Tuesday, September 25, 2012

Kisah Penunggang Unta Tercakap "Allah Hambanya, saya Tuhanmu"

Selamat semuanya wahai pembaca sekalian.

Rasa dah lama aku tak jenguk2 blog aku ni. Almaklumlah, agak sibuk sikit, ditambah lagi dengan kesihatan yang tak berapa mengizinkan.

Hari ni, aku nak bawakan satu kisah yang agak menarik untuk kita jadikan renungan dan amalkan bersama di mana Allah, Khaliq kita sangat suka dan sentiasa mendengar akan doa dan taubatnya seorang hamba yang sentisa melakukan dosa dan maksiat. Kisah ini adalah shahih dari Rasulullah, sebuah hadis yang diriwayatkan secara shahih oleh Imam Bukhari dan Muslim.

Nilai sebuah taubat bagi seorang hamba di sisi-Nya.

Allah Ta'ala lebih gembira dengan taubat hamba-NYA dari kisah penunggang unta. Semoga bermanfaat kawan2.

Dalam sebuah riwayat yang shahih dari sahabat yang sangat masyhur, iaitu Anas bin Malik Radiyallah hu'anhu, dia mengatakan bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

" Allah Jalla wa 'Alaa sangat gembira dengan taubat seorang hamba-NYA ketika dia bertaubat kepada-NYA, iaitu dari salah seorang kalian yang sedang berada di atas kenderaannya di tanah lapang yang luas, di mana tiba2 untanya (kenderaannya) lari daripadanya, yang padahal di atas untanya itu ada makanan dan minumannya. Maka dia merasa pesimis akan hal ini dan kemudian dia pergi ke satu pohon, lalu tidur di bawah naungan pohon tersebut, dan sungguh dia telah putus asa dari untanya tersebut.

Sekadar gambar hisan je kawan2.


Ni pun gambar sekadar hiasan jek ek.

Tatkala dia dalam keadaan demikian, tiba-tiba unta tersebut berdiri di sisinya, lantas dia pegang tali kekangnya, kemudian berkata dalam keadaan sangat gembira :

" Ya Allah! Engkau hamba saya dan saya adalah Rabb Engkau", dia salah kerana sangat gembiranya dia.

(Hadith Riwayat Imam Bukhari no. 6308 dan Imam Muslim no. 2747).

No comments:

Post a Comment