Thursday, September 27, 2012

Nasihat untuk Para Wanita..

Assalamualaikum kepada pembaca muslim sekalian.

Alahai, bilalah nak bertambah fiollower ni yer? Huhuhu..Terfikir pulak nak update status hari ni hal2 yang bermanfaat sikit. Hehehehe. Ni pun lepas dengar satu kajian ilmiah kat satu saluran TV berkaitan tanggungjawab seorang isteri, atau kata lain Hak seorang suami. Aku tulis ni umum untuk semua, termasuk utk peringatan diri aku sendiri.

Aku tertarik nak berkongsi sebab ustaz tu ada cakap kes2 penceraian byk berlaku la ni. Antara sebabnya ialah hilangnya rasa hormat seorang isteri terhadap suaminya. Ye la kan, la ni ramai je perempuan lebih tinggi kedudukan mereka dari segi gaya hidup, kerjaya dan sebagainya daripada lelaki. Bahkan dalam rumahtangga pun ada yang berkeadaan sedemikian. Mari kita lihat hal ini dari kaca mata agama.

Ustaz tu ada bawa satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam At-Thayalisi, yang mana antara kandungan tanggungjawab isteri kepada suaminya,

1. Jangan menolak ajakan/hajat suami walaupun ketika itu berada di atas kenderaan
2. Tidak boleh berpuasa sunat tanpa izin suami. Jika berpuasa jugak, pahala untuk suami, dosa untuk isteri.
3. ( aku tak sempat nak tulis sebab anak2 dah bangun tidur).huhuhuhu. Tapi kalau tak silap telinga aku ni dengar ialah seorang isteri tak boleh izinkan sesiapa masuk ke dalam rumah tanpa izin suami, even saudara mara isteri sekalipun.
4. Jangan keluar rumah tanpa izin suami. Jika keluar juga, maka laknat Allah ke atasnya dan malaikat akan membencinya.(kepada isteri2 yang bekerja sudahkah anda minta izin kepada suami anda ketika mula2 kawen dulu untuk bekerja?) Dan dihujung hadis nabi bersabda, WALAUPUN SUAMI ITU SORANG YANG ZALIM.

Panel dalam rancangan tu ada bagi tips kepada isteri, kalau nak tau samada anda taat atau tidak pada suami.
1. Menilai semula apakah isteri telah buat apa yang suami suruh? Contoh mudah suami nak makan lain, tapi isteri masak lain.
2. Jangan buat apa yang suami tak suka, bukan setakat yang suami larang, yang suami tak suka pun tak boleh buat. Contoh suami tak suka isteri pakai tudung Ekin, tapi isteri pakai jugak.
3. Tunaikan hajat suami jika suami minta. Jangan paksa suami kalau suami taknak.

Hormat pulak ada 2 aspek kata penel tersebut:
1. Hormat dari aspek tubuh badan (body language). Kalau isteri bermasam muka dengan suami pun dah dikira salah, apatah lagi isteri yang menghentak-hentak kaki depan suami sebab marahkan suami. Huhuhuhu
2. Hormat dari aspek tutur kata. Tidak menghina, meninggi suara, merendah-rendahkan suami, mengungkit2 pemberian kepada suami dan sebagainya.

Ustaz tersebut ditanya, kalau suami tu teruk perangainya, zalim dan sebagainya, selalu buat isteri marah, ustaz tersebut jawab dengan sebuah hadis nabi :Dalam sebuah hadis yang darjatnya hasan lighairihi, Nabi bersabda:

" Apabila seorang wanita itu solat sempurna lima kali sehari semalam, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatan(kemaluannya) dirinya, dan taat kepada suaminya, maka di akhirat nanti dikatakan kepadanya, "Masuklah ke dalam syurga, dari pintu syurga mana pun yang engkau sukai."

Mudahnya wanita nak masuk surga. Dah ada tiket menanti. Rugi wanita yang tak nak amik tiket ni.

Dan dalam hadis di atas tadi pun Nabi dah sebut WALAU PUN SUAMI ITU ZALIM, tetap kena taat. Tak boleh keluar rumah tanpa izin suami. Namun, Islam ada menetapkan fasakh jika telah memenuhi syarat dan penelitian yang adil oleh Hakim, zalim yang bagaimana isteri itu dakwa kepada suaminya.

Ustaz itu gak ada ditanya tentang siapa yang kena masak, basuh baju, kemas rumah, bla bla bla lagi..hehehehe

Dalam Islam tidak ada ditetapkan secara khusus siapa yang kena buat semua tu, kiranya hal ni kena ada toleransi dan tolong menolong suami isteri. TAPI, telah ada ketetapan yang jelas dalam Islam bahawa MENDIDIK anak adalah tugas IBU. Ayah juga perlu mendidik anak, cuma soal ini lebih ditekankan kepada seorang ibu sebab ibu yang melahirkan.

Namun para suami yang beriman kepada Allah dan Hari Akhir hendaklah menghormati isteri jugak even lelaki adalah ketua rumahtangga dan juga pemimpin para wanita. Dan para isteri juga hendaklah hormat pada para suami lebih lagi.

Kepada para wanita, ingatlah satu hadis Nabi ni, " Wahai sekalian wanita, bersedekahlah kalian. Kerana sesungguhnya telah diperlihatkan kepadaku bahwa kalian sebagai penghuni neraka yang paling banyak."

Ada ulama mengatakan ini kerana para wanita ini tidak tau bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada suaminya.

Dan para suami hendaklah: "Dan bergaullah dengan mereka secara yang baik." (Surah an-Nisa':19)
Dalam riwayat Imam At-Tirmidzi, Rasulullah bersabda, "Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap keluarganya dan aku adalah yang paling baik terhadap keluarga di antara kalian."

Ingatlah si suami2, " Saling berwasiatlah kalian kepada wanita dengan baik. Kerana susungguhnya mereka diciptakan dari tulang rusuk. Dan sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang paling atas. Maka nasihatlah para wanita dengan baik." (Hadis Riwayat Imama Bukhari)

Dalam riwaya Imam Muslim pulak membawa maksud jika para lelaki ingin memaksakannya juga utk lurus maka engkau akan mematahkannya.

Jadi, hendaklah dengan penuh kebaikan ketika hendak meluruskan para isteri kita.

Kepada para isteri pulak, janganlah cepat marah dan melenting, merajuk lagi bila suami menegur dan komen tentang sesuatu demi untuk kebaikan diri kalian dan rumahtangga kalian sebab sememangnya para wanita ini dijadikan kurang akal dan agamanya. Jadi, para suami gunakanlah kebijaksanaan anda ye. Jangan cepat tarik muka dan tidak bercakap dengan suami kalian jika suami ada menegurmu. Tetaplah bermanis muka dihadapan suamimu. Sebab syurga atau neraka isteri tergantung pada suami kalian. Dapatkan redha Allah dan suami . Berterima kasihlah kepada suami kalian meskipun kebaikan suami kalian sangat sedikit. Dan bersyukurlah para isteri kepada Allah atas anugerah yang diberikan kepada kalian.

Dan para suami, berlaku baiklah kalian kepada isteri kalian sebab Nabi telah wasiatkan dalam khutbahnya di Arafah ketika Haji Wada', yang mana beliau bersabda,

"Bertaqwalah kalian kepada Allah dalam memperlakukan wanita. Kerana sesungguhnya kalian mengambil mereka dengan jaminan Allah dan kalian menghalalkan kemaluan mereka dengan kalimat Allah."

Itulah serba sedikit yang dapat aku kongsikan. Yang tak setuju tak per, yang setuju pun tak per. Hehehehe.

Bye2. tata titu.

Wednesday, September 26, 2012

Sempat jek..

Hai u olls..Semoga semuanya sehat2 aje.

Sementara waktu rehat ni, sempatlah jugak aku nk update blog ni..

Aku baru jek balik dari keroje luor tadi..Gi Universiti Sains Islam Malaysia a.k.a USIM kat Nilai, Negeri Sembilan. Sesapa yang selalu dan pernah lalu Plus Highway menuju ke selatan semenanjung pasti tau kan?

Sempak gak lah aku amik gambo sikit2 kat sana tadi..Sekadar nak berkongsi kat blog ni jek.


Ni lah pemandangan dari tepi PLUS Highway











                                                                                                           

Ni pulok lepas je bayar tol Nilai, akan jumpa tempat ni.




Ketiga-tiga gambar ni pulok, pas masuk USIM, kiranya pas lepas kat pak gad dia, akan jumpa ronbot, kat tengah2 ronbot tu ada bendalah ni.Ada tuliasan jawi iaitu "IQRA'
 


                                                       

Gambar2 kat atas ni pulok, Bangunan Canselori. Masuk jek USIM akan nampak benda ni. Kat dalam ni ada Pejabat Bendahari. Aku gi sana lah tadi. 



Gambar2 kat bawah ni pulak, pemandangan dari dalam Bangunan Canselori. Nampak makcik2 dan akak2 Pinky sedang cuci lantai. Rajin diorang. Bersih jek USIM ni.


Bangunan belah sana tu, Perpustakaan USIM. ada keje gak kat sana nanti


Ni jugak pemandangan dari dalam Canselori. Ada nampak rehal besau tak kat atas bangunan tu?




 Sempak jek aku bergambo dengan opismet aku, Syah. Masih bujang trang tang tang lagi budak ni. Sila inbox aku sesapa nak kenal dengan dia ek. Jgn silap org tau, yang baju putih tu Syah. Hahahaha. Jangan bagitau Syah ek aku promote dia. Hahaha. Sorry bro. Ngeee!!

Sempat aku snap gambau mahasiswi2 sedang tunggu bas ke, tunggu pakwe jemput ke, atau sesaje lepak2 tak de kelas ke, aku pon tak tau. Hahahaha  









3 gambau ni masa kitorang on the way nak cari makan kat Nilai 3. Ada 2 ekor burung tak terbang2 kat simpang masuk pusat beli belah kat Nilai 3 ni. Entah bilalah si Syah ni snap gambau banner Baryali Carpets. Mungkin sebab banyak nau kedai Baryali Carpets kat Nilai 3 ni.


Oklah, setakat ni dulu. Jumpa di lain entry. Bye2..tata titu.
                                                                                    

Tuesday, September 25, 2012

Kisah Penunggang Unta Tercakap "Allah Hambanya, saya Tuhanmu"

Selamat semuanya wahai pembaca sekalian.

Rasa dah lama aku tak jenguk2 blog aku ni. Almaklumlah, agak sibuk sikit, ditambah lagi dengan kesihatan yang tak berapa mengizinkan.

Hari ni, aku nak bawakan satu kisah yang agak menarik untuk kita jadikan renungan dan amalkan bersama di mana Allah, Khaliq kita sangat suka dan sentiasa mendengar akan doa dan taubatnya seorang hamba yang sentisa melakukan dosa dan maksiat. Kisah ini adalah shahih dari Rasulullah, sebuah hadis yang diriwayatkan secara shahih oleh Imam Bukhari dan Muslim.

Nilai sebuah taubat bagi seorang hamba di sisi-Nya.

Allah Ta'ala lebih gembira dengan taubat hamba-NYA dari kisah penunggang unta. Semoga bermanfaat kawan2.

Dalam sebuah riwayat yang shahih dari sahabat yang sangat masyhur, iaitu Anas bin Malik Radiyallah hu'anhu, dia mengatakan bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

" Allah Jalla wa 'Alaa sangat gembira dengan taubat seorang hamba-NYA ketika dia bertaubat kepada-NYA, iaitu dari salah seorang kalian yang sedang berada di atas kenderaannya di tanah lapang yang luas, di mana tiba2 untanya (kenderaannya) lari daripadanya, yang padahal di atas untanya itu ada makanan dan minumannya. Maka dia merasa pesimis akan hal ini dan kemudian dia pergi ke satu pohon, lalu tidur di bawah naungan pohon tersebut, dan sungguh dia telah putus asa dari untanya tersebut.

Sekadar gambar hisan je kawan2.


Ni pun gambar sekadar hiasan jek ek.

Tatkala dia dalam keadaan demikian, tiba-tiba unta tersebut berdiri di sisinya, lantas dia pegang tali kekangnya, kemudian berkata dalam keadaan sangat gembira :

" Ya Allah! Engkau hamba saya dan saya adalah Rabb Engkau", dia salah kerana sangat gembiranya dia.

(Hadith Riwayat Imam Bukhari no. 6308 dan Imam Muslim no. 2747).

Friday, September 21, 2012

Dengarlah dan Amalkanlah Nasihat Para Ilmuan Dengan Ilmu Mereka Yang Selari Quran Wa Sunnah, Siri 2

Kita sambugan kembali. Kawan2 semua, sila baca dengan hati yang terbuka. Jangan terus menghukum yer..

Sebenarnya, dengan berdemontrasi ini tidak akan menyelesaikan isu, apatah lagi untuk membela Islam. Lihatlah, kalau semangat saja lebih, tidak cukup. Tapi mestilah semangat itu sesuai dengan sunnah yang diajar oleh agama kita melalui lisan Rasulullah. Bahkan dengan berdemo ini menimbulkan kerosakan yang lebih besar. Bahkan orang2 kafir telah menang bila diorang buat provokasi terhadap Islam, mereka telah berjaya timbulkan emosi marah kepada umat Islam. Mereka silap2 bertepuk tangan bila tgk umat islam ni suka keluar berdemo je lebih, pastu lama2 lupa.

Saya suka petik kata2 kawan saya bahawa masalah umat Islam atau masalah ancaman dari luar tidak akan selesai dengan berkumpul di jalan-jalan raya . Tiada suri telunjuk yang pernah mengajar cara sedemikian. Tidak juga dibenarkan oleh ulama2 sunnah.

Saya bawakan perkataan Ustaz Fathul Baari ketika beliau diajukan persoalan berkaitan isu ini. Ini jawapan beliau Hafizahullah, "

"Demonstrasi tidak memberikan apa-apa manfaat kepada umat Islam, sebaliknya yang memberikan manfaat adalah kita menjawab semula isu ini, mengambil kesempatan yang ada ini untuk menjelaskan kepada dunia tentang Nabi kita, agama kita, Al-Quran, sahabat Nabi."


"Pertama sekali, sewajarnya kita mengetahui apa tindakbalas yang perlu kita ambil. Sebenarnya demonstrasi memang bukan dari syariat Islam. Lihatlah Abu Jahal menghina Nabi sebanyak mana? Abu Lahab, Abdullah bin Ubay menghina Nabi banyak mana? Nabi dan para sahabat tidak pernah mengumpul pengikut-pengikutnya untuk berdemonstrasi."
"Turun wahyu Allah SWT yakni ilmu. Kita bertindak sampaikan ilmu kepada masyarakat non-muslim. Sebab itu saya cadangkan secara serius kepada pihak seperti IKIM, JAKIM yang memiliki autoriti untuk membuat komentar terhadap filem ini."
"Berikan jawapan-jawapan ilmiah, contohnya apabila ada pihak yang menggambarkan Nabi SAW gila seks yang merupakan satu pendustaan yang besar, penghinaan terhadap Al-Quran yang mengatakan Muhammad ini boleh buat apa sahaja, ikut suka, boleh mengambil isteri orang dan sebagainya, ia merupakan satu pendustaan ke atas Nabi kita SAW, jawab tuduhan-tuduhan tersebut, gunakan kepakaran-kepakaran dan sibukkan diri dengan hal-hal yang lebih besar menyentuh kemaslahatan manusia secara umumnya."
Itulah antara jawapan Al Fadhil Ustaz Fathul Baari.
Wahai teman2 semua, ingatlah pesan Nabi ni,
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam berkata:
بادروا بالأعمال فتنا كقطع الليل المظلم يصبح الرجل مؤمنا ويمسي كافرا أويمسي مؤمنا ويصبح كافرا يبيع دينه بعرض من الدنيا قليل.
“Bergegaslah untuk beramal ketika menghadapi fitnah, yang fitnah itu seperti sebagian malam yang gelap yang seseorang itu beriman pada pagi hari dan menjadi kafir di petang harinya, atau seseorang itu beriman di petang hari lalu menjadi kafir di pagi harinya. Dia menjual agamanya dengan harta benda dunia yang sedikit). (HR. Muslim dari Abu Hurairah).

Dengarlah dan Amalkanlah Nasihat Para Ilmuan Dengan Ilmu Mereka Yang Selari Quran Wa Sunnah, Siri 1

Selamat semuanya.

La ni macam2 yang berlaku kat serata dunia ni. Teman pun tak heran sebab makin kita di akhir zaman, makin fitnah itu berleluasa. Dah memang itu yang disabdakan Nabi kita,bila akhir zaman, maka fitnah akan berleluasa menandakan dekatnya kiamat. Cumanya kita tak tahu bila kiamat itu akan berlaku. Yang pasti ia tetap akan datang secara TIBA- TIBA..

Baru baru ni pasal orang Amerika buat filem pendek yang katanya menghina Nabi kita Muhammad SAW dan menghina Islam. Teman tak pasti samada yang membantah dengan turun berdemo di jalan-jalan tu dah tonton filem itu atau mereka hanya ikut-ikutkan saja dengan emosi je lebih. Teman dah tengok kat Youtube. Tapi teman taknak komen dengan turun berdemo sebab teman tau berdemo dengan cara turun ke jalanan itu bukan cara Islam, tapi adalah cedokan dari negara kafir jugak, negara yang pendemo itu geram beno tu.  Jalan keluar adalah kita kembali kepada apa yang Islam ajar bila kita berdepan dengan fitnah yang sedemikian. Teman bukanlah ustaz apatah lagi ulama, tapi teman suka merujuk kepada ulama2 yang muktabar yang mana rujukan mereka adalah sesuai dengan dalil berdasarkan pemahaman generasi terbaik umat Islam iaitu generasi sahabat Rasulullah dan para tabi'in. Tidak kira ulama itu fahaman politik belah mana, negara mana pun selagi sesuai sunnah yang shahih ucapan mereka, selagi tu teman ikut. Mugkin ada yang akan kata teman ni tak sensitif, tak sayang Nabi, tak bela Islam dan sewaktu dengannya. Teman tak kesah dengan tuduhan2 liar itu, takkan jadi kudis sikit pun kat teman. Apa yang penting, teman cuba untuk mencari jalan keluar dengan mengikuti petunjuk agama Islam yang teman cintai ni. Bukan dengan ikut-ikut tanpa dalil yang nyata dan jelas.

Teman suka bawa satu firman Allah tentang amaran Allah supaya kita tdk ikut sesuatu tanpa pengetahuan kita. Korang boleh tgk dlm Surah Al-Isra' ayat 36. Maksud ayat ni, "

Dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungjawabnya"

Ketahuilah kawan-kawanku, segala apa yang berlaku kat dunia ni adalah sebab perbuatan dosa dan maksiat kita. Allah dah sebut dalam Al-Quran Surah Ar-Rum ayat 41,

"Telah tampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)."

Kita sambung kat Siri 2 untuk entry berkaitan ini ek..



Terlalu Aktif Punca Bau Badan?

Selamat sejahtera semua..dah bertambah sorang lagi follower..hehehehe. mekacih..

Aku ada baca satu artikel ttg diri lelaki dan aku tertarik dgn tajuk dia atas. Di sini aku kongsikan serba sedikit point2 penting yang mungkin berfaedah. Ngee!!!

Bila sebut aktif, dah semestinya badan akan byk keluarkan peluhkan. Ye le, bila byk bergerak dan cergas, byklah peluh keluar. Betul? Betul2..


Kalau korang nk tau, bila meningkat dewasa, kelenjer perpeluhan (kena baca betul2..bukan perpuluhan tau..hahaha) semakin aktif dan mengeluarkan zat2 kimia tertentu hingga mengeluarkan bau yg kuat, especelli kat ketiak, kaki dan sampai ke orgam kelamin korang gak. Ye, betul, dalam artikel tu yang bgtau tau.





Oleh itu jgn biarkan diri anda dibelenggu dgn masalah bau badan yang kuat. Berikut adalah tips2 yg boleh kita semua ambik.

1. Jaga kebersihan tubuh secara keseluruhan
2. Kenakan kasut dan pakaian yang bersih setiap hari (nak2 seluar yang kat dalam tu. tukar setiap hari ye)
3. Pastikan semua bahagian tubuh dibersihkan
4. Jangan biarkan bulu ketiak terllau panjang
5. Jaga pola pemakanan
6. Guna produk yang sesuai seperti deodorant, bedak dan lain2.




Tulah antara langkah2 yang boleh diambil. Agama Islam jugakan menitik beratkan kebersihan. Tak gitu kawan2?

Bye2..tata titu.

Thursday, September 20, 2012

4 Maduku telah sampai..tak sabarnya.

Jeng Jeng Jeng..Tajuk boleh bikin panas. Tajuk tu jugak boleh bikin wife aku tak senang duduk nih. Hahahaha. Abg saaayaaang sayang..Huhuhuhuhu.

Tajuk jek camtu..tapi sebenarnya madu utk makan der..

Dah lama tak makan madu tualang keluaran bos lama aku ni. Madu 100% asli. Aku memang amalkan minum madu selama ni. Madu jenama Tayyibah ni jek yang aku yakin 100% asli. Sebab aku tau camna prosesnya. Dijamin tiada tambahan gula!! Nak tau lebih lanjut pasal madu ni, rajin2lah tinjau kat blog list aku tu, Madu Tualang.




Sapa2 nak order dgn aku pun boleh...

Gerenti sedap dan yang penting ASLI.

Biasa2kan makan madu kawan2 sebab madu ini  yang juga penawar yang diturun khas dari langit, iaitu penawar berasal dari wahyu ( Allah yang ciptakan lebah dan dari lebah terhasilnya madu- lihatlah surah An-Nahl). Madu juga merupakan makanan sunnah Nabi kita Muhammad SAW.

Dan sebab tu jugaklah aku letak gambar lebah kat blog aku ni. Pasal suka sangat aku dgn madu ni. Badan sihat, segala2 nya insya Allah sehat..hehehehe.



Wednesday, September 19, 2012

Donat Giant

Entry ni aku terdetik nak taip bila aku mengalami gejala mengidam nak makan donat. Tapi donat yang hanya dijual kat Giant. Donatnya yang besar dan tersangatlah lembutnya.

Mesti korang tertanya-tanya kan. Wife aku pregnant ke?

Ye betul!! Tapi wife aku dah pregnent 5 bulan dah..Herankan, bini aku yang kandung anak, aku pulak yang terlebih-lebih. Hahahaha. Sabo jelah. Nak pulak benda yang khusus hanya dijual kat situ jek.

Masa mula2 sampai kat Giant Putra Height, pastu pergilah kat tempat jual roti2 tu kan. Pergi jek, tgk..alaaa...donat tu x ada..kuciwa aku. Huhuhuhuhu..tapi, entah camna ada mamat yang tukang buat semua roti2 kat giant tu terjojol kat luar. So, wife aku pun tanya lah, donut x ada ke?

Mamat tu cakap, ada..baru je masak, tinggal nak letak gula je.

Aku punyalah seronok giler. Dapat gak donut yang aku idam2kan tu..beli lapan ketul sekali. Hahaha Sanggup tunggu tu mamat tu bungkus, letak bar code segala bagai tu...dapat special price lagi masa tu.. Rezki aku kan..

Terlebih sudah aku.. bini pregnant, aku pulak yang ngidam. Tapi, mujur aku tak minta benda pelik2.Hahahaha.

Bya2..tata titu..

5 Perkara Yang Pengantin Tak Suka..

Selamat semuanya u olls..:D

Bilalah nak bertambah pengikut ni yer..ahaks.

Tajuk entry kali ni aku nak kongsikan bersama, sekadar suka2 jek..tu pon terdengar kat radio tadi.Ngeee!!

Lima Perkara Yang Pengantin Tak Suka.

Tangga ke-5:
Tukang silat bersilat lama sangat kat depan pengantin.
Pengantin Perempuan: Yang, kenapa lama sangat diorang bersilat ni, ayang dah lapo ni. Huhuhuhu
Pengantin Lelaki: Ayang pun dah lapo ni, ikutkan ayang, mau jek ayang pelangkung diorang, tapi tulah, ayang x tau silat. huhuhuhu
Pesilat: Sabolah sikit oii.. ni show aku 1st time tau. Bagilah peluang aku tunjuk skill aku.
Kedua Pengantin: ????

Tangga ke-4: Apabila pengapit lebih popular dan mendapat perhatian dari pengantin.
Pengantin Lelaki: Sapa suruh ayang amik Fafau sebagai pengapit. Hahahaha

Tangga ke-3: Bila Pengantin Kena Nyanyi Karaok.
Pengantin Lelaki Sedang Menyanyi: "Senangnya dalam hati..kalau beristeri dua...bla.bla.bla..ho ho ho ho."
Pengantin perempuan: :Tak suka, tak suka, tak suka!!!..

hahahahaha.

Tangga ke-2: Apabila lampu kat pelamin terlebih terang:
Pengantin Lelaki: Yang, kenapa lampu kat pelamin ni terang sangat, silau abang.
Pengantin Perempuan: Laaa, abg tak tau ke, kulit abg kan tak berapa nak cerah. Hahahahah
Pengantin lelaki: (Dalam hati: sabo jelah...grrrrr!!!)

Tangga Pertama: Bila baju pengantin sama dengan baju tetamu.
Pengantin perempuan: Ayang, kenapa baju tetamu ni sama macam baju yang ayang pakai ni. Kaler pun sama. Tak suka lah.
Pengapit: Eh, kau bukan tetamu ke. Laa, pengantin ke, ingatkan tetamu. Hahahaha

Sabo jelah..

Selamat berhibur. Sekadar gurauan.

Bye2..tata titu.

Jom lakukan kawan2..

Salam Sejahtera kepada semua para pelayar internet :)

Apa koba korang somuo? Harap sehat2 semuonyo yoo.

Entry kali ni, aku rs nak ajak korang2 sume kita gi senaman. Sehat2 kan badan. Baru awet muda dan hidup pun ceria selalu. Badan sehat otak cergas ma...hahahaha.

Ni gambo2 masa aku dan keluarga aku gi berjogging kat Taman Putra Perdana, Putrajaya. Best woo tompeknyo.. Oghang tak ramai, x dolah sogan bona. Yo tak? Selamat menengok gambo2 aku n anak2. Kenapa gmbo wife aku x de ek? Hmm..konfius2..



Ni gambo sebenar ek, bukan edit tau..                                 aku dan permata hati..





















OO..baru aku teringat, gmbo wife aku tak ada sebab dialah camerawomen nye..hehehe.

Bye2..tata titu.

Tuesday, September 18, 2012

"GPS" Kawanku..

Hai semua..(ada ke dak yang dok baca blog aku ni ek. Ngeee!!)

Berjumpa lagi kita setelah bercuti 3 hari termasuk cuti Hari Malaysia 2012.

Dan 3 hari tu jugaklah hari yang memenatkan aku, tapi mengenyangkan perot aku lantaran hujung2 Syawal ni, ramai jek yang jemput datang rumah untuk makan. Hehehe.. Even Raya Idulfitri tu sehari jek, tapi dah adat kita kat Malaysia ni, selagi Syawal tak habis, selagi tulah orang dok beraya. Tak salah kalau niat kita berjumpa teman2 dan sedara2 kerana Allah. Dan niat sebab nak ziarah dan mengeratkan silaturrahim.

Ha, kenapa tajuk aku tu "GPS" Kawanku? Sebabnya "GPS" kawanku bagi ni masa aku nak gi bertandang ziarah dia kat Cheras memanglah sangat "Bagus". Hahahaha (Sorry kawanku. Hehehehe)

"GPS" ni stand for "Gua Punyalah Sesat" sey. hahahaha. Kesahnya pada cuti Hari Malaysia lalu, aku niat nak gi ziarah kawan aku si Saiful. Ala yang ada blog Mutiara Insan. a.k.a saifulrahida.blogspot tu. Hehehehe.(siap aku promot blog kau tau saiful)


Gambar Sekadar Hiasan le..

Katanya Si Saiful rumahnya kat Balakong. Si Saiful bagilah direction yang tersangatlah umum. Ikut jalan ke UPM. So, apa lagi. aku ikutlah jalan yang memang nak ke UPM sampailah aku jumpa Fakulti Kejuruteraan kat UPM tu ha. Dalam hati, ni memang dah salah ni. Hehehe. 

Masih lagi berpandukan "GPS" yang dia bagi tu. Aku carilah juga signboard ke Balakong dari Kajang Silk. Jumpalah jugak. Ikut lah arahan si Saiful tu ha, masuk kat signboard Taman Bukit Belimbing. Aku pun masuklah. Sekali masuk, jalan mati daa. Jalan mati jek tak pe sey, ni siap ada signboard " Dilarang ceroboh. Penceroboh akan ditembak". Nak mampos kalau aku masuk. Hahahaha. 

Jalan punya jalan jumpalah jugak Taman Bukit Belimbing tu ha. Tapi lom habis lagi woo. Lom sampai lagi rumah dia. Pendek kata, memang sesat barat aku nak cari rumah dia kat Taman Cheras Utama. 

Korang nak tau, nama taman kawan aku duduk ni pon, kawan aku tu baru tau bila aku tanya dia. Patutlah aku sesat, tuan punya rumah pon boleh tak tau tang mana dia tinggal. Hahaha. Saiful oh Saiful. Sabo je lah. Semua direction dia bagi tu aku ikut, tapi tak jumpa2 gak rumah dia. Sebabnya. dia tak tau direction yang dia bagi tu sebenarnya sama je nak ke tempat2 lain. Dia kata kau akan jumpa kontena kat tangki air. Memang ada kontena, dan memang pun ada tangki air. Tapi rupanya bukan kontena yang aku jumpa tu, tapi kontena lain. Adeh..Tapi, akhirnya jumpa gak lepas Si Saiful tu jemput aku. Hahahaha. Memang menguji kesabaran dan menguji perut aku dan wife aku yang dah berdangdut time tu. Hehehe. Apa pun. Jazakhallah khair, Saiful atas layan baik kau dan keluarga. Ni sempatlah jugak amik gambo anak2 aku dan anak si Saiful.