Friday, November 29, 2013

Akhirnya...

Hai u olls!! Pekabo semua? Sehat2 no..Alhamdulillah, syukur pada Allah.

Aku taknak cerita banyak, just nak kongsi gambar-gambar Usaid tengah bermain kerusi masa kat kampung hari tu. Berusaha gigih dia nak keluarkan dirinya dari bawah kerusi tu.


Jom main!! 

Yey!! Berjaya masuk bawah kerusi!

Alamak, tersekat pulak! Masa ni, Usaid dah mula nak menangis minta tolong. Hehehe. Tapi aku biarkan dia berusaha gigih!! Go go go Chaiyyok!!

Yes!! Sikit lagi ni!

Sikit lagi nak berjaya!

Yahoooo!! Dah keluar! Bagus anak bujang ayah ni!

Thursday, October 31, 2013

Mycoplasma Pneumoniae IgM Antibody

Hai semua. Sesapa yang sudi baca, kritik, kutuk dan puji penulisan blog aku ni, mekasihlah ek.

Hmm, apa agaknya entry aku kali ni ek? Nak sebut tajuk entry kat atas tu pun tergeliat lidah den. Ha, itu adalah sejenis jangkitan paru-paru yang boleh kena pada sesiapa saja. Kenapa aku nak story mory pasal bendalah ni? Sebenonya, anak sulung aku baru-baru ni kena tahan wad selama 3 hari kat Hospital Islam Az-Zahra akibat oleh jangkitan bakteria Mycoplasma ni.

Simptom yang anak aku kena ialah demamnya on-off hampir 10 hari. Mulanya Unaisah demam biasa pada waktu malam jek. Siang okey jek dia. So, bila dah 3 hari demam malam, wife aku bawa gi ke klinik biasa dulu. Doc bagilah ubat demam jek. Antibiotik tak bagi lagi sebab demam biasa. Lepas 4 hari macam tu, demamnya tak kebah jugak. Sebab Unaisah hanya demam waktu malam, kadang2 suhunya cecah 39 darjah celcius. Risau gak. Bagi ubat cam tak ada efek. Bawa balik ke klinik. Doc bagi antobiotik untuk dimakan 3 hari. Lepas 3 hari, demam malamnya tak kebah2 jugak. Suhunya makin meningkat 39 darjah lebih. Kadang2 cecah 39.6 darjah. So, aku and wife buat keputusan bawa jumpa pakar. Takut ada maslah lain.

Isnin, 28 Oktober 2013, pagi2 lagi aku dah bawa Unaisah ke Hospital Islam Az-Zahra. Time ni mata anak aku dah merah dan berair. Bila cek suhunya, rupanya dan cecah 40 darjah celcius! Memang panas sangat badan dia. Aku dah risau betul dah. Sampai je hospital, aku tak terus amik nombor, tapi terus gi kaunter minta doc rawat anak aku dulu, sebab tengok kondisi anak aku yang dah tak bermaya tu. Time ni memang ramai gile orang kat hospital ni. Kena que jugak anak aku. Tapi alhamdulillah, tak lama. Lepas doc cek, doc cadangkan masuk air dulu dan ubat masuk kat bontot sebab nak stabilkan suhu badan Unaisah. Tapi tu lah, nak dijadikan cerita, dua kali nurse cucuk jarum kat tangan anak aku, tapi darah tak boleh nak keluar untuk diambil buat ujian. So, doc buat keputusan mandikan dulu anak aku. Doc kata, kemungkinan salur darah tu mengecil sebab suhu badan yang tinggi sehingga 40 darjah! Nak dijadikan cerita juga, katil wad penuh hari tu. Anak aku pesakit yang ke 4 tunggu turn untuk masuk wad. Sabo jelah. So, doc suruh balik rumah dulu. Dah ada wad kosong, pihak hospital akan call. So, terpaksalah balik. Tapi doc bekalkan ubat demam juga sementara tunggu wad kosong. Alhamdulillah, dalam kul 12 tengahari tu, hospital call bagitau dah ada wad kosong, boleh dah bawa anak.

Lepas dah masuk wad, darah pon berjaya diambil untuk diuji. Doctor pakar sendiri yang amik darah sebab mula2 tadi nurse tak berjaya buat. Mulanya doc suspek denggi, sebab kebetulan banyak kes denggi hari tu. Tapi lepas ujian darah dapat, keputusan denggi negatif. Tapi doc kata paru-paru anak aku kena jangkitan kuman Mycoplasma Pneumoniae. Jenuh aku nak sebut mula2 tu. Hahaha. Puncanya kemungkinan dapat jangkitan di kolam renang (hahaha, entah bilalah aku pernah bawa anak aku pegi berenang, sedangkan aku sendiri pun tak pandai berenang), ada pergi ke tempat keramaian/orang ramai (rasanya tak ada bawa Unaisah ke tempat orang ramai). Pening jugak dari mana anak aku dapat jangkitan ni. Ha, baru aku teringat, mungkin anak aku kena masa di taska. Sebab kadang2 kat taska ni ada main sesi mandi kat kolam renang plastik tu. Aku minta wife tanyakan pihak taska. Sah! Sebelum anak aku demam memang ada budak2 mandi kat kolam ramai2. Huhuhuhu.

So, berkampunglah aku selama 3 hari kat Hospital. Banyak antibiotik kena bagi kat anak aku. Tapi kesian, time nak masuk ubat ni kat tangan, time tulah anak aku menangis sebab sakit. Nurse kata memang sakit bila masuk antibiotik ni. Kalau orang dewasa pun tak tahan, apatahlagi kanak2 kan.

Apa itu Mycoplasma Pneumoniae?

Hasil carian aku kat Encik Google, ‘Mycoplasma infection’ atau jangkitan mycoplasma adalah penyakit pernafasan yang disebabkan oleh pneumonia Mycoplasma, sejenis organisma mikroskopik, yang berkait rapat dengan bakteria tetapi bakteria tersebut tiada dinding sel. Organisma adalah lebih besar daripada virus tetapi lebih kecil daripada bakteria, maka ia dipanggil “atipikal” bakteria.
 photo mycoplasma_zps1d9a998d.jpg
Jangkitan Mycoplasma merebak melalui sentuhan melalui titisan dari hidung dan tekak oleh orang yang dijangkiti apabila mereka batuk dan bersin. Ia boleh merebak apabila sentuhan yang berpanjangan dan rapat dengan orang yang dijangkiti. Ia boleh tersebar melalui dalam keluarga, sekolah dan institusi, secara perlahan-lahan. Tempoh berjangkit adalah mungkin kurang daripada 10 hari dan kadang-kadang boleh menagmbil masa yang lebih lama.Sesorang mungkin boleh menjadi imun terhadap jangkitan Mycoplsma jika pernah dijangkiti sebelum ini, tetapi tidak sepanjang hayatnya. Jangkitan kedua boleh berlaku, walaupun mungkin kesannya menjadi lebih ringan. Tempoh imuniti seseorang individu adalah tidak diketahui.


Terima kasihlah kepada kawan-kawan yang sudi melawat anak aku dan aku kat hospital. Paling tak tahan, kerja ofis bawa ke hospital sebab urgent. Hahaha. Sabo jelah.

Hasil Ujian darah Unaisah.

Ni lah Ubat antibiotik yang menyebabkan Unaisah menangis time masukkan ubat ni.

Ejen Takaful pun datang ziarah.

Berselera Unaisah makan. Dah sehat sikit time ni.
Ofismate Sempat Posing Gedik2 gitu..Hahaha







Friday, October 25, 2013

Nombor Kecemasan 999 ni memang Operator Lambat Jawab ke?

Mesti ada yang tertanya-tanya apa kes yang berkaitan dengan tajuk di atas ye?

Ha, semalam, tepatnya 24 September 2013, jam 1830, masa aku on the way nak balik rumah dari pejabat, berlaku lagi eksiden depan mata aku. Entahlah, ni dah kali berapa aku pun tak ingat, kemalangan berlaku depan aku a.k.a depan kereta aku.

Motor berlanggar dengan kereta.

Puncanya, makcik yang drive kereta ni, parking kete dia kat lorong kecemasan kat Elite highway menghala ke Bandar Saujana Putra (kat rumah aku lah). Dah parking kat lorong kecemasan, tapi makcik ni tak bagi lampu kecemasan dan letak kon kat belakang kete dia. So, bagi penunggang motosikal ni, kadang-kadang tak terperasan kereta di depan ni tengah gerak ke tak. Alih2 bila dah dekat dengan kereta barulah perasan yang kereta tu pegun a.k.a tak bergerak. Nak ngelak memang tak sempatlah. So, bedebum. Motor berlanggar dengan motocar.

Aku yang tengah kusyuk drive belakang motor tu terperanjat tengok penunggang motor tadi terjatuh depan kereta aku. Alhamdulillah, dia sempat bangun untuk mengelak aku dan kereta2 lain menggilis dia. Mujur, Allah selamatkan dia dan aku. Namun, brader motor tu, rebah jugak kat tepi highway. Kakinya tak boleh nak gerak. So, aku pun amik keputusan call talian kecemasan 999, untuk dapatkan ambulans. Ye lah, risau kan, kot2 ada kecederaan parah pada brader motor ni. Tapi yang buat aku geram, banyak kali aku dail 999, line ada, tapi tak ada orang jawab. Patut ke? Kata talian
kecemasan, sepatutnya kenalah cepat jawabkan. Banyak kali jugaklah aku dial 999 tu. Akhirnya aku mengalah, malas nak dial lagi bila talian tidak bersambut. Aku tawakkal jelah moga ada peronda plus atau polis lalu. Alhamdulillah, plus ronda dan polis datang ke tempat kejadian.

Aku tanya brader tu, nak bawa ke hospital tak. Brader tu tak menjawab, tapi dia cuba untuk bangun. Pengguna2 lain ramai dah berhenti melihat apa yang berlaku. Ada yang tolong tengok, ada yang tolong startkan motor brader ni. Biasalah, bila dah berlaku eksiden kat highway, apa lagi, jemlah jalan kan?

Alhamdulillah, brader tu boleh bangun tapi kesian juga tengok dia dengan luka2 kat muka, seluar koyak, lutut berdarah....Lastly polis minta setel kat exit bandar saujana putra untuk elak kesesakan lalulintas.

Aku eskotlah dari jauh brader ni bawa moto dia balik sampailah exit bdr saujana putra.

Seorang penunggang tolong hidupkan enjin motorsikal yan terlibat kemalangan.

Keadaan kereta yang dilanggar.

Aku eskot dari belakang brader tu untuk exit ke Bdr Saujana Putra.



Mari Mengemas Kawan-Kawan

Assalamualaikum u olls yang sudi gak jengah2 blog aku ni.

Lama benau tak update blog nih. Senang cerita, tak tau nak letak apa. Kuang kaung kuang..

So, apa2 jek yang aku buat, tu yang tetiba rasa nak sumbat je kat blog ni. Janji blog ni aktif dan tak sunyi senyap. Hehehe.

Dipendekkan al-kisah, baru-baru ni, aku dan ofismate yang tersangat ramai kat ofis ni ada sesi mari mengemas pejabat. :D. Almaklumlah, kadang2 mata ni rasa macam boring je dengan susunatur perkakas dan perabut yang sama je, dari dulu sampailah la ni. Tu yang dok berbincang dengan kawan2 ni, nak kasi cantek ofis ni. Sejuk dan mendamaikan mata yang memandang. Ceh wah..Hahahaha.

Mana tau, dapat markah 100% dari boskan. Hehehe.


Dua gambar di atas: Rajin mak dara dan anak dara duk menghias tempat aku. Mekasih le yer.

Suami sapa lah ni ek?


Enscik-Encik suami yang paling rajin kat ofis. Hahaha



Sesi takaful

Baru-baru ni, agen takaful PRUBSN, Mr Faizal datang kat ofis aku untuk sesi penerangan pakej takaful PRUBSN untuk ofismate2 aku.

Antara pelan2 takaful yang beliau tawarkan untuk ofismate2 aku ni seperti pelan persaraan, kesihatan dan banyak lagilah.

Biasalah, bagi kitorang sebagai "pencarum" takaful ni, mestilah nak pulangan balik dari apa yang kita dah simpan bertahun2. Kiranya, macam simpan duit kat bank, kita boleh amik duit kita balik. Sebab sesetengah insurans ni, kalau kita sehat seumur hidup, sebesar kuman pon kita tak dapat balik duit2 yang kita dah laburkan.

Mudah-mudahan takaful PRUBSN ni tak macam insurans2 yang lain. Aku pon belum buat keputusan nak amik ke tak takaful ni. Nak buat calculation dulu, kena tengok bajet jugak apa.







Thursday, October 10, 2013

Usaid dah Pandai Merangkak dan nak Belajar Berdiri

Assalamualaikum.

Dah hampir sebulan aku tak update blog nih. Banyak outstation sejak dua menjak ni.

Cam biasa, aku suka berkongsi perkembangan anak lelaki aku yang sorang ni. Bulan ni, Usaid dan berumur 8 bulan. Sekejap jek rasa dia dah nak membesar.

Usia dia 7 bulan, dia dah pandai merangkak, tapi dia lebih suka menyusur cam askar tu. Agaknya dia fu\ikir menyusur tu lebih cepat sampai ke destinasi yang dituju. Ahaks.

Dah nak masuk 8 bulan dia dah pandai panjat memanjat dah. Dan start nak berdiri.

Usaid sedang bermain dengan sayur lobaknya.

Usaid ni tengah buat apa agaknya eh? Rasanya dia tengah ukur dinding rumah kot..

Tuesday, September 3, 2013

"Open House" di Petrol Station! Ujian Allah buat kita Semua! Kita Harus Sabar menghadapi situasi ini!

Tentunya malam tadi ramai yang berpusu-pusu ke petrol station untuk mengisi petrol untuk kenderaan masing2.

Maklumlah, YAB PM kita dah umumkan kenaikan harga bahan api RON95 dan diesel RM0.20. Aku pun baru tau masa tengok news kat TV. Apa lagi, aku pun turut sama join "pesta" yang jarang sekali kita nampak ni.

Bagi yang berpendapatan rendah cam aku ni, sudah pasti, kenaikan ini sedikit sebanyak memberi kesan pada perbelanjaan harian. Kebiasaannya, bila harga bahan api naik, ia akan diikuti oleh kenaikan barang2 keperluan. Harapnya, kerajaan kita dapat mengawal dari berlakunya kenaikan barangan keperluan. Kasihanilah kami ini, rakyat bawahan yang terkadang belanja tidak cukup. Bagaimana lagi mahu berjimat?
Makan sekali seminggu ke baru dikatakan berjimat? Dah berjimat sehabis mungkin dah..alih2 harga petrol naik jugak. Huhuhuhuhu.

Pak-pak menteri dan orang2 kaya mungkin "kurang" terasa dengan kenaikan harga bahan api ni. Kalau dulu, pak menteri cakap bila harga ayam naik, pak menteri suruh rakyat jangan makan ayam. Kini, harga petrol dan diesel naik, apa pulak kata pak menteri ye?

Apa pun, kita sebagai umat Islam, hendaklah sabar dalam menghadapi situasi ini. Ini juga salah satu bentuk ujian dari Allah. Kita serahkan kepada Allah soal samada pemimpin kita jujur atau tidak kepada rakyat. Tapi, untuk kita, kita sabar menghadapi ujian yang kecik ini. Allah nak tengok bagaimana kita berdepan dengan ujian kenaikan harga ini. Apakah kita marah, bengang atau redha?

Allah Subhanhu wa Ta’ala menyatakan: “Dan Kami bahagikan mereka di dunia ini menjadi beberapa golongan, di antaranya ada orang-orang yang soleh dan ada yang tidak demikian. Dan Kami uji mereka dengan nikmat yang baik-baik dan bencana yang buruk-buruk, agar mereka kembali (kepada kebenaran).” [Surah Al-A’raaf, 7: 168]

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- إِذَا رَأَى مَا يُحِبُّ قَالَ « الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِى بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ ». وَإِذَا رَأَى مَا يَكْرَهُ قَالَ « الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ ».

Dari Aisyah, kebiasaan Rasulullah SAW jika menyaksikan hal-hal yang beliau sukai adalah mengucapkan “Alhamdulillah alladzi bi ni’matihi tatimmus shalihat”. Sedangkan jika beliau menyaksikan hal-hal yang tidak menyenangkan beliau mengucapkan Alhamdulillah ‘ala kulli ha

(HR Ibnu Majah, dinilai Hasan oleh Imam Al-Albani)








Gambar-gambar semasa di Petrol Station, Bandar Saujana Putra, Jenjarom, Selangor.

Friday, August 30, 2013

Rumah Baru, Jiran Baru, Environment Baru & Beraya Di Rumah Baru

Hari ni, dah hampir 2 bulan aku berpindah ke rumah baru. Alhamdulillah, selesa untuk aku anak beranak.
Kiranya dalam masa sebulan setengah pas amik kunci rumah, buat renovation, pemaju siap repair segala defect yang ada, siap untuk diduduki.

Dapat jiran baru. Sebelah kiri dan kanan rumah aku jiran melayu dan india. Jiran Melayu dah kenal orangnya, En Mohd Hafiz Bin Salehhuddin beserta isteri. Muda lagi orangnya. Yang india, belom pernah jumpa lagi. Deret rumah aku ni, baru aku jek yang dah duduk. Yang lain semunya belum pindah lagi. Harapnya ramailah yang akan berpindah lepas raya ni. Jiran baru yang lain, selang 8 buah rumah, namanya Khairul, seorang duda. Orang Tanjong Karang. Sebelah rumah dia, En Nik, ore kelate. Depan rumah En Khairul pulak En Fazli, keje kat proton. Anak dua orang dah. Hehehe. Semua aku tau. Maklumlah, dah duduk rumah sendiri ni, kenalah ramah kan. Kena kenal jiran2. Apa2 hal nanti senang. Tak boleh nak menyombong. Nak harapkan deme yang jumpe teman dulu, jangan haraplah. Orang melayu kita ni terlalu segan agaknya. Nak tak nak terpaksalah teman tebalkan muka dok bagi salam kat jiran2 baru ni untuk sesi suai kenal. :D. Cumanya depan rumah aku ni, aku belum kenal even dia pindah lebih awal dari aku. Macam nak ngelak je dari bertembung dengan aku. Harap2 dia tak sombonglah.
Ni lah rumah baru aku dan keluarga.


Rumah dah baru. Anak2 dara aku pon dapatlah katil baru. 

Persekitaran baru. Ofkoslah kan, dah duduk rumah baru, suasana pon barulah. Ada yang rumah jiran masuk ular (jiran baru beb!), nyamuk jangan cakaplah. Mungkin rumah baru, nyamuk pun suka singgah ziarah jap. Hahaha.


Ni kawasan sekitar rumah. Yang macam bukit tu, adalah ladang teh dan ladang kepala sawit. Serius beb, memang ada ladang teh. Tak payah nak pergi Cameron Highland tgk ladang teh. Hehehe

Berpuasa dan beraya pon di rumah baru. Alhamdulillah, ada gak kawan2 lama datang ziarah aku dan keluarga. Terima kasihlah kepada yang sudi datang ziarah aku sekeluarga. Pada kawan2 wife aku, opismate2 aku, Mr Syahmim, akak aku..semualah, terima kasih. Seronok dapat layan tetamu datang rumah ni.

Lauk ni wife masak masa ofismate aku nk datang beraya. Nama resepi ni, Lenggang Kangkung Goreng Belacan Maveles. 

Ni Sambal Udang Berapi Memang Sedap namanya. Wife aku masak.

Ha, yang ni special sikit. Resepi ni, aku sendiri masak tau. Serius, aku yang masak tau. Nama resepi ni, Kari Ikan Tongkol Kak Ani Superb Sedap! Rempah kari buat sendiri tau, tak mainlah rempah express ni.  Kenapa kak ani ek? Emm, sebab resepi ni Kak Ani bagi kat aku. Siapa kak ani? Beliau ialah opismate aku.


Sekian, kepada saudara mara aku, jemputlah datang ke rumah ye..