Friday, September 21, 2012

Dengarlah dan Amalkanlah Nasihat Para Ilmuan Dengan Ilmu Mereka Yang Selari Quran Wa Sunnah, Siri 1

Selamat semuanya.

La ni macam2 yang berlaku kat serata dunia ni. Teman pun tak heran sebab makin kita di akhir zaman, makin fitnah itu berleluasa. Dah memang itu yang disabdakan Nabi kita,bila akhir zaman, maka fitnah akan berleluasa menandakan dekatnya kiamat. Cumanya kita tak tahu bila kiamat itu akan berlaku. Yang pasti ia tetap akan datang secara TIBA- TIBA..

Baru baru ni pasal orang Amerika buat filem pendek yang katanya menghina Nabi kita Muhammad SAW dan menghina Islam. Teman tak pasti samada yang membantah dengan turun berdemo di jalan-jalan tu dah tonton filem itu atau mereka hanya ikut-ikutkan saja dengan emosi je lebih. Teman dah tengok kat Youtube. Tapi teman taknak komen dengan turun berdemo sebab teman tau berdemo dengan cara turun ke jalanan itu bukan cara Islam, tapi adalah cedokan dari negara kafir jugak, negara yang pendemo itu geram beno tu.  Jalan keluar adalah kita kembali kepada apa yang Islam ajar bila kita berdepan dengan fitnah yang sedemikian. Teman bukanlah ustaz apatah lagi ulama, tapi teman suka merujuk kepada ulama2 yang muktabar yang mana rujukan mereka adalah sesuai dengan dalil berdasarkan pemahaman generasi terbaik umat Islam iaitu generasi sahabat Rasulullah dan para tabi'in. Tidak kira ulama itu fahaman politik belah mana, negara mana pun selagi sesuai sunnah yang shahih ucapan mereka, selagi tu teman ikut. Mugkin ada yang akan kata teman ni tak sensitif, tak sayang Nabi, tak bela Islam dan sewaktu dengannya. Teman tak kesah dengan tuduhan2 liar itu, takkan jadi kudis sikit pun kat teman. Apa yang penting, teman cuba untuk mencari jalan keluar dengan mengikuti petunjuk agama Islam yang teman cintai ni. Bukan dengan ikut-ikut tanpa dalil yang nyata dan jelas.

Teman suka bawa satu firman Allah tentang amaran Allah supaya kita tdk ikut sesuatu tanpa pengetahuan kita. Korang boleh tgk dlm Surah Al-Isra' ayat 36. Maksud ayat ni, "

Dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungjawabnya"

Ketahuilah kawan-kawanku, segala apa yang berlaku kat dunia ni adalah sebab perbuatan dosa dan maksiat kita. Allah dah sebut dalam Al-Quran Surah Ar-Rum ayat 41,

"Telah tampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)."

Kita sambung kat Siri 2 untuk entry berkaitan ini ek..



1 comment: