Thursday, October 31, 2013

Mycoplasma Pneumoniae IgM Antibody

Hai semua. Sesapa yang sudi baca, kritik, kutuk dan puji penulisan blog aku ni, mekasihlah ek.

Hmm, apa agaknya entry aku kali ni ek? Nak sebut tajuk entry kat atas tu pun tergeliat lidah den. Ha, itu adalah sejenis jangkitan paru-paru yang boleh kena pada sesiapa saja. Kenapa aku nak story mory pasal bendalah ni? Sebenonya, anak sulung aku baru-baru ni kena tahan wad selama 3 hari kat Hospital Islam Az-Zahra akibat oleh jangkitan bakteria Mycoplasma ni.

Simptom yang anak aku kena ialah demamnya on-off hampir 10 hari. Mulanya Unaisah demam biasa pada waktu malam jek. Siang okey jek dia. So, bila dah 3 hari demam malam, wife aku bawa gi ke klinik biasa dulu. Doc bagilah ubat demam jek. Antibiotik tak bagi lagi sebab demam biasa. Lepas 4 hari macam tu, demamnya tak kebah jugak. Sebab Unaisah hanya demam waktu malam, kadang2 suhunya cecah 39 darjah celcius. Risau gak. Bagi ubat cam tak ada efek. Bawa balik ke klinik. Doc bagi antobiotik untuk dimakan 3 hari. Lepas 3 hari, demam malamnya tak kebah2 jugak. Suhunya makin meningkat 39 darjah lebih. Kadang2 cecah 39.6 darjah. So, aku and wife buat keputusan bawa jumpa pakar. Takut ada maslah lain.

Isnin, 28 Oktober 2013, pagi2 lagi aku dah bawa Unaisah ke Hospital Islam Az-Zahra. Time ni mata anak aku dah merah dan berair. Bila cek suhunya, rupanya dan cecah 40 darjah celcius! Memang panas sangat badan dia. Aku dah risau betul dah. Sampai je hospital, aku tak terus amik nombor, tapi terus gi kaunter minta doc rawat anak aku dulu, sebab tengok kondisi anak aku yang dah tak bermaya tu. Time ni memang ramai gile orang kat hospital ni. Kena que jugak anak aku. Tapi alhamdulillah, tak lama. Lepas doc cek, doc cadangkan masuk air dulu dan ubat masuk kat bontot sebab nak stabilkan suhu badan Unaisah. Tapi tu lah, nak dijadikan cerita, dua kali nurse cucuk jarum kat tangan anak aku, tapi darah tak boleh nak keluar untuk diambil buat ujian. So, doc buat keputusan mandikan dulu anak aku. Doc kata, kemungkinan salur darah tu mengecil sebab suhu badan yang tinggi sehingga 40 darjah! Nak dijadikan cerita juga, katil wad penuh hari tu. Anak aku pesakit yang ke 4 tunggu turn untuk masuk wad. Sabo jelah. So, doc suruh balik rumah dulu. Dah ada wad kosong, pihak hospital akan call. So, terpaksalah balik. Tapi doc bekalkan ubat demam juga sementara tunggu wad kosong. Alhamdulillah, dalam kul 12 tengahari tu, hospital call bagitau dah ada wad kosong, boleh dah bawa anak.

Lepas dah masuk wad, darah pon berjaya diambil untuk diuji. Doctor pakar sendiri yang amik darah sebab mula2 tadi nurse tak berjaya buat. Mulanya doc suspek denggi, sebab kebetulan banyak kes denggi hari tu. Tapi lepas ujian darah dapat, keputusan denggi negatif. Tapi doc kata paru-paru anak aku kena jangkitan kuman Mycoplasma Pneumoniae. Jenuh aku nak sebut mula2 tu. Hahaha. Puncanya kemungkinan dapat jangkitan di kolam renang (hahaha, entah bilalah aku pernah bawa anak aku pegi berenang, sedangkan aku sendiri pun tak pandai berenang), ada pergi ke tempat keramaian/orang ramai (rasanya tak ada bawa Unaisah ke tempat orang ramai). Pening jugak dari mana anak aku dapat jangkitan ni. Ha, baru aku teringat, mungkin anak aku kena masa di taska. Sebab kadang2 kat taska ni ada main sesi mandi kat kolam renang plastik tu. Aku minta wife tanyakan pihak taska. Sah! Sebelum anak aku demam memang ada budak2 mandi kat kolam ramai2. Huhuhuhu.

So, berkampunglah aku selama 3 hari kat Hospital. Banyak antibiotik kena bagi kat anak aku. Tapi kesian, time nak masuk ubat ni kat tangan, time tulah anak aku menangis sebab sakit. Nurse kata memang sakit bila masuk antibiotik ni. Kalau orang dewasa pun tak tahan, apatahlagi kanak2 kan.

Apa itu Mycoplasma Pneumoniae?

Hasil carian aku kat Encik Google, ‘Mycoplasma infection’ atau jangkitan mycoplasma adalah penyakit pernafasan yang disebabkan oleh pneumonia Mycoplasma, sejenis organisma mikroskopik, yang berkait rapat dengan bakteria tetapi bakteria tersebut tiada dinding sel. Organisma adalah lebih besar daripada virus tetapi lebih kecil daripada bakteria, maka ia dipanggil “atipikal” bakteria.
 photo mycoplasma_zps1d9a998d.jpg
Jangkitan Mycoplasma merebak melalui sentuhan melalui titisan dari hidung dan tekak oleh orang yang dijangkiti apabila mereka batuk dan bersin. Ia boleh merebak apabila sentuhan yang berpanjangan dan rapat dengan orang yang dijangkiti. Ia boleh tersebar melalui dalam keluarga, sekolah dan institusi, secara perlahan-lahan. Tempoh berjangkit adalah mungkin kurang daripada 10 hari dan kadang-kadang boleh menagmbil masa yang lebih lama.Sesorang mungkin boleh menjadi imun terhadap jangkitan Mycoplsma jika pernah dijangkiti sebelum ini, tetapi tidak sepanjang hayatnya. Jangkitan kedua boleh berlaku, walaupun mungkin kesannya menjadi lebih ringan. Tempoh imuniti seseorang individu adalah tidak diketahui.


Terima kasihlah kepada kawan-kawan yang sudi melawat anak aku dan aku kat hospital. Paling tak tahan, kerja ofis bawa ke hospital sebab urgent. Hahaha. Sabo jelah.

Hasil Ujian darah Unaisah.

Ni lah Ubat antibiotik yang menyebabkan Unaisah menangis time masukkan ubat ni.

Ejen Takaful pun datang ziarah.

Berselera Unaisah makan. Dah sehat sikit time ni.
Ofismate Sempat Posing Gedik2 gitu..Hahaha







6 comments:

  1. Salam encik, nak tanya, berapa hari anak encik sembuh? Anak sy kena mcm ni juga. Sedih tengok demam tinggi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempoh demam tu sebelum masuk wad dalam 10 hari lebih..Selepas dapat antibiotik dan keluar wad masih continue ubat lagi..

      Kuman tu lambat hilang dr lung. So kena continue beberapa hari lagi antibiotik.

      Delete
  2. Terima kasih atas perkongsian...berapa lama masa sembuh/mcroplasma tiada dalam badan anak...saya sedang mengidap sakit ni...rabu check dArah semula kali ke 3...kalau ada lagi microplasma kena refer pakar...klinik Az Zahran

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk kanak2 maybe tak sama tempoh pulihnya. Macam anak saya, 10 hari lebih simptom demam tinggi. Selepas masuk wad 3 hari, masih continue ubat antibiotik selama 7 hari..After follow up, kuman masih ada sikit2 lagi dalam lung..so kena continue antibiotik lagi. Seingat saya hampir 3 minggu juga utk lung clear..

      Delete
    2. Anak saya warded di situ juga dulu. Tpi under pakar pediatric. Moga Encik cepat sembuh. Dapat jangkitan daripada mana encik?

      Delete