Thursday, July 11, 2013

Ramadhan Pertama di Hospital

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua yang sudi membaca blog aku nih.

Ramadhan pertama di hospital. Itulah aku dan isteri lalui satu ramadhan yang lalu. Sebabnya anak aku yang kecik, Usaid kena warded kat Hospital Pakar Annur, Bangi.

Usaid dah kena selesema agak lama, hampir sebulan. Pergi klinik biasa, doctor bagi ubat sembur kat hidung. Pergi klinik kesihatan kerajaan pun doctor bagi ubat sembur jugak. Doctor tak bagi ubat makan sebab usia usaid baru 3 bulan masa tu. Terlalu kecik untuk penerimaan buah pinggang dia untuk ubat2an ni.

Bila usaid dah start batuk pada 6 hb Julai lalu, bawa balik ke klinik di Putra height. Doctor pun just bagi ubat sembur je kat hidung bagi clear selesema dan hidung tersumbat dia. Teliti juga doctor ni cek. Esoknya pulak usaid dah mula demam malam-malam, suhunya mencecah 39 darjah celcius kadang2. Aku and wife pun bawa ke sebuah Pusat Perubatan Islam di Bangi. Kat sini, aku paling rasa nak cekik je doctor yang periksa anak aku ni. Gitu2 je dia periksa anak aku. Kalau doctor2 lain bila dengar paru-paru guna stetoskop, atleast doctor akan selak baju supaya lebih clear boleh dgr samada kahak atau kuman dah jangkit kat paru2. Ni tidak, doktor tu tak selak baju anak aku satu hal, pastu buat pemeriksaan pun gitu2 jek. Rasanya dalam 2 minit je duduk dalam bilik doctor tu. Doctor suruh amik ubat dan balik. Geram memang geramlah. Yelah, anak aku dah lah batuknya main teruk, nak bernafas pun ikut hidung jek.

Bila demam Usaid tak kebah2 selepas bawa ke Pusat Perubatan yang doctornya aku rasa nak cekik tu, aku pun buat keputusan bawa gi jumpa pakar kat Annur, Bangi pada hari pertama puasa. Time ni anak aku memang dah lemah gilelah. Mungkin sebab demam dan batuknya yang menggangu tidurnya.

Sedih bila tgk doctor pakar tu cucuk tangan anak aku nak amik darah. Masuk ubat ikut punggung pun menangis2 anak aku. Yelah, umur baru je 4 bulan, dah kena cucuk sana cucuk sini. Doctor kat Annur buat keputasan Usaid kena tahan wad untuk pemantauan sebab suhu badannya yang terlalu tinggi. Kena jangkitan kat paru-parunya. Pneomia.

Sehingga semalam, 11/7/2013, suhu badanya makin naek sehingga 39.2 darjah celcius. Menggigil-gigil Usaid bila suhu badannya makin tinggi. Rasa nak menangis je setiap kali doctor masukkan antibiotik melalui tangannya. Bila masuk gas pun dia menangis. Yelah, budak tak tau apa2 lagi. Sakit je, menangis lah yang dia tau.

Isteri akulah jadi peneman Usaid sepanjang dah 3 hari kat hospital. Yelah, Usaid  fully breast feeding. Aku tak boleh teman sebab kena jaga si Unaisah dan Umainah. Berbuka puasalah aku dan isteri keseorangan. Isteri berbuka di hospital, aku berbuka di rumah. Jadilah suri rumah sementara kejap. Huhuhuhu.

Moga2 Usaid tetap kuat sesuai dengan namanya itu..