Wednesday, February 27, 2013

Safar 41 Minggu 1 Hari..Akhirnya Lahirnya Anak Aku yang ke-3

Assalamualaikum kawan2 semua..

Setelah bercuti lama, i'm comeback..

Alhamdulillah, setelah menjalani safar yang panjang selama 288 hari bersamaan 41 minggu 1 hari, isteri dah selamat melahirkan anak ke tiga kami, baby boy, seberat 3.16kg di Hospital Serdang secara normal pada 7 Rabiul Akhir 1434H bersamaan 18 Februari 2013M jam 4.56 pagi. Alhamdulillah, aku masih lagi berkesempatan melihat proses kelahiran anak ke 3 ini, sebagaimana anak pertama dan kedua lalu. Setiap malam aku berdoa supaya dianugerahi anak lelaki, dan Allah kabulkan permintaan aku. Setiap hari ketika wife aku mengandung, aku tak lupa berdoa, semoga anak yang Allah anugerahkan ini dianugerahkan sebaik-baik penciptaan sebagaimana sempurnanya rupa paras Nabi Yusuf, imannya kuat sebagaimana imannya Nabi Ibrahim, sabarnya tinggi sebagaimana sabarnya Nabi Ayyub dan akhlaknya indah seindah Al-Quran sebagaimana akhlaknya Nabi Muhammad SAW.

Dan, alhamdulillah juga, pada hari pertama kelahiran itu aku memberinya nama, mentahniknya dan mendoakan keberkahan untuk anak aku, itulah sunnah-sunnah yang di ajar oleh Rasulullah.

Alhamdulillah, pada hari ke 7 juga telah aku lakukan aqiqah dua ekor kambing dan mencukur rambutnya. Cume belum timbang berat rambut anak berapa untuk disedekahkan kepada fakir miskin dengan harga segram perak. Rezeki anak aku kali ni, murah harga kambing, RM350 seekor.

Aku namakan anak aku ini, USAID. Usaid Bin Mohd Yusri. Aku ambil sempena nama seorang sahabat Nabi yang agung, Usaid Bin Al-Hudhair. Rasulullah pernah bersabda, "Sebaik-baik lelaki adalah Usaid."

Sahabat ini merupakan seorang pemimpin yang pintar, berani serta bijak. Antara keistimewaan dan kelebihan yang Allah anugerahkan kepada sahabat besar ini ialah, beliau memiliki suara yang merdu ketika membaca Al-Quran. Sehingga diriwayatkan dalam hadis Shahih Bukhari, ketika beliau membaca Al-Quran, maka kuda yang berada disebelahnya terlompat-lompat. Ketika beliau berhenti membaca, kuda itu kembali tenang. Ketika beliau membaca Al-Quran kembali, kuda tersebut kembali melompat-lompat sehingga Usaid Al Hudhair risau akan terpijak anaknya oleh kuda tersebut.

Perkara ini beliau ceritakan kepada Rasulullah SAW, maka Nabi memberitahu bahwa, ketika beliau membaca Al-Quran, para malaikat turun dengan ramainya dari langit untuk mendengarkan bacaan beliau. Sehingga kalau beliau terus membaca lagi, nescaya akan nampaklah penduduk para malaikat turun.

Kelebihan beliau lagi ialah, beliau mempunyai tongkat yang bercahaya ketika beliau berjalan di waktu malam, sehingga menjadi seolah-olah lampu suluh untuk beliau. Boleh rujuk dalam kitab Shahih Bukhari.

Mudah-mudahan anak aku kelak menjadi sehebat Usaid Al-Hudhair dan mencontohi akhlak gurunya Usaid, iaitu Rasulullah SAW, dan mencontohi perwatakan beliau ketika telah memeluk Islam. Ameen.

Allah telah menganugerahkan aku keluarga yang lengkap, Unaisah Binti Mohd Yusri (Wanita yang Girang), Umainah Binti Mohd Yusri (Perempuan Yang Amanah, Umainah Tashgir dari kata Aminah) dan Usaid Bin Mohd Yusri (Pemimpin Yang Berani).






Wednesday, February 6, 2013

Ana Mel!!

Assalamualaikum para pelayar internet..Hello everyone.. Hai u olls..

Lama benau aku tak update blog aku ni. Selain tak ada idea, sibuk pulak dengan keroje2 ofis ni.. Nak serahkan amanah kat ofismate pulak sebelum nak bercuti sempena kelahiran anak ke 3 nanti. In Sya Allah.

Kali ni aku nak cerita sikit pasal ana mel!.

Apa tu Ana mel! ek? Agak2 korang? ahaks.

Sikit2 ana mel!. Mesti ada ana mel!. Hahahaha..

Oklah, gini. Itu ialah dialog yang sering diucapkan oleh anak kedua aku, Umainah. Bawah ni gambau dialah ni.


Ni anak aku yang seken. Dah nak dua tahun dah..12 Feb ni genaplah 2 tahun usianya.


Dan pandai pakai telekung dah..Mengaji pun dah pandai..Alhamdulillah. Belum masuk 2 tahun, dah fasih bercakap.


Suka tengok gambau ni. Macam muka Nenek nyang (moyang) dia yang baru meninggal hujung tahun lalu. Mak aku cakap, ada jugaklah yang ikut muka arwah nenek aku.


Dua-dua macam tepung gomak. Hahaha. Ni sesi melicinkan kulit muka anak2 aku, yang dah sedia licin tu. Hahaha.


Suka tengok dia pakai baju kelawar..


Dua dara pingitan gitu.. ahaks


Ana mel!!

Ok, sambung balik. Apa tu ana mel?..Gini, anak aku ni, si Umainah ni, kiranya suka nau puji diri sendiri. kiranya masuk lif tekan sendirilah. Hahahah. Ala, masuk bakul angkat sendirilah. Takkan tak faham kot. har har har har..

Lepas mandi jek, umainah akan cakap, "ayah, ana mel (Umainah comel!)"

Lepas siap pakai baju, "Aya, Ana mel!"

Lepas ikat rambut, "Aya, Ana mel!"

Paling tak tahan nak gelak, sebelum makan, pun cakap, "Aya, ana mel!". Hahahaha. Sabau jelah anak aku ni. Kalau aku cakap, tak, tak comel, wah, dia marah, siap cakap, "Bukan, Ana mel!."

Nak tidur? Agak2 korang dia cakap tak Ana mel?. Ha, jangan korang tak tau. Nak tidur, dah baring ni kat tilam, dia panggil aku, "Aya, Ana mel!" Adeh, aku pun jawablah, "Ye, ye..Anak ayah semua comel". Barulah dia nak tidur. 

Kakak dia pulak, sebelum tidur, pas baca doa tidur, mesti akan cakap, "Ayah, Unaisah pandai bismikallah.."(Doa tidur: Bismikallah humma ahya' wa amut).

Gitulah keletah anak2 aku ni. 

Jadi, Ana mel tu ialah Umainah comel!..Hahahaha