Monday, June 24, 2013

Asap Fogging vs Jerebu

Jerebu jerebu jerebu..Itulah situasi yang dialami hampir seluruh negara lani. Inilah ujian dari Allah buat kita semua, untuk kita sama2 beristighfar kembali atas semua dosa2 yang pernah kita lakukan.

Maksudnya: "maka aku katakan kepada mereka: 'Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, -sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai." (Nuh 71: 10-12)

(Lihat Tafsir Al-Qurtubi 18/302, kisah yang lebih kurang sama terdapat didalam kitab Fathul Bari didalam bab Keutamaan Istighfar)


Highway Putra Height yang biasanya nampak, kelihatan kelam diliputi jerebu.

Plaza Tol Putra Height

Sepanjang Elite Highway menuju Bdr Saujana Putra

Kelihatan kabur Tol SKVE Saujana Putra

Pandangan malam di kawasan Flat Saujana Putra.


Jom sama-sama kita memohon keampunan kepada Allah agar diturunkan hujan supaya jerebu yang melanda Allah pindahkan ke tempat lain, bukan di atas kita.


Entry kali ni aku nak story sikit pasai area rumah yang aku sewa lani, Bdr Saujana Putra, Jenjarom, Selangor. Pihak kementerian kesihatan, khususnya Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Langat telah mengisytiharkan bahawa kawasan perumahan aku menyewa ni adalah kawasan wabak denggi. Huhuhu. Makanya setiap petanglah orang2 kementerian kesihatan ni datang sembur asap (fogging). So, berlumba-lumbalah asap fogging dan asap jerebu mennyelubungi kawasan perumahan ni. ahaks. Dah banyak kes dah mereka yang terkena demam denggi. Mengikut apa yang diberitahu oleh pihak jawatankuasa penduduk, kes yang berlaku di beberapa blok flat di sini adalah berpunca daripada tangki air di dalam rumah mereka, yang mana nyamuk2 aedes ni telah bertelur dan seterusnya membiak di dalam tangki air rumah2 mereka. 

Ini di sebabkan mereka barangkali tidak perasan yang penutup tangki air rumah mereka terbuka, dan membolehkan nyamuk aedes ni bertelur. 








Gambar-gambar sekitar kerja2 mem'fogging'

Thursday, June 20, 2013

Pasal Rumah Baru Lagi...

Entry yang lepas, aku ada bagitau pasal ramai (ke banyak lebih sesuai) company yang htr mesej dan call tanya nak buat renovation ke tak. Dalam ramai2 tu, aku berkenan dengan brother dari satu syarikat yang deal dgn aku ni. Brother Saiful namo eh dari company yang berpusat di Seksyen 23, Shah Alam.

Aku setuju lantik dia sebagai kontraktor rumah aku. Ceh wah..ayat tak hingat. Ngeee!! Sebabnya aku lantik dia seperti di bawah:

1. Dia rajin follow up dengan aku. Tak macam compony2 lain, sekali jumpa terus senyap. Tak suka org camtu. Sama cam agen PRUdential Takaful aku, En Faizal Azizan, a.k.a mamat perasan macho and hensem (katanya kalau dia appointment 1 by 1 dgn perempuan nak explain pasal Prudential takaful ni, dia cakap, cair perempuan tu, tak sempat dia nak buka mulut, perempuan dah sain dah form), dia rajin contact2 aku. ehem, en Faizal kalau baca ni, jgn lupa bagi angpau raya nanti ek..Angpau ada isi tau. Tak nak arr kad raya je setiap tahun. Hahaha..

2. En Saiful ni harga boleh runding tahap terbaik, tak terlalu murah dan tak terlalu mahal. Kalau murah sgt, takut hasil tak memuaskan. Al maklumlah, kita bayar murah, takot kerja pon cincai. Ye dak?

3. En Saiful ni cakap sopan jek. Hahahaha..

4. Aku dah search dengan Mr . Google pasal track record company dia. Overall ok dan semua komen yang diberi oleh bekas2 customer dia positif.

Bawah ni kerja2 yang En Saiful dah mula buat kat rumah baru aku ni.

Ni table top kat dapur. Cadang nak letak jubin warna putih berkilat. Hehehehe

Ni tambah tembok kat belakang sebab nak pasang grill sampai bumbung. 

Table top gak

Jubin pon dah pasang kat dinding table top. Jubin tu sebenarnya berkilat, dalam gambau je nampak suram. Hahaha

Yang ni, kaunter bar. Adalah tingginya sampai paras bawah dada aku.

Ni pulak, plaster siling kat living hall.

Wednesday, June 19, 2013

Rumah Baru..

Alhamdulillah, akhirnya penantian selama 3 tahun berakhir. 08.05.2013 hari tu dapat surat dari developer, suruh amik kunci rumah yang aku and wife beli 3 tahun lepas.

Selepas segala urusan dengan pihak bank, developer berkaitan pembayaran terakhir, selesai, pada 10.06.2013 hari tu, dapatlah aku kunci rumah kat Camellia Cottage, BSP Avenue, Bandar Saujana Putra, Jenjarom, Selangor. Alhamdulillah.

Dapat je kunci, berderet mesej masuk kat HP ni daripada agen2 hartanah dan tukang2 rumah. Hehehehe. Agen-agen hartanah ni takada lain, tanya kalau2 tuan rumah nak jual atau sewakan rumah. Idaklah teman nak sewa atau jual rumah tu, insya Allah dalam masa terdekat ni.

Tukang-tukang buat renovation dan design rumah pun dok mesej2 tanya kot2 nak renovate rumah. In Sya Allah, memang ada niat nak buat kasi cantik sikit rumah pertama ni. Mana diorang dapat nombor HP aku pun aku tak pasti. Huhuhuhu..

Ni gambar pagar rumah masa cek defect kat rumah ni..

Tuesday, June 18, 2013

Unaisah dan Umainah dulu-dulu.

Hai u olls..Assalamualaikum..sehat2 hendaknya..

Tak tau nak letak tajuk apa..Ngee..

Tengah dok belek2 HP, ternampak pulak satu video lama ni. Video Unaisah masa tgh rajin menolong kenduri kawen Anak Nenek Teh nya..He he he he..

Sekarang dah besau dah dia. Alhamdulillah, rajin anak dara sorang ni..

Rajin menolong mak longnya. Hu hu hu hu..

Umainah dengan basikalnya..

Thursday, June 6, 2013

Ayam Jantan Kek Kampong Den Bertelur?

Wow!!! Berita gempaq ni..Ayam Jantan peliharaan mak aku kek Kampung Batang Nyamor, Kota, Negeri Sembilan bertelur? Biar betul ni mak?. Huhuhuhu.

Hujung bulan Mei hari tu, aku balik kampung untuk bercuti. Mak aku pulak, Puan Asmah Abdul Aziz, tunjukkan kat aku sebiji telur yang saiznya tersangatlah kecil, lebih kurang satu inci = setengah ibu jari aku yang comey. (hahahaha). Mak aku kabarkan yang itu ialah telur ayam jantan!. Erk? Betui ka ni?

Tetiba teringat dialog si Bujang Lapuk dalam Filem P Ramlee ketika Pendekar Mustar bertanya kepada Aziz Satar, "Anak ni kerja apa?" Tanya Pendekar Mustar. "Saya ni kerja menunggu ayam jantan bertelur." Jawab Si Aziz. Ooo..Ropenya adalah ayam jantan bertelur ek? Entahlah..Meh tengok gambau2 kat bawah ni ha.


Nilah telur ayam jantan tu. Nak tgk lagi betapa kecilnya ia?

Ni aku bandingkan dengan telur ayam biasa yang beli kat kedai tu. Ala, yang coklat tu telur ayam kena enjet.

Ni pulak aku bandingkan dengan telur ayam kampung. Telur warna putih tu telur ayam kampung. Telur ayam kampung yg dah kecik tu, lagi kecik telur ayam jantan ni.

lagi perbandingan..

Telur ayam jantan kampung vs telur ayam kampung betina(warna putih)

Ukuran telur ayam jantan kampung lebih kurang seinci.

Saiz telur ayam kampung betina lebih kurang 1.5 inci.


Ni telur ayam kampung yang biasa dari ayam betina le..Hehehe


Perbandingan saiz telur ayam jantan dengan telur ayam kampung betina.

Ropenya bila aku minta tolong Mr Google cari, memang ada kes ayam jantan bertelur. Hmmm..





Usaid dah Pandai meniarap

Bulan May ari tu, Usaid dah genap 3 bulan usianya. Dan masa yang sama, dia dah pandai meniarap. Berbanding dengan kakak-kakanya, Usaid ni cepat sikit meniarap. Kakaknya yang sulung, Unaisah umur 5 bulan baru pandai meniarap, kakaknya yang second, 4 bulan, adik diorang si Usaid pulak 3 bulan. Eloklah tu, 5,4 dan 3. Agak2 kalau ada rezeki anak lagi, 2 bulan kot dah pandai meniarap. Ahaks.

Selamat menengok gambau2 kat bawah ni..






Orang kata, matanya macam mata orang Korea..Ye ker? Hahaha

Usaid tengah sibuk bermain dengan jari-jarinya.

Eiii, dia dah muak dah..huhuhuhuhu..Si 'baby tuo' pun sibuk nak masuk dalam picture ni. Ngee..