(kemaluannya) dirinya, dan taat kepada suaminya, maka di akhirat nanti dikatakan kepadanya, "Masuklah ke dalam syurga, dari pintu syurga mana pun yang engkau sukai."

Mudahnya wanita nak masuk surga. Dah ada tiket menanti. Rugi wanita yang tak nak amik tiket ni.

Dan dalam hadis di atas tadi pun Nabi dah sebut WALAU PUN SUAMI ITU ZALIM, tetap kena taat. Tak boleh keluar rumah tanpa izin suami. Namun, Islam ada menetapkan fasakh jika telah memenuhi syarat dan penelitian yang adil oleh Hakim, zalim yang bagaimana isteri itu dakwa kepada suaminya.

Ustaz itu gak ada ditanya tentang siapa yang kena masak, basuh baju, kemas rumah, bla bla bla lagi..hehehehe

Dalam Islam tidak ada ditetapkan secara khusus siapa yang kena buat semua tu, kiranya hal ni kena ada toleransi dan tolong menolong suami isteri. TAPI, telah ada ketetapan yang jelas dalam Islam bahawa MENDIDIK anak adalah tugas IBU. Ayah juga perlu mendidik anak, cuma soal ini lebih ditekankan kepada seorang ibu sebab ibu yang melahirkan.

Namun para suami yang beriman kepada Allah dan Hari Akhir hendaklah menghormati isteri jugak even lelaki adalah ketua rumahtangga dan juga pemimpin para wanita. Dan para isteri juga hendaklah hormat pada para suami lebih lagi.

Kepada para wanita, ingatlah satu hadis Nabi ni, " Wahai sekalian wanita, bersedekahlah kalian. Kerana sesungguhnya telah diperlihatkan kepadaku bahwa kalian sebagai penghuni neraka yang paling banyak."

Ada ulama mengatakan ini kerana para wanita ini tidak tau bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada suaminya.

Dan para suami hendaklah: "Dan bergaullah dengan mereka secara yang baik." (Surah an-Nisa':19)
Dalam riwayat Imam At-Tirmidzi, Rasulullah bersabda, "Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap keluarganya dan aku adalah yang paling baik terhadap keluarga di antara kalian."

Ingatlah si suami2, " Saling berwasiatlah kalian kepada wanita dengan baik. Kerana susungguhnya mereka diciptakan dari tulang rusuk. Dan sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang paling atas. Maka nasihatlah para wanita dengan baik." (Hadis Riwayat Imama Bukhari)

Dalam riwaya Imam Muslim pulak membawa maksud jika para lelaki ingin memaksakannya juga utk lurus maka engkau akan mematahkannya.

Jadi, hendaklah dengan penuh kebaikan ketika hendak meluruskan para isteri kita.

Kepada para isteri pulak, janganlah cepat marah dan melenting, merajuk lagi bila suami menegur dan komen tentang sesuatu demi untuk kebaikan diri kalian dan rumahtangga kalian sebab sememangnya para wanita ini dijadikan kurang akal dan agamanya. Jadi, para suami gunakanlah kebijaksanaan anda ye. Jangan cepat tarik muka dan tidak bercakap dengan suami kalian jika suami ada menegurmu. Tetaplah bermanis muka dihadapan suamimu. Sebab syurga atau neraka isteri tergantung pada suami kalian. Dapatkan redha Allah dan suami . Berterima kasihlah kepada suami kalian meskipun kebaikan suami kalian sangat sedikit. Dan bersyukurlah para isteri kepada Allah atas anugerah yang diberikan kepada kalian.

Dan para suami, berlaku baiklah kalian kepada isteri kalian sebab Nabi telah wasiatkan dalam khutbahnya di Arafah ketika Haji Wada', yang mana beliau bersabda,

"Bertaqwalah kalian kepada Allah dalam memperlakukan wanita. Kerana sesungguhnya kalian mengambil mereka dengan jaminan Allah dan kalian menghalalkan kemaluan mereka dengan kalimat Allah."

Itulah serba sedikit yang dapat aku kongsikan. Yang tak setuju tak per, yang setuju pun tak per. Hehehehe.

Bye2. tata titu.

No comments:

Post a Comment