Friday, March 21, 2014

Anak-Anak dah ada geng bermain

Alhamdulillah, di kawasan rumah baru aku ni, jirannya semuanya molek2 belaka. Ahaks. Dah ramai jugak yang berpindah. Terbaru, hai, Miss Caron, welcome to Camellia Cottage. Jiran selang 3 buah rumah dari rumah aku.

Anak-anak aku pun seronok bila dapat kawan baru. Anak- anak En Saiful, jiran depan rumah. Memang aku perasan, setiap petang anak-anak akan menanti kat pintu, ada tak kawan2 untuk di ajak bermain. Hehehe.

Sementara belum penuh orang pindah masuk rumah, bolehlah nak lepak2 kat tengah jalan. Seronok betul si Usaid kat belakang tu, dapat lepas bebas. Orang baru dapat berjalanlah katakan.


Anak aku, Umainah ni memang ngam dengan Si Hafi ni. Geram tengok si Hafi ni, comel.



Dah besar tak boleh dah nak bergambar rapat-rapat macam ni ye.

Qhowi: "Angkat tangan!". Umainah, "Saya tak bersalah, Incik Polis."


Sampai terjelir lidah anak jiran aku ni membaca. ahaks.




Gotong Royong Perdana

Baru-baru ni, kawasan kejiranan aku, Bandar Saujana Putra telah mengadakan gotong royong perdana, untuk sekitar kawasan BSP Avenue.

Program pertama kali ini telah dirasmikan oleh Adun Teluk Datuk, YB Loh Chee Heng.


Pada pendapat aku, program ini sangat bagus untuk mempereratkan hubungan di dalam komuniti yang sama. Nak-nak di kawasan kejiranan yang baru dibuka. Time ni lah kita nak kenal siapa jiran2 kita. Ye lah, kadang-kadang ada jugak jiran sebaris rumah kita yang jenis tak campur orang. Bila ada program macam ni, atleast, kalau mereka ada rasa tanggungjawab, mereka akan sertai.

Walaupun kita tak boleh nak ingat nama jiran2 kita (kalau jiran dekat dgn rumah mestilah ingatkan), maksud aku jiran2 di lorong yang lain, atleast, kita boleh ingat dan cam muka jiran-jiran kita. Mana tau kan, terserempak bahu kat mana2 ke, atleast boleh bertegur siapa.






Oleh yang demikian, siapa-siapa yang ada menjengah blog aku ni, kalau ada program yang memberi manfaat di kawasan kejiranan kita, sertailah. Jangan sombong. Mana yang baik, kita amik, mana yang kurang baik, kita jadikan sempadan. Tahniah kepada semua yan terlibat walaupun hujan lebat pada pagi hari tu.

Sekian.