Wednesday, October 10, 2012

Kill Them!!

Semalam masa balik dari kerja, dan sampai rumah, adalah pulak orang2 kementerian kesihatan buat operasi bunuh nyamuk. Seluruh flat kat tempat aku menyewa ni kena sembur.

So, datanglah pulak idea aku kali ni nak masukkan entry pasal nyamuk. Bukan susah, google jek. Dapatlah info. ahaks.

Gambar kat bawah ni pasal kitaran hidup nyamuk. korang tgklah sendiri yek.


Gambar asal muwasal nyamuk.

Pastu, nyamuk ni banyak jenis pulak dan berbagai2 bentuk dan rupa.



Ni nyamuk aedes yang bawa wabak denggi tu.

Korang tau tak yang nyamuk ni tak semua makan darah? Ha, jgn tak tau. Menurut seorang pensyarah di The College of Wooster di Ohio, Dr Laura Sirot, nyamuk ni setiap speseis lain dari spesis yang lain. Ada yang makan darah ada yang tidak. Lagi satu fakta nyamuk jantan tak hisap darah! Yang hisap darah ni nyamuk betina sebab nyamuk betina ni hisap darah untuk bertelur. Sebab dalam darah kita ada protin amino yang diperlukan oleh nyamuk betina. Nyamuk jantan pulak suka makan nektar2 bunga, ala cam lebah gak lah lebih kurang. Tak caya korang carilah kat google. Hahahaha.

Lagi satu, semasa menggigit, nyamuk pon kuarkan air liur supaya darah kita yang dia dok hisap tu tak membeku. Jadi, air liur nyamuk nilah yang buatkan kita gatal2 dan ada bintik2 merah kat tempat yang kena suntik dek nyamuk. 

Korang tau tak yang nyamuk ni sangat takut dengan kipas angin? Ha, jgn tak tau. Sebab tulah korang kalau tidur dekat dengan kipas, nyamuk susah nak temankan korang. Hehehe.

Ni pulak gambar operasi orang2 kementerian kesihatan fogging nyamuk. Operasi ni biasanya dilakukan pd waktu senja sebab time nilah nyamuk aedes pembawa demam denggi ni suka merayau. Apaun kita semua kena rajin bersihkan area tempat kita tinggal supaya nyamuk ni tak membiak. Korang pun tau kan pasal ni.






Oklah tata titu.









No comments:

Post a Comment