Tuesday, October 30, 2012

Pagi Raya yang Mencemaskan

Hallo u olls,

Aku nk kongsi sedikit kejadian yang berlaku pada pagi Hari Raya Qurban lalu.

Pas aku balik dari solat Idul Adha, aku tengok anak2 semua dah siap berbaju kurung. So, aku, mertua, isteri, anak2 semua ke dapur gi makan pagi.

Anak aku yang second, Umainah dok sebelah aku makan sama. Then, pas dia dah rasa kenyang, dia pun ke depan, sambung main dengan kakaknya and pakcik2 nya.

Aku kat dapur sambung makan. Dengan harapan, adalah orang2 dewasa kat ruang tamu rumah tgk kan anak2 aku.

Sedang makan, tiba2 dengalah suara Umainah menangis. Pakciknya kata, jatuh dari katil. Mulanya aku ingat menangis biasa jelah, maklumlah budak tengah lasak, jatuh2 tu biasalah kan.

Alih2 pakcik dia bagitau dahi Umainah berdarah. Isteri aku pun bergegas lari dapatkan Umainah. Sampai lupa yang dia tengah pregnant 6 bulan boleh lari2 pulak. Tengok2 memang dahi Umainah berdarah. Membuak2 darah keluar. Cemas jugak kitorang, dengan darah yang terus keluar, terus aku, mertua dan isteri aku capai kunci kereta, cari klinik berhampiran untuk dapatkan rawatan. Takut ada koyakan besar kat dahi Umainah.

Dh nama pun pagi raya, mana ada klinik bukak time2 camni. Masa ni mertua aku drive kete. Aku pangku Umainah kat belakang,isteri aku pangku Unaisah kat depan. Akhirnya, buat keputusan, kitorang gamble gi Klinik Kesihatan Merlimau. Jauh pun jauh lah. Mana tau, klinik kerajaan bukak time2 cuti umum ni kan.

Alhamdulillah, bahagian kecemasan klinik buka dan ada doktor sorang. Alhamdulillah jugak, luka umainah tak perlu dijahit. Cume doktor pesan jangan kena air untuk 3 hari.






Monday, October 29, 2012

Bongek Pun Jem sey!

Entry sebelum ni aku story pasal perjalanan aku nak ke kampung mertua aku kat Umbai, Melaka.

Entry ni pulak time aku nak bertolak balik ke Selangor, dari Kampung Batang Nyamor, Kota, Rembau, Negeri Sembilan. Rumah mak ayah aku.

Memang sah jalan jem! Belum masuk highway, baru simpang Kampung Bongek kat rumah aku, kenderaan dah beratur panjang. Dari Kampung Bongek tu adalah dalam 20km aku rasa nak ke Tol Pedas. Perjalanan dari kampung mak ayah aku ni kalau nak masuk Plus ikut Pedas/Linggi amik masa dalam 15-20 minit jek. Tapi kali ni 45 minit sey!

Masuk jek highway jangan cakaplah.

Gerak dari kampung kul 8pm, sampai rumah kul 11 malam! Memang rasa nak patah pinggang. Huhuhuhu. Perjalanan yang sepatutunya 1 jam 15 minit jadi 3 jam!


Jalan Tampin - Seremban jem teruk. Ni baru keluar dari simpang Bongek ni.


Sempatlah aku snap gambar gerai kat tepi jalan sebab kete tak gerak2. Bulan pun sempat aku amik gambar. Hehehe

Pemandangan kat Plus Highway Arah Utara. Masa ni aku rasa baru sampai Senawang.


Sesak Jugak Ropenya

Aku rasa raya Idul Adha tahun 1433 Hijrah ni memang ramai yang balik kampung sebab 10 Dzulhijjah jatuh pada hari Jumaat, jadi pasti yang ramai balik kampung sebab cuti 3 hari.

Aku bertolak dari kampung petang Khamis 9 Dzulhijjah 1433H/25 Okt 2012M, lebih kurang jam 4.15pm. Sangka aku highway tak jemlah, tapi janggkaan aku meleset. Baru sampai persimpangan Nilai Utara (Arah Selatan), jalan dah jem giler.

Biasanya perjalanan dari KL ke Melaka, kalau kelajuan maintain 110km/j, adalah dalam 1 jam setengah sampai. Ni, pukul 8 malam baru aku sampai rumah mertua aku kat Umbai. 4 jam sey! Cam nak ke Johor pulak. Grrrrr..




Tiga gambar ni masa kat Elite Highway menuju ke arah selatan. Masa nilah aku perasan lori kontena ni bawa lebih laju dari aku. Siap potong memotong lagi. Bila tgk meter kete aku, baru 100km/j. Maknanya lori bawa lebih dari 100km/j. Bahaya2.


Anak2 aku duduk sambil menunggu wafer.
Wafer kat R&R Seremban ni memang aku tak pernah miss beli bila nak balik kampung.


Berehat sebentar di R&R Seremban Arah Selatan 



Hujan lebat bila masuk jek sempadan Negeri Sembilan/Melaka. Menambahkan lagi kesesakan di Highway Plus.

Sunday, October 28, 2012

Baru lega..

Hai u olls..

Lama rasanya aku x jenguk blog aku ni. Sibuk dengan kerja pun yer, sistem kat ofis ni problem pun ye.

Kali ni aku nak kongsi sket entry pasal sinki tersumbat kat rumah yang aku dok menyewa ni. Asal aku menyewa rumah flat jek, mesti masalah sinki tersumbat berlaku. Dulu masa sewa rumah kat Bangi pun cenggitu. Bukan sikit duit u olls nak repair2 masalah cam ni.

Kali ni aku menyewa kat tingkat bawah sekali. So, kata tukang paip, kalau rumah flat yang bawah sekali ni, sukar sket nak loloskan saluran sinki yang tersumbat ni. Sebab kena tau tang mana air kumbahan dari sinki ni mengalir keluar.

Mulanya puas aku dok cari tukang2 repair sinki tersumbat ni kat kawasan aku menyewa ni. Mana2 ada yang tampal iklan boleh repair sinki tersumbat aku akan call. Kena buat survey dulu, tgk mana yang murah. Ada yang amik caj sampai RM450.00. Amik kau! Sama cajnya dengan kadar sewa rumah aku sebulan! Tak patut. Al-hasil, wife aku survey pulak kat internet. Alhamdulillah, jumpalah En Hafiz namanya. Caj yang dikenakan pun agak munasabah, sekitar RM100.00 je. So apalagi, aku pun buatlah appoitment dengan mamat ni.

Bila tengok mamat ni buat kerja, memang agak kritikal masalah tersumbat saluran sinki rumah aku ni. Mungkin penyewa sebelum ni main buang je sisa2 makanan berlemak kat sinki. Ditambah lagi aku sekeluarga pulak duduk, lagilah menambahkan parah yang sedia parah ni. Hehehehe.

Tu dia, kalau korang nak tau, bau sisa2 lemak ni kalau dh terbiar lama, alahai, nak termuntah. Korang tengoklah sendiri gambar yang aku sertakan ni, cam najis pun ada ketulan2 lemak ni. Hehehehe.





Mula2 En Paiper ni jolok2 dulu lubang sinki kat dalam rumah. En Paiper ni nak cari kat mana lubang air ni akan mengalir. Susah gak sebab saluran yang dah tersumbat ni penuh dengan air+sisa2 lemak.

 Cam ni lah keadaan saluran sinki yang tersumbat. Boleh nampak air yang berwarna coklat tu. Bau dia, jgn cakaplah. Harum semerbak. Hahaha.

Semua aliran air kat dalam rumah akan keluar ikut sini.

Tapi saluran dari sinki akan keluar kat sini dulu, then barulah air akan mengalir kat gmbar atas tu. Masalah tersumbat tu berlaku kat lubang sini.


 Bila saluran yang terumbat dah dikenal pasti, En Paiper ni akan alirkan air kat lubang dari dalam rumah sambil menjolok getah boleh lentur supaya lemak2 tu keluar.




Korang tgklah bentuk lemak2 ni cam apa ek! Grrrr..









Air dialirkan kat lubang ni supaya saluran ni boleh clear..

Selesai masalah sinki yang terumbat. Terima kasih En Paiper a.k.a En Hafiz. Jasamu dikenang!





Thursday, October 18, 2012

Unaisah & Umainah Mengaji

Hari ni (19/10/12) banyak pulak entry aku..Hehehehe.

Sementara menunggu orang nak datang repair sistem server kat PC aku, aku updatelah apa2 yang ok kat blog aku ni.

Anak aku yang sulung, Unaisah dah berumur 3 tahun, manakalah anak aku yang kedua dah setahun lebih.

Alhamdulillah, aku dikurniakan anak2 yang terang hati. Cepat tangkap dan faham apa yang diajarkan oleh aku dan isteri aku. Juga, alhamdulillah, anak2 aku jugak lasak2 belaka. Huhuhuhuhu..

Anak2 aku memang teruja kalau aku dengan isteri aku nak bertadarus al-quran. Aku siap belikan anak aku telekung untuk anak aku ikut emaknya solat. Budak2 ni, kalau korang nak tau, mereka lebih teruja kalau kita ada berikan something untuk diorang buat. Contoh, mereka lihat emak ayah mereka solat, jadi kita belikan telekung untuk diorang. Atleast kita dah didik anak2 kita mendirikan solat, even anak2 kita main2, pandang kiri kanan time solat. Takpe, mereka masih kecil lagi. Yang penting, kita kena dedahkan mereka dengan amalan2 dalam Islam.


Unaisah tengah mengaji. Emaknya ajar garang. Kalau ayahnya ajar, lembut je. Hahaha. Comey jek tgk dia bertelekung. Unaisah dah baca sampai huruf Syiinn untuk buku Iqra. Kalau buku Muqaddam tu, dia dah qatam sampai huruf Yaa.. Aku ajar anak2 aku dua2 kitab, Kitab Muqaddam dan Iqra'. Kitab Muqaddam ni aku ajar stail masa aku ngaji dulu. Sebut dan eja satu2. Dengan cara ni, anak2 boleh kenal huruf. Takdelah diorang kenal huruf alif tu, sebagai "A".





Anak aku yang second ni pulak, Umainah, time ngaji cepat hilang fokus. Heheheh. Satu lagi, macam2 gaya dia time nak mengaji. duduk bersilalah, bersimpuh pulak. menonggeng lah, korang tgklah gaya2 dia mengaji ni. hehehe. Telekung utk dia tak de saiz..huhuhuhu..Maklumlah, dia ni belum cukup ketinggian.

Apa pun aku bersyukur kerana anak2 aku mau mengaji. Alhamdulillah..Mudah2an dah besar nanti menjadi anak yang menjadi penyenang dan penyejuk hati aku dan emaknya. Serta menjadi anak2 yang solehah, yang menjadi pembela agama dan Sunnah2 Rasulullah. Ameen.




Air Terjun Mini

Hehehehe. " Air terjun" ni ada kat luar, kat depan ofis aku ni.

Apa yang menariknya, air terjun mini ni tak selalu ada. Dia ada time2 hujan je. Makna?

Maknanya, air dari atas bukit ni turun time hujan. Maknanya juga, kita kena hati2 time hujan2 ni, amaran jangan parking kete kat tepi bukit time hujan.





Sembur lagi..

Petang kelmarin (17/10/2012), kementerian kesihatan buat lagi operasi bunuh nyamuk aedes. Mungkin ada kes kot kat kawasan perumahan yang aku sewa ni.

Yelah, logik gak. Sebab tempat baru nak membangun. Banyak pulak contruction, jadi, mungkin banyak tempat2 pembiakan nyamuk. Sukalah nyamuk2 ni ek.





Anak aku, Umainah seronok main lari2 

Eloklah orang2 kementerian kesihatan buat operasi ni selalu.


Apabila Agama Disandarkan kepada Sekolah Pondok..

Assalamualaikum kpd semua yang sudi membaca entry2 aku dlm blog aku ni.

Kali ni aku nak kongsikan satu peristiwa yang berlaku semalam semasa solak isyak di surau kawasan rumah aku.

Sebelum tu, aku minta maaf kepada sesiapa yang terasa dengan entry kali ni, especially mereka2 yang pernah belajar agama kat sekolah2 pondok. Alhamdulillah, kebanyakan sekolah2 pondok ni ada yang telah melahirkan ramai para hufaz penghafal Al-Quran dan lain-lain lagi.

Cuma, andaikata ada mana2 amalan dikalangan kita yang menyalahi perintah dan tuntutan Rasulullah dan para sahabat, kita kena tegas menyatakan kebenaran, meskipun orang lain tidak suka.

Semuanya bermula ketika solat isya'. Kebetulan aku terlewat dan ketika itu imam sedang membaca surah di rakaat pertama. Kebetulan juga, imam 1 surau ni pun terlewat. Untuk makluman, di surau aku ni, kedudukan imam terkebelakang sikit, sehinggalah saf pertama adalah antara tiang2 yang ada kat surau tu. Kiranya, kalau buat saf pertama, mereka yang berdiri betul2 di belakang imam hanya boleh memuatkan lebih kurang 8 orang sahaja. Kalau nak sambung juga saf di depan, makanya saf itu akan terputus kerana ada tiang.



Ni contoh gambaran saf yang aku bagitau tadi.

Jadi, disebabkan aku lewat dan saf yang tidak terputus oleh tiang di belakang imam tu telah penuh, lantas aku terus buat saf kedua. Imam 1 yang lewat jugak tadi terus masuk saf kat tepi tiang.

Sehabis solat, Imam 1 tadi terus meluru ke arah aku. Dan berlakulah dialog antara kami:

Imam 1: Nak tanya, kenapa tak masuk saf pertama, kan masih belum penuh.

Aku: Ooo..masa saya belajar sunnah kat johor dulu, saya telah diajar supaya menghindari membuat saf2 yang terputus oleh tiang2. Ini amalan yang telah dicontohkan oleh para sahabat nabi. Jadi, saya terus masuk (buat) saf kedua dalam rangka mengikuti contoh para sahabat.

Imam 1: Saya tak pernah dengar pulak benda ni.

Aku: Senyum jek (sambil dalam hati aku berkata: bukan semua orang boleh menguasai semua ilmu yang ada. Kadang2 ilmu itu tidak sampai lagi kepada kita, atau kita belum belajar.)

Imam 1: Kalau nak buat saf kedua, kamu kena cuit sorang yang ada kat saf pertama untuk mundur dan buat saf kedua bersama kamu.

Aku: Setahu saya, mengikut pendapat yang kuat kita tak boleh cuit mereka yang telah duduk di saf pertama untuk mundur masuk saf kedua (teman kita kat saf kedua). Sebab kita telah menghilangkan keutamaan org tersebut yang telah dulu mendapat saf pertama. Nanti saf pertama akan ada lubang yang menyebabkan syaitan akan memenuhi saf2 yang tidak lurus dan berlubang (ada ruang kosong).

Imam 1: Saya tak pernah dengar perkara ni.

Aku: Senyum jek dan terus berkata..Saya hanya mengikut jalan yang ditempuh para sahabat dalam hal2 beragama ni, tuan imam. Kalau ada dalil akan apa yng imam cakap, saya akan ikut dalil.

Imam 1: Nanti kita try tanya kat ustaz yang selalu datang ceramah tu, Ustaz K. Bagus ustaz ni, dia belajar kat pondok dulu. Ustaz pondok ni bagus.

Aku: Senyum jek dan terus berkata..Insya Allah boleh, cume nanti bila tuan imam tanya kat ustaz tu, kena minta dalil dan hujahlah dalam masalah ni. Penting dalil ni, tuan imam.

Imam 1: Senyum sumbing dan terus berkata..nanti saya tanya ustaz dulu masalah ni.

Aku: Jangan lupa minta dalilnya tuan imam. Nanti kalau saya ada kitab2 tentang permasalahan ni, saya tunjuk kat tuan imam.

Imam 1. Nanti kita tanya ustaz pondok tu.

Dialog kami selesai di situ sahaja..

Ok kawan2 semua..Setakat ilmu yang aku ada ni, dalam masalah ini, para ulama' ahli sunnah wal jamaah berbeza pendapat. Namun, pendapat yang kuat adalah menghindari saf2 yang terputus oleh tiang.

Hujah pertama: Dalam kitab Fathul Baari Syarhu Shahih Al-Bukhari, Imam Ibnu Hajar Al Asqalani ada membahaskan hadis berkenaan Nabi yang solat SENDIRIAN di antara dua tiang (yakni bukan solat jemaah). Imam Ibnu Hajar berkomentar, " Shalat di antara tiang2 SELAIN solat berjamaah. Imam Bukhari membatasinya dengan lafaz 'SELAIN BERJAMAAH', kerana tiang2 tersebut dapat memutuskan saf. Sementara menyamakan/merapatkan saf saat salat berjamaah adalah satu kewajiban. Setelah membawakan pendapat beberapa para imam, Imam Ibnu Hajar melanjutkan,.."Tetapi pendapat (ttg bolehnya salat diantara dua tiang dalam shalat berjamaah) kurang tepat, kerana adanya LARANGAN khusus utk salat di antara dua tiang seperti yang diriwayatkan oleh Al Hakim dari hadis Anas dengan sanad yang shahih. Imam At-Thabari berkata, "Sebahgian orang memakruhkan saf di antara tiang2 kerana adanya larangan yang dinukil mengenai hal ini. Hukum makruh ini berlaku jika ruang solat tidak sempit. Adapun hikmah (larangan) ini kerana boleh memutuskan saf kerana adanya tiang2 tersebut. Sementara Al Qurtubi berkata, " Telah diriwayatkan sehubungan dengan sebab dimakruhkannya hal ini, iaitu tempat tersebut adalah tempat salat jin mukmin."

Dalam kitab Ahkamu Huduril Masajid oleh Sheikh Abdullah Bin Shalih Al-Fauzan Hafizahullah berkata dalam bab di kitabnya, "Bab: Hukum ke-10: Meluruskan Saf dan Merapatkannya." Beliau berkata, "Tidak sepatutnya bagi seseorang mengambil saf di antara tiang2 tanpa ada keperluan yang mendesak. Hal ini sesuai dengan apa yang disampaikan oleh Ma'awi Bin Qurah dari bapaknya yang mengatakan, "Kami pernah DILARANG untuk mengambil saf di antara tiang2 pada zaman Rasulullah SAW dan kami pun menghindari perbuatan ini sejauh-jauhnya." (Hadis Riwayat Ibnu Majah dengan sanad yang hasan).

Kemudian ada hadis dari Anas Bin Malik yang memperkuat riwayat itu yang diceritakan oleh Abdul Hamid bin Mahmud, "Saya solat bersama Anas bin Malik pada hari Jumaat, maka kami terhimpit pada tiang2. Sebahgian dari kami ada yang lebih maju dan sebahgian kami ada juga yang mundur. Lalu Anas berkata, " Pada zaman Rasulullah SAW kami menghindari dari hal ini (solat di antara tiang2)." Hadis ini dan yang sebelumnya merupakan dalil yang jelas menerangkan bahwa orang yang shalat tidak seharusnya untuk mengambil saf di antara dua tiang. Kerana tiang2 itu menghalangi mereka dalam menyambung dan meluruskannya."

Sheikh Shalih Al Fauzan melanjutkan dalam bab " Hukum yang ke 11: Solat seorang diri di belakang saf". Apabila memasuki masjid lalu mendapati saf sudah sempurna, apakah dia solat di belakang saf sendiri atau menarik seseorang dan berdiri di sampingnya?. Sheik membawakan 3 pendapat dalam masalah ni. Setelah meneliti ketiga3 hujah para ulama, pendapat terkuat menyatakan, "Kemudian tidak diperbolehkan bagi seseorang yang tidak mendapatkan tempat kosong pada barisan saf untuk menarik seseorang yang berada di saf depan supaya berdiri di sampingnya. Hal ini kerana beberapa sebab, antaranya:

1. Hadis yang bercerita ttg menarik orang yang berada di depannya ketika dalam keadaan berdiri di saf belakang, sebernarnya itu adalah hadis dhaif (lemah). Adapun mengamalkan hadis yang lemah tidak boleh kerana adanya hadis yang shahih.

2. Menarik orang yang berada di depan akan mengakibatkan adanya celah2 dalam saf, padahal yang disyariatkan adalah agar menutup celah2.

3. Sebenarnya menarik orang itu agar berdiri di sampingnya akan memalingkan serta menghilangkan keutamaan bagi orang tersebut yang ketika itu berada pada saf awal dan berada di belakang sang imam, keranan umunya orang yang datang lambat selalu menepuk orang yang berada di depan yang berada persis di belakang imam. ( lihat ta'liq oleh Sheikh Abdul Aziz bin Bazz Rahimahullah atas kitab Fathul Baari).

Itulah sebahagian pendapat para ulama' yang boleh saya bawakan. Jika nak bagitau semua kat sini, sehari semalam tak cukup. Makanya, kita semua harus menyibukkan diri dengan menuntut ilmu yang shahih lagi benar dalam rangka kita menghilang kan kejahilan dalam diri kita. Kalau dalam masalah dunia saja kita sanggup bermusafir untuk mendapatkan ilmu, apatah lagi dalam masalah akhirat yang mana itulah tujuan pengakhiran hidup kita. Kita wajib berilmu sebelum beramal dan berkata. Bila ada ilmu, percayalah hati kita akan tenang bila kita mengamalkan sesuatu kerana kita yakin kita beramal berdasarkan dalil   dan hujah yang shahih dan kuat.

Setelah apa yang berlaku kepada aku, aku teringat akan satu hadis nabi yang mashsyur, "Awal (kedatangan) Islam sebagai sesuatu yang asing dan ia akan kembali (menjadi) asing sebagaimana awalnya. Maka berbahagialah orang2 yang asing itu." (Hadis Riwayat Imam Muslim, Shahih).

Memang dalam kondisi umat tidak kenal sunnah, bahkan yang bid'ah dan yang menjadi adat itu dipandang sebagai sunnah Nabi, umpama kita menggenggam bara api. Ketika kita berusaha mengamalkan agama yang benar dan shahih berdasarkan petunjuk Nabi dan para salafus solih, maka akan ada mereka yang tidak senang dengan kita. Ketika kita bawakan perkataan Nabi dan para sahabat, mereka membawakan perkataan para ustaz yang kadang2 perkataan para ustaz itu menyimpang dari petunjuk Rasulullah. Mereka lebih mengagungkan pendapat mereka yang dikenal sebagai ustaz kerana berserbannya ustaz2 tersebut.

Aku selalu berpegang kepada apa yang selalu Imam Asy-Syafie berpesan kepada anak2 muridnya.

Pesan Imam Ays-Syafie:

1. Tidak ada seorang pun melainkan dia harus bermazhab dengan Sunnah Rasulullah dan mengikutinya. Apa pun yang aku ucapkan atau tetapkan tentang sesuatu kaidah dasar, sedangkan Sunnah Rasulullah bertentangan dengan ucapanku, maka yang diambil adalah sabda Rasulullah. Dan pendapatku pun seperti itu.

2. Kaum muslimin telah sepakat bahwa barangsiapa yang telah terang baginya Sunnah Rasulullah, maka tidak halal baginya meninggalkan Sunnah tersebut hanya kerana ingin mengikuti perkataan seseorang.

3. Apabila kalian mendapati di kitabku sesuatu yang bertentangan dengan Sunnah Rasulullah, maka jadikanlah Sunnah Rasulullah sebagai dasar pendapat kalian dan tinggalkan apa yang aku katakan!

Sangat indah ketika Imam Syafie berkata kepada anak muridnya, Imam Ahmad Bin Hambal, sebagaimana yang dinukil oleh Ibnu Abi Hatim, Ibnul Jauzi dan sekian banyak ulama' kerana indahnya perkataan Imam Syafie ini, ketika beliau berkata kepada Imam Ahmad,

" Engkau (Imam Ahmad) lebih tahu dariku tentang hadis dan orang2nya (rijalul hadis). Apabila hadis itu shahih, maka ajarkanlah ia kepadaku apapun adanya, baik ia dari Kuffah, Bashrah, maupun Syam. Apabila ia shahih, aku akan bermazhab dengannya."

Lihat, Imam Syafie pun boleh dengar pendapat mereka yang lebih rendah darinya (anak muridnya), inikan kita yang jauh taraf ilmu berbanding Imam Syafie. Kebanyakn org kita, apabila yang berkata itu orang2 biasa, tidak mau dengar. Tapi bila yang berkata itu lulusan pondok, universiti, mereka ambil sekalipun perkataan mereka itu menyelisihi dalil.

Para sahabat itu tidak ada lulusan pondok, universiti, tetapi gurunya para sahabat adalah Rasulullah. Gurunya Rasulullah adalah Malaikat Jibril dan Malaikat Jibril itu menyampaikan apa2 yang diwahyukan oleh Allah kepada Rasulullah. Maka, jalan merekalah yang kita harus ambil. Iaitu jalan2 mereka yang sentiasa mengikuti mereka (para sahabat) itu dengan kebaikan.

Wallahu a'lam..Kepada Allah kita memohon dan berserah diri. ameen. Semoga aku, imam 1 dan semua umat islam diberikan petunjuk serta ditambahkan ilmu yang bermanfaat. Moga Allah sentiasa mengampunkan kesalahan dan kekhilafan kita.














Monday, October 15, 2012

Jom Kita Kenal Para Sahabat Nabi Yang di Jamin Syurga Siri 2

Kelebihan Abu Bakar Ash-Siddiq,

Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya di antara orang yang paling banyak mendermakan diri dan hartanya kepadaku adalah Abu Bakar. Andainya aku mengambil seseorang sebagai kekasihku, niscaya aku akan menjadikan Abu Bakar sebagai kekasihku. Akan tetapi, persaudaraan Islam sudah mencukupi (lebih utama). Jangan ada satupun pintu-pintu masjid yang dibiarkan terbuka kecuali pintu Abu Bakar."
( Hadith Riwayat Al-Bukhari)

Dari Umar bin Al-Khaththab, dia bertutur, "Rasulullah SAW menyuruh kami bersedekah, dan saat itu aku memiliki sejumlah harta. Aku pun berkata, 'Aku akan mengalahkan Abu Bakar jika hari ini aku menyedekahkan setengah hartaku.' Rasululllah SAW bertanya kepadaku, 'Apa yang kamu sisakan untuk keluargamu.?' Aku menjawab, 'Setengahnya lagi.'

Tidak lama kemudian Abu Bakar datang dengan membawa seluruh harta yang dimilikinya. Rasulullah bertanya kepadanya, 'Apa yang kamu sisakan untuk keluargamu?' Abu Bakar menjawab, 'Allah dan Rasul-NYA.' Maka aku berkata kepada Abu Bakar, 'Selamanya aku tidak akan pernah bisa mengalahkanmu.'

( Kitab Shifatush Shafwah, Ibnul Jauzi)

Moga kita sentiasa menjadikan jalan para sahabat sebagai ikutan. Amiiiin..

Nasihat Nabi kepada Anaknya

" Ya Fatimah, tidaklah wanita yang melayani suami selama sehari semalam dengan rasa senang serta ikhlas, melainkan Allah mengampunkan dosa-dosanya serta memakaikan pakaian padanya di hari kiamat berupa pakaian yang serba hijau dan menetapkan baginya setiap rambut pada tubuhnya seribu kebaikan. Allah memberikan kepadanya pahala seratus kali ibadah haji dan umrah."

" Ya Fatimah, tidaklah wanita yang tersenyum di hadapan suaminya melainkan Allah memandangnya dengan pandangan penuh kasih"

" Ya Fatimah, tiadalah wanita yang membentangkan alas tidur untuk suami dengan rasa senang hati, melainkan para malaikat yang memanggil dari langit menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amalnya dan Allah mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu dan akan datang."

Bestnya jadi seorang isteri..begitu mudah sekali....

Wasiat Rasulullah Kepada Abu Darda'

Diriwayatakan sebuah hadith dari Imam Bukhari, Imam Ahmad, Ibnu Majah dan Thabrani, dari Abu Darda' Radhiyallahu'anhu, berkata, Rasulullah Shallahu'alaihi wa sallam bersabda kepadaku dengan 9 perkara:

" Janganlah engkau MENYEKUTUKAN Allah dengan sesuatu apa pun walaupun engkau dipotong atau dibakar."

" Janganlah sesekali engkau MENINGGALKAN SOLAT WAJIB yang lima waktu dengan sengaja kerana barangsiapa yang meninggalkan solat secara sengaja akan lepas dari jaminan Allah."

" Janganlah engkau MINUM KHAMAR (ARAK), sesungguhnya arak adalah kunci dari semua kejahatan."

" TAATLAH KEPADA KEDUA ORANGTUAMU (IBU BAPA), seandainya keduanya menyuruhmu mengeluarkan hartamu seluruhnya, maka keluarkanlah semua harta untuk keduanya."

" JANGAN engkau bertentangan dengan ULULAMRI (pemimpin) walaupun engkau memandang bahawa engkau lebih daripadanya."

" Janganlah engkau lari dari medan peperangan walaupun engkau binasa dan semua teman-temanmu lari."

" INFAKLAH kelebihan hartamu kepada keluargamu."

" Janganlah engkau membuang rotanmu dari keluargamu kerana sayang hendak memukulnya. Pukullah kerana mendidik, bukan kerana mendera."

" Berilah amaran kepada mereka (keluargamu) supaya takut akan Allah."


Kalau macam ni hari2 pun ok.

Hari ni 15 Oktober 2012, aku gi kerja cam biasalah..bertolak dari rumah dalam kul 7.45 pagi.

Apa yang memusykilkan aku adalah, dari rumah pas masuk elite highway, jalan lengang jek. Kiranya tak banyak kenderaan cam biasa bila hari Isnin. Selalunya bila hari Isnin, 1st day keroje, kalau tak jem start dari Putra Height sampailah ke Tol Ebor Arah Utara, tak sah. Tapi hari ni hairan sikit.



Bila bayar tol pulak, pun situasi yang sama berlaku. Persimpangan Central Sugar kat Batu 3 ni, pantang tak jem setiap pagi, mesti jem. Tapi hari ni elok benau lengang nya.




Di manakah kenderaan2 yang selalu melalui jalan ini ek? Hmm...kalau setiap pagi cam ni kan best. Tak delah penat kaki aku ni dok asyik nak tukar2 gear je. Minyak pun boleh jimat.

Oklah..bye2 tata titu.

Friday, October 12, 2012

Jom kita kenal Para Sahabat Nabi Yang di Jamin Syurga. Siri 1

Hai kawan2 semua. Semoga semuanya dalam keadaan sehat dan sejahtera.

Kali ni, aku nak bawakan kisah ringkas berkenaan dengan sahabat nabi yang paling nabi sayang di antara sahabat2 baginda. Iaitu Abu Bakar ash-Siddiq.

Dikisahkan, setelah meminta izin kepada Rasulullah, Abu Bakar masuk ke Gua Tsur sambil meraba-raba seluruh permukaannya, Setiap kali menemukan lubang, dia merobek pakaiannya dan menutupi lubang tersebut. Sampai pada lubang besar yang harus ditutupi dengan sisa sobekan pakaiannya. Namun ternyata masih ada satu lubang lagi, lantas dia menutupinya dengan tumit kaki.

Setelah itu, dia menuntun Rasulullah SAW masuk ke dalam gua yang gelap dan cukup dalam itu. Pagi harinya, Nabi SAW bertanya, "Mana pakaianmu, hai Abu Bakar?" Lalu Abu Bakar menuturkan kejadian semalam.

Maka Rasulullah SAW berdoa: "Ya Allah, sertakanlah Abu Bakar bersamaku dengan darjat yang sama pada hari Kiamat." Tidak lama kemudian, Allah SWT mewahyukan kepada Nabi-NYA bahawa DIA telah mengabulkan doa beliau.

(Kitab Shifatus Shafwah karya Ibnul Jauzi, dari sahabat Anas Bin Malik RA.)

Bila Lelaki Menangis..Waaaa!!!!

Anda lelaki-lelaki yang di luar sana mudah menangis tak? Tak mudah menangis? Tipulah..Jangan ego nau. Nak nangis, nangislah wahai kaum sejenisku.

Kali ni, aku nak cakap tentang lelaki menangis- antara ego dan luahan emosi.

Biasanya menagis ni selalu dikaitkan dengan perempuan. Kiranya kalau lelaki menagis ni tak macholah, lembiklah, takut jatuh egolah. Korang silap sebenarnya bila menilai seorang lelaki yang mudah menangis.

Menangis ni adalah satu proses semulajadi  dan sedarkah kalian yang ia ada kaitan dengan kesihatan? Air mata adalah ibarat simbol luahan perasaan  yang dialami oleh kaum lelaki dan perempuan.  Seseorang itu boleh menangis dalam apa jua keadaan.

Pada dasarnya lelaki juga manusia biasa yang turut mempunya hati dan perasaan seperti wanita sehingga mampu mengungkapkan perasaan suka, sedih atau gembira. Menurut kajian, lelaki menangis  adalah untuk meluahkan perasaan yang terbuku di hati. Antara faktor lelaki menangis:

1.Kehilangan sesuatu
2.Kehilangan seseorang
3.Konflik identiti
4.Aspek psikologi
5.Perubahan hormon
6.Kitaran Perkembangan Hidup

Namun begitu, dalam hal menangis ni, wanita tetap ketara. Lelaki masih mampu memikirkan logik serta rasionalnya. So, menangis ni no hal lah orang kata. Cuma kena berpada2 dan biar bertempat.

Okey..bye2 tata titu.

Wednesday, October 10, 2012

Kill Them!!

Semalam masa balik dari kerja, dan sampai rumah, adalah pulak orang2 kementerian kesihatan buat operasi bunuh nyamuk. Seluruh flat kat tempat aku menyewa ni kena sembur.

So, datanglah pulak idea aku kali ni nak masukkan entry pasal nyamuk. Bukan susah, google jek. Dapatlah info. ahaks.

Gambar kat bawah ni pasal kitaran hidup nyamuk. korang tgklah sendiri yek.


Gambar asal muwasal nyamuk.

Pastu, nyamuk ni banyak jenis pulak dan berbagai2 bentuk dan rupa.



Ni nyamuk aedes yang bawa wabak denggi tu.

Korang tau tak yang nyamuk ni tak semua makan darah? Ha, jgn tak tau. Menurut seorang pensyarah di The College of Wooster di Ohio, Dr Laura Sirot, nyamuk ni setiap speseis lain dari spesis yang lain. Ada yang makan darah ada yang tidak. Lagi satu fakta nyamuk jantan tak hisap darah! Yang hisap darah ni nyamuk betina sebab nyamuk betina ni hisap darah untuk bertelur. Sebab dalam darah kita ada protin amino yang diperlukan oleh nyamuk betina. Nyamuk jantan pulak suka makan nektar2 bunga, ala cam lebah gak lah lebih kurang. Tak caya korang carilah kat google. Hahahaha.

Lagi satu, semasa menggigit, nyamuk pon kuarkan air liur supaya darah kita yang dia dok hisap tu tak membeku. Jadi, air liur nyamuk nilah yang buatkan kita gatal2 dan ada bintik2 merah kat tempat yang kena suntik dek nyamuk. 

Korang tau tak yang nyamuk ni sangat takut dengan kipas angin? Ha, jgn tak tau. Sebab tulah korang kalau tidur dekat dengan kipas, nyamuk susah nak temankan korang. Hehehe.

Ni pulak gambar operasi orang2 kementerian kesihatan fogging nyamuk. Operasi ni biasanya dilakukan pd waktu senja sebab time nilah nyamuk aedes pembawa demam denggi ni suka merayau. Apaun kita semua kena rajin bersihkan area tempat kita tinggal supaya nyamuk ni tak membiak. Korang pun tau kan pasal ni.






Oklah tata titu.