Tuesday, November 27, 2012

Santai2 di Mydin Ayer Keroh

Hai u olls..

Minggu lepas masa aku balik ke Melaka, rumah mertua aku, sempatlah aku bawa anak2 gi jejalan kat Mydin Ayer Keroh.

Sebenaunya  mak mertua aku yang bawa, sementara wife aku selesai urusan keje dia kat sini.

Seronok tengok anak2 bergembira. Tapi aku perasan masa dok peratikan anak aku yang kecik, Umainah main kat gelongsor ni, ada sorang budak lelaki, mungkin sekitar 4-5 tahun suke tengok Umainah. Mana Umainah pegi dia ikut, kadang2 siap di block laluan yang anak aku lalu. Sabau je lah..Mungkin dia geram kot tengok ketembaman pipi si Umainah agaknya. Hahahahaha. Sibbaek budak ni hensem. Grrr..

Tak sempat pulak aku nak snap gambar budak ni. Tak terfikir pulak time tu.


Pakcik anak2 aku tolong tgk2 kan anak2 aku bermain..
 


Rambut Unaisah menggerbang sebab x ikat..


 Si Umainah ni memang cuak dan gayat kalau naek menatang ni..Akaknya maintain jek. Sabau je lah minah ni..Huhuhuhu



Thursday, November 22, 2012

Jom Kita Kenal Para Sahabat Nabi Siri 3

Assalamualaikum semua. Bertemu kita lagi. Lama rasanya aku tak update blog aku ni disebabkan kerja yang banyak.

Ok, aku nak sambung berkenaan sahabat Nabi yang paling mulia, Abu Bakar Ash-Shiddiq RA.

Keutamaan Abu Bakar ash-Shiddiq di sisi Nabi tidak perlu diragukan lagi. Beliau adalah orang pertama yang masuk Islam, beliau juga adalah salah seorang dari 10 orang sahabat yang dijamin Syurga, beliau Khalifah pertama dari Khulafa' Ar-Rasyidin dan dia adalah teman Nabi ketika berhijrah ke Madinah. Bahkan dalam satu riwayat oleh Imam At-Tirmidzi dengan sanad yang shahih, bahawa Nabi SAW berkata kepada Abu Bakar:

" Kamu adalah sahabatku di telaga Syurga dan sahabatku di Gua Tsur."

Begitulah hebatnya seorang lelaki yang bernama Abu Bakar ini. Sehingga ada ayat Al-Quran yang diturunkan khusus menceritakan tentang beliau,

" Jika kamu tidak menolongnya (Muhammad), sesungguhnya Allah telah menolongnya, iaitu ketika orang-orang kafir mengusirnya (dari Makkah), sedang dia salah seorang dari dua orang ketika keduanya berada dalam gua, ketika itu dia berkata kepada sahabatnya: 'Janganlah engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.' Maka Allah menurunkan ketenangan kepadanya (Muhammad) dan membantu dengan bala tentera (Malaikat-malaikat) yang tidak terlihat olehmu, dan DIA menjadikan seruan orang-orang kafir itu rendah. Dan firman Allah itulah yang tinggi. Allah Mahaperkasa, Mahabijaksana." (QS. At-Taubah:40).

Dalam Shahih Bukhari dan Shahih Muslim, dari Anas bin Malik, disebutkan bahawa ia bertutur,

"Suatu ketika, Abu Bakar menceritakan: 'Aku melihat kaki-kaki kaum musyrikin tepat di atas kepala kami ketika sedang bersembunyi di Gua Tsur. Kemudian aku berbisik kepada Rasulullah SAW: 'Wahai Rasulullah, andaikata salah seorang dari mereka melihat ke arah dua kakinya, pasti dia melihat kita yang berada di bawah kaki mereka ini.' Beliau pun menjawab, 'Hai Abu Bakar, apakah kamu mengira kita hanya berdua? Sungguh, Allah-lah yang ketiga (yakni sebagai pelindung kita)."

Oleh yang demikian, akal yang waras dan sehat tidak mungkin sanggup mengkafirkan Abu Bakar, sepertimana golongan2 Syiah Laknatullah yang sanggup mengkafirkan ahli Surga ini, teman rapat Rasulullah ini. Sedangkan kedudukan mereka (golongan Syiah dan yang sealiran dengan mereka) pun belum tentu di akhirat nanti, malah mereka berani mengkafirkan Abu Bakar.

Sedangkan Allah telah meredhai para sahabat, sebagaimana firman Allah dalam Surah At-Taubah: 100:

" Dan orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) di antara orang-orang Muhajirin dan Ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada Allah. Allah menyediakan bagi mereka Syurga-Syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang agung."

Bahkan Rasulullah SAW sendiri bersabda, " Janganlah kalian mencaci maki seorang pun dari para Sahabatku. Kerana sesungguhnya andaikata salah seorang di antara kalian menginfakkan emas sebesar Gunung Uhud, maka tidaklah (infak kalian) itu setara dengan satu mud yang diinfakkan para sahabatku, bahkan setengahnya pun tidak." (HR Bukhari)

Nah, dalil ini bagaikan petir yang menyambar ke kepala2 orang Syiah dan sealiran dengan mereka, jangankan kata mengkafirkan, mencaci saja tidak boleh! Apatah lagi mereka2 yang sanggup mengkafirkan para sahabat.

Moga kita tidak termasuk ke dalam pemahaman yang menyimpang dari ajaran Islam yang benar dan shahih.

Berjumpa di lain kesempatan. tata titu.





Akhirnya....

Alhamdulillah...

Sampai juga hajat aku nak tambah berat badan dan cecah 60kg..

Barulah nampak ideal, sesuai dengan tinggi..

Dulu berat sekitar 50-55kg jek..

Pasni nak maintain berat jek..



Gambar terbaru setelah berjaya tambah berta badan..Gambar ni masa kat Teluk Intan, gi majlis sepupu kawen.


Wednesday, November 14, 2012

The Big Boss and The Big Fish

Hai u olls..

Pekabor pelayar2 internet semua? Sehat2 belako? Teman harap engkorang semua sehat sentiasa dalam rahmat Ilahi.

Baru-baru ni, Big Boss merangkap Managing Director kat ofis aku ni gi memancing kat Laut China Selatan, spesifik tempatnya kat Ganu, area2 Dungung sana, kalau orang selain Ganu sebut Dungun lah ek. Ahaks.

So, rezeki bos besar aku murah kali ni..banyak dia dapat mancing ikan. Ikan mancing kat laut tau, bukan mancing kat kedai. So, bos besar aku bagilah sorang sikit ikan2 yang dia dapat ni kat staf2 dia. Kiranya kitorang dapat ikan ni untuk makan 2 minggu punya stok. Banyak dan besau2 ikannya.



Ha, yang ni ikan Haruan Tasik. Panjangnya lebih kurang setinggi orang dewasa. Beratnya mungkin dekat 20 kg! Memang ngeri sebelum tengok ikan ni kena "sembelih". 


Ketiga-tiga gambau ni masa tgk bos besar tengah siang ikan. Susah sey. Kena tolong ketuk pisau tu.
Tengoklah si Amat tolong ketuk pisau yang bos pegang tu. Huhuhhu.


Popular kau Mat masuk blog aku. Satu dunia tgk. Har har har har!!












Korek bos jangan tak korek kepala ikan tu. Huhuhuhu. Ikan Haruan Tasik ni dah selamat aku masak kari. Sedap sey!!




Thursday, November 8, 2012

Selera Berbeza..

Selera berbeza?

Hmm..ni berkenaan dengan dua orang anak dara aku, Unaisah, Si Girang dan Umainah, Si Perempuan yang Amanah. Tu sebenarnya makna nama anak2 aku. Agak2nya lah ek, bila dapat anak seterusnya, apa lagi nama bermula huruf "U" ek? Hmm..

Terlalut pulak.

Kalau tengok pada gambar2 kat bawah ni ha, dua org anak aku ni berbeza selera makannya.



Si kakak, Unaisah, memang tak boleh ada pedas langsung. Memang x mau dia makan, even kalau pedas tu, ala-ala manja gitu. Dia lebih suka makan sup. Kiranya bukan tekak orang Melayu, apatah lagi tekak orang Negeri Sembilan. Hahaha. Tapi kekadang, aku hentam juga bagi makan pedas sikit2, mulalah dia melilau cari air. Huhuhuhu. Satu lagi,




Licin pinggan Unaisah makan nasi berkuahkan sup jek.

Unaisah ni jugak, memang tak ngam dengan durian. Bau nya jek, dia dah cakap busuk. Dahsat..tak macam ayahnya, pantang tak makan durian, memang suka giler. Pernah gak aku calit sikit durian kat mulut dia, ha, merah2 muka dia nak muntah. Unaisah2..

Adiknya pulak, kalau makan, kalau ada pedas, baru dia berselera. Korang tgk jelah nasi kat pinggan dia ni, siap kena letak kuah asam pedas, baru nak makan. Bukan sikit dia minta taruh, nak banyak. Sabo jelah minah ni. Huhuhuhu. Umainah ikut aku, durian dia main hentam jek. Kira ada genglah..Hahahaha.



Ha, tengok, makan nasi berkuahkan asam pedas yang pedas. Apa nak buat, kalau tak bagi, dia taknak makan. Tapi memang berselera Umainah makan.



Monday, November 5, 2012

Mengajar Umainah Berfikir...

Assalamualaikum semua yang sudi jengah2 blogaku yang ntah apa2 ni. Grrrr.

Kali ni aku nak berkongsi cerita tentang keletah anak kedua kau, Umainah.

Umainah ni, aku perasan seorang yang cepat ilang fokus bila buat sesuatu. Kalau nak mengajo dia mengaji tu, alahai, cepat nau "boring" dia tu terserlah.

Kadang2 si akak dia, Unaisah pun malas nak layan kerenah adiknya. Nak2 bila time aku suruh Unaisah ajar adiknya mengira. Unaisah dah bijak mengenal nombor2, huruf2, gambar2..jadi mintalah akaknya layan si adik. Tapi adiknya pulak cepat ilang fokus. Angin jugaklah akaknya ni.

Aku ada beli satu alat permainan yang boleh mengajar anak2 berfikir dan selesaikan masalah.

Kali ni, aku biarkan Umainah buat sendiri dan susun permainan itu sampai siap. Alhamdulillah, berkat aku tak "layan" permintaan dia utk tolong buatkan, akhirnya Umainah berjaya siapkan permainan tersebut. Syabas anakku!!



Unaisah sedang membaca buku, manakala Umainah sedang berusaha menyusun blok2 itu mengikut saiznya.


Akhirnya siap juga "bangunan" yang berjaya dibina Umainah. Tapi....


..... bila Umainah rasa dia dah terrer, dia mula bosan sebab rasa diri dah pandai sangatlah tu. hahahaha..Sabo jelah..