Tuesday, September 3, 2013

"Open House" di Petrol Station! Ujian Allah buat kita Semua! Kita Harus Sabar menghadapi situasi ini!

Tentunya malam tadi ramai yang berpusu-pusu ke petrol station untuk mengisi petrol untuk kenderaan masing2.

Maklumlah, YAB PM kita dah umumkan kenaikan harga bahan api RON95 dan diesel RM0.20. Aku pun baru tau masa tengok news kat TV. Apa lagi, aku pun turut sama join "pesta" yang jarang sekali kita nampak ni.

Bagi yang berpendapatan rendah cam aku ni, sudah pasti, kenaikan ini sedikit sebanyak memberi kesan pada perbelanjaan harian. Kebiasaannya, bila harga bahan api naik, ia akan diikuti oleh kenaikan barang2 keperluan. Harapnya, kerajaan kita dapat mengawal dari berlakunya kenaikan barangan keperluan. Kasihanilah kami ini, rakyat bawahan yang terkadang belanja tidak cukup. Bagaimana lagi mahu berjimat?
Makan sekali seminggu ke baru dikatakan berjimat? Dah berjimat sehabis mungkin dah..alih2 harga petrol naik jugak. Huhuhuhuhu.

Pak-pak menteri dan orang2 kaya mungkin "kurang" terasa dengan kenaikan harga bahan api ni. Kalau dulu, pak menteri cakap bila harga ayam naik, pak menteri suruh rakyat jangan makan ayam. Kini, harga petrol dan diesel naik, apa pulak kata pak menteri ye?

Apa pun, kita sebagai umat Islam, hendaklah sabar dalam menghadapi situasi ini. Ini juga salah satu bentuk ujian dari Allah. Kita serahkan kepada Allah soal samada pemimpin kita jujur atau tidak kepada rakyat. Tapi, untuk kita, kita sabar menghadapi ujian yang kecik ini. Allah nak tengok bagaimana kita berdepan dengan ujian kenaikan harga ini. Apakah kita marah, bengang atau redha?

Allah Subhanhu wa Ta’ala menyatakan: “Dan Kami bahagikan mereka di dunia ini menjadi beberapa golongan, di antaranya ada orang-orang yang soleh dan ada yang tidak demikian. Dan Kami uji mereka dengan nikmat yang baik-baik dan bencana yang buruk-buruk, agar mereka kembali (kepada kebenaran).” [Surah Al-A’raaf, 7: 168]

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- إِذَا رَأَى مَا يُحِبُّ قَالَ « الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِى بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ ». وَإِذَا رَأَى مَا يَكْرَهُ قَالَ « الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ ».

Dari Aisyah, kebiasaan Rasulullah SAW jika menyaksikan hal-hal yang beliau sukai adalah mengucapkan “Alhamdulillah alladzi bi ni’matihi tatimmus shalihat”. Sedangkan jika beliau menyaksikan hal-hal yang tidak menyenangkan beliau mengucapkan Alhamdulillah ‘ala kulli ha

(HR Ibnu Majah, dinilai Hasan oleh Imam Al-Albani)








Gambar-gambar semasa di Petrol Station, Bandar Saujana Putra, Jenjarom, Selangor.