Wednesday, March 18, 2015

Akan datang.....

"Ku peruntukkan risalah ini bagimu, duhai Isteri Shalihah.....Raihlah syurga di rumahmu dengan bakti dan cinta pada suamimu tersayang....

Jeng jeng jeng..apa agaknya yer..Nantikan..coming soon..In Sya Allah..

Memberi nama kepada anak adalah HAKNYA bapa bukannya HAKNYA ibu

Di dalam Tuhfatul Maudud bab XIII fasal 5,

Dalam masalah ini tidak ada perselisihan lagi di antara para ulama bahawa yang paling berhak memberi nama kepada anak adalah bapanya, bukan ibunya. Imma nama tersebut dia cari sendiri kerana dia telah memiliku ilmu dalam masalah pemberian nama, imma dia bertanya kepada orang alim (ahli ilmu), sama saja tidak ada perbezaan. Dalil-dalilnya dalam bab-bab terdahulu. Silalah semak ya...


Nama-Nama yang Tidak Disukai yang Patut Ditinggalkan atau Diganti dengan Nama yang lain

Antara bab ketika menamakan anak yang perlu diperhatikan juga ialah, nama-nama yang tidak begitu disukai, antara lain ialah:

1. Memberi nama dengan nama-nama yang ertinya menunjukkan kepada doa dan maksiat seperti zalim! (minta-minta tak adalah ibubapa yang namakan anaknya dengan nama Zalim..huhuhuhu)

2. Memberi nama anak dengan nama-nama haiwan seperti Dugong dan sebagainya.

3. Memberi nama anak dengan nama yang merangsang (nafsu seks)

4. Memberi nama anak dengan nama-nama  Fir'aun dan orang-orang yang sombong dan zalim seperti Qarun, Haamaan dan sebagainya.

5. Memberi nama anak dengan nama yang membawa makna seolah-olah mensucikan atau menetapkan kesucian dirinya. Berkata Imam Ath-Thabari, "Tidak patut memberi nama dengan nama yang buruk maknanya dan dengan nama yang menetapkan kesucian dirinya.." (Dinukil dari Al Hafidz di Al Fath)

6. Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Imam Muslim (6/172) dari sahabat Samurah bin Jundub,

" Rasulullah SAW telah melarang kami memberi nama kepada budak-budak kami dengan empat buah nama, 1. Aflah (yang menang), 2. Rabah (yang beruntung), 3. Yasar (yang mudah) 4. Nafi'(bermanfaat). 

Dalam riwayat lain dari sahabat Samurah bin Jundab, berkata, telah bersabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam, "Perkataan yang paling dicintai oleh Allah ada empat; Subhanallah, Alhamdulillah, Laa Ilaaha illallah dan Allahu Akbar. Tidak salah bagimu memulai (mengucapkannya) dari yang mana saja. Dan janganlah engkau namakan ghulammu dengan (nama) Yasar, Rabaah, Najih dan Aflah. Kerana sesungguhnya apabila engkau bertanya: Apakah di sana ada dia? Padahal dia tidak ada di sana. Maka orang pun akan menjawab: Tidak ada!"

Inilah 'illat (sebab) tidak disukai memberi nama dengan nama-nama itu, kerana apabila seseorang bertanya, Apakah di sana ada Rabah (yang ertinya beruntung)? Kemudian orang menjawab, "Di sini tidak ada Rabah (yang beruntung). Jawaban seperti inilah yang Nabi tidak suka, sebab seolah-olah tidak ada keberuntungan, tidak ada kemenangan dan sewaktu dengannya.

Maka Islam telah memberi jalan iaitu boleh mengganti nama-nama yang tidak disukai atau yang buruk maknanya dengan nama-nama yang baik.

Dalilnya:

1. Dari Ibnu Umar: Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam telah mengganti nama 'Ashiyah (yang ertinya perempuan yang maksiat) dan beliau bersabda kepada perempuan tersebut, "Engkau (yakni namamu sekarang adalah) Jamilah." (HR Imam Muslim)

2. Dari Said bin Musayyab dari bapaknya (iaitu Musayyab bin Hazn) ia berkata: Sesungguhnya bapaknya (iaitu Hazn) telah datang kepada Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam. Lalu beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam bertanya, "Siapakah namamu?".

Dia menjawab, "Nama saya Hazn."

Beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Engkau Sahl (yakni namamu sekarang diganti dengan Sahl)."

Jawab Hazn, "Aku tidak akan merubah nama yang telah diberikan bapakku kepadaku." 

Berkata Said bin Musayyab, "Sesudah itu, maka sentiasa khuzuunah ada pada (keluarga) kami."
(HR Imam Bukhari)

*Hazn ertinya ialah tanah yang keras. Sedangkan lawannya iaitu Sahl (tanah yang lembut). Hazn biasa terpakai pada akhlak. Inilah apa yang dimaksudkan oleh Said Bin Musayyab, "sesudah itu maka sentiasa ada kekerasan (khuzuunah) pada keluarga kami."

In Sya Allah berjumpa lagi...