Monday, September 10, 2012

Welcome Welcome..Jemput Masuk

Hai u olls..

Kembali ber"temu" di blog ini..

Ni sambungan dari entry ttg aku dan Saiful ke majlis walimah kawan kami.

So, dipendekkan cerita, aku ajak Saiful dan bininya serta anak2nya yang comey tu singgah bermalam kat kampung aku dokek Rombau, Negeri Sembilan. Si Saiful mmg teruja sbb dia pun dah plan nak singgah kat kampung aku sebab suasana kampung tu masih ada. Betul3..

Kami sampai dari Tangkak ke kampung mak ayah aku kek Kg Batang Nyamor, Kota, Rembau, Negeri Sembilan kira2 jam 7.30malam, selepas kami berhenti rehat dan rawat kat Ayer Keroh arah Utara. Time sampai kat RnR ni hujan kamain lebat. Tu pasal terpaksa tunggu dulu hujan reda sikit. Sempatlah aku melantak nasi lemak sambal kerang sepinggan, dan si Saiful pulak kedarah rojak. Hehehehe.



Pendek kata, aku pun seronok dapat meraikan kawan aku bertandang ke rumah. Memuliakan tetamukan ajaran agama Islam, kan? Seronok tengok anak Saiful si Iman tu menangis sebab nampak kucing kat rumah aku yang berlambak banyak tu. Kesian Iman, nampak kucing dok tidur pon dia menangis. Memang takot kucing anak si Saiful ni. Mudah2an, dah besar nanti dia sayang kat kucing pulak. Anak2 aku jgn cakaplah, memang pantang..pantang nampak kucing, habis di kacaunya kucing tu. Hehehehe.

Ni gambar2 yang sempat kitorang snap pada hari tu selama percutian Saiful dan keluarga 2H1M. Ngeee..



Budak2 yang berbaju merah2 tu, anak aku. si Iman yang selain kaler merahlah yer..




Ni kat laman rumah kek kampung den..

No comments:

Post a Comment