Friday, September 14, 2012

Cinta Si Lesung Batu..(bukan entry jiwang eh)

Selamat sejahtera semua..(bilalah nak ramai org follower ni- pengantin baru Shahriman, cepatlah jadi follower aku..hehehe).

Agak2 aku apa terlintas kat pale korang yang tgh membaca ni bila baca tajuk kat atas nun.

Kesah aku jatuh cinta dgn isteri tersayang aku ke? Atau lesung batu tu menjadi sejarah romantik pertemuan aku dan isteri? Ngeee.. semua tu tak betul dan tak benar sama sekali. Hahahaha.

Sebenonya, baru2 ni member aku nak kawen.. So, biasalah bila org kawen, kena bagi hadiah. Aku pon x pasti sejarah bagi hadiah kat org kawen ni bermula di mana. Grrrr..Agak2 dulu x de kot bagi2 hadiah ni. Sebab setiap zaman mengalami evolusion (betul kot istilah aku guna ni,hentam jelah). Kalau dulu2 org bagi telur rebus utk tetamu..Lani telur rebus org x main2 dah, org bagi kederat beg kertas pulak. Isinya pulak macam2. Makin mewah..Tapi telur rebus gak sedap..Bila kentut tu tak tahan sey. Hahahaha.



Melalut pulak. Ok kembali ke agenda asal. So, fikir punya fikir aku x tau nk bg hadiah apa kat kawan aku ni. Aku ni pulak jenis suka bagi hadiah yang lain dr yang lain tapi penuh simbolik. So, aku terfikir lesung batu. Ok kot bagi lesung batu, even mungkin jarang dibuat org. Susah sey nak cari lesung batu. Merata tempat aku cari, dari Jenjarom, Petaling Jaya sampailah Shah Alam..baru berjuma dgn si Lesung Batu. Pastu bukan dpt tawar kat apek cina tu, sebab apek tu cakap lesung susah dapat sekarang ni. Stok kurang..Dahsat sey lesung batu ni. Cam barang terkawal gitu. Hahahaha.

Apa yg simboliknya bagi lesung batu?




Sebab org2 melayu kita selalu guna, even dah ada blender, lesung batu gak yang dicari nanti. Sebab kalau nak masak makanan yang kena tumbuk bahan2nya, guna blender kurang “kick” berbanding kalau kita tumbuk sendiri guna lesung batu ni. Tak caya, try tanya kat mak korang. Hanya jauhari yang kenal manikam. Hehehe.

Seperti lesung dan anak lesung yang tidak dapat dipisahkan, begitu juga hubungan suami-isteri. Saling memerlukan antara satu sama lain. Kalau hilang atau tak ada salah satu, maka akan pincanglah sesuatu hubungan suami isteri tu. Lesung dan anak lesung ni sentiasa bekerjasama. Ha,begitu jugaklah hubungan suami isteri. Saling bahu membahu, banting membanting, tolong menolong, barulah rukun aman damai rumahtangga. Tak gitu, kawan? Cuba kalau tak ada salah satu? Tinggal anak lesung je. Camna tu? Nak buat sambal belacan pun susah woo. Sedap woo sambal belacan ditumbuk pakai lesung batu berbanding sambal belacan yang diblend guna blender elektrik. Tak caya, try tanya mak korang.

Itulah kesah cinta si lesung batu. heheheh

p/s: Lesung batu gak boleh buat baling kat suami yang main kayu tiga..Hahahaha..Jgn amalkan yer isteri2 dirumah tu.. hehehehe

Bye2 tata titu





No comments:

Post a Comment