Thursday, October 18, 2012

Unaisah & Umainah Mengaji

Hari ni (19/10/12) banyak pulak entry aku..Hehehehe.

Sementara menunggu orang nak datang repair sistem server kat PC aku, aku updatelah apa2 yang ok kat blog aku ni.

Anak aku yang sulung, Unaisah dah berumur 3 tahun, manakalah anak aku yang kedua dah setahun lebih.

Alhamdulillah, aku dikurniakan anak2 yang terang hati. Cepat tangkap dan faham apa yang diajarkan oleh aku dan isteri aku. Juga, alhamdulillah, anak2 aku jugak lasak2 belaka. Huhuhuhuhu..

Anak2 aku memang teruja kalau aku dengan isteri aku nak bertadarus al-quran. Aku siap belikan anak aku telekung untuk anak aku ikut emaknya solat. Budak2 ni, kalau korang nak tau, mereka lebih teruja kalau kita ada berikan something untuk diorang buat. Contoh, mereka lihat emak ayah mereka solat, jadi kita belikan telekung untuk diorang. Atleast kita dah didik anak2 kita mendirikan solat, even anak2 kita main2, pandang kiri kanan time solat. Takpe, mereka masih kecil lagi. Yang penting, kita kena dedahkan mereka dengan amalan2 dalam Islam.


Unaisah tengah mengaji. Emaknya ajar garang. Kalau ayahnya ajar, lembut je. Hahaha. Comey jek tgk dia bertelekung. Unaisah dah baca sampai huruf Syiinn untuk buku Iqra. Kalau buku Muqaddam tu, dia dah qatam sampai huruf Yaa.. Aku ajar anak2 aku dua2 kitab, Kitab Muqaddam dan Iqra'. Kitab Muqaddam ni aku ajar stail masa aku ngaji dulu. Sebut dan eja satu2. Dengan cara ni, anak2 boleh kenal huruf. Takdelah diorang kenal huruf alif tu, sebagai "A".





Anak aku yang second ni pulak, Umainah, time ngaji cepat hilang fokus. Heheheh. Satu lagi, macam2 gaya dia time nak mengaji. duduk bersilalah, bersimpuh pulak. menonggeng lah, korang tgklah gaya2 dia mengaji ni. hehehe. Telekung utk dia tak de saiz..huhuhuhu..Maklumlah, dia ni belum cukup ketinggian.

Apa pun aku bersyukur kerana anak2 aku mau mengaji. Alhamdulillah..Mudah2an dah besar nanti menjadi anak yang menjadi penyenang dan penyejuk hati aku dan emaknya. Serta menjadi anak2 yang solehah, yang menjadi pembela agama dan Sunnah2 Rasulullah. Ameen.




2 comments:

  1. Terbaik lah bro.. beri ilham utk aku mendidik anak aku..

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah... suke tengok dak comei2 ni ngaji... tuk adiktu bole request order telekung kat tailor... hi3... erm.. ayahnye xgarang ekkk..

    ReplyDelete