Friday, September 21, 2012

Dengarlah dan Amalkanlah Nasihat Para Ilmuan Dengan Ilmu Mereka Yang Selari Quran Wa Sunnah, Siri 2

Kita sambugan kembali. Kawan2 semua, sila baca dengan hati yang terbuka. Jangan terus menghukum yer..

Sebenarnya, dengan berdemontrasi ini tidak akan menyelesaikan isu, apatah lagi untuk membela Islam. Lihatlah, kalau semangat saja lebih, tidak cukup. Tapi mestilah semangat itu sesuai dengan sunnah yang diajar oleh agama kita melalui lisan Rasulullah. Bahkan dengan berdemo ini menimbulkan kerosakan yang lebih besar. Bahkan orang2 kafir telah menang bila diorang buat provokasi terhadap Islam, mereka telah berjaya timbulkan emosi marah kepada umat Islam. Mereka silap2 bertepuk tangan bila tgk umat islam ni suka keluar berdemo je lebih, pastu lama2 lupa.

Saya suka petik kata2 kawan saya bahawa masalah umat Islam atau masalah ancaman dari luar tidak akan selesai dengan berkumpul di jalan-jalan raya . Tiada suri telunjuk yang pernah mengajar cara sedemikian. Tidak juga dibenarkan oleh ulama2 sunnah.

Saya bawakan perkataan Ustaz Fathul Baari ketika beliau diajukan persoalan berkaitan isu ini. Ini jawapan beliau Hafizahullah, "

"Demonstrasi tidak memberikan apa-apa manfaat kepada umat Islam, sebaliknya yang memberikan manfaat adalah kita menjawab semula isu ini, mengambil kesempatan yang ada ini untuk menjelaskan kepada dunia tentang Nabi kita, agama kita, Al-Quran, sahabat Nabi."


"Pertama sekali, sewajarnya kita mengetahui apa tindakbalas yang perlu kita ambil. Sebenarnya demonstrasi memang bukan dari syariat Islam. Lihatlah Abu Jahal menghina Nabi sebanyak mana? Abu Lahab, Abdullah bin Ubay menghina Nabi banyak mana? Nabi dan para sahabat tidak pernah mengumpul pengikut-pengikutnya untuk berdemonstrasi."
"Turun wahyu Allah SWT yakni ilmu. Kita bertindak sampaikan ilmu kepada masyarakat non-muslim. Sebab itu saya cadangkan secara serius kepada pihak seperti IKIM, JAKIM yang memiliki autoriti untuk membuat komentar terhadap filem ini."
"Berikan jawapan-jawapan ilmiah, contohnya apabila ada pihak yang menggambarkan Nabi SAW gila seks yang merupakan satu pendustaan yang besar, penghinaan terhadap Al-Quran yang mengatakan Muhammad ini boleh buat apa sahaja, ikut suka, boleh mengambil isteri orang dan sebagainya, ia merupakan satu pendustaan ke atas Nabi kita SAW, jawab tuduhan-tuduhan tersebut, gunakan kepakaran-kepakaran dan sibukkan diri dengan hal-hal yang lebih besar menyentuh kemaslahatan manusia secara umumnya."
Itulah antara jawapan Al Fadhil Ustaz Fathul Baari.
Wahai teman2 semua, ingatlah pesan Nabi ni,
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam berkata:
بادروا بالأعمال فتنا كقطع الليل المظلم يصبح الرجل مؤمنا ويمسي كافرا أويمسي مؤمنا ويصبح كافرا يبيع دينه بعرض من الدنيا قليل.
“Bergegaslah untuk beramal ketika menghadapi fitnah, yang fitnah itu seperti sebagian malam yang gelap yang seseorang itu beriman pada pagi hari dan menjadi kafir di petang harinya, atau seseorang itu beriman di petang hari lalu menjadi kafir di pagi harinya. Dia menjual agamanya dengan harta benda dunia yang sedikit). (HR. Muslim dari Abu Hurairah).

No comments:

Post a Comment