Friday, March 21, 2014

Gotong Royong Perdana

Baru-baru ni, kawasan kejiranan aku, Bandar Saujana Putra telah mengadakan gotong royong perdana, untuk sekitar kawasan BSP Avenue.

Program pertama kali ini telah dirasmikan oleh Adun Teluk Datuk, YB Loh Chee Heng.


Pada pendapat aku, program ini sangat bagus untuk mempereratkan hubungan di dalam komuniti yang sama. Nak-nak di kawasan kejiranan yang baru dibuka. Time ni lah kita nak kenal siapa jiran2 kita. Ye lah, kadang-kadang ada jugak jiran sebaris rumah kita yang jenis tak campur orang. Bila ada program macam ni, atleast, kalau mereka ada rasa tanggungjawab, mereka akan sertai.

Walaupun kita tak boleh nak ingat nama jiran2 kita (kalau jiran dekat dgn rumah mestilah ingatkan), maksud aku jiran2 di lorong yang lain, atleast, kita boleh ingat dan cam muka jiran-jiran kita. Mana tau kan, terserempak bahu kat mana2 ke, atleast boleh bertegur siapa.






Oleh yang demikian, siapa-siapa yang ada menjengah blog aku ni, kalau ada program yang memberi manfaat di kawasan kejiranan kita, sertailah. Jangan sombong. Mana yang baik, kita amik, mana yang kurang baik, kita jadikan sempadan. Tahniah kepada semua yan terlibat walaupun hujan lebat pada pagi hari tu.

Sekian.

1 comment:

  1. pendekar hantu bungkus....hahaha...apa2 pun u all terbaeks la bros....

    ReplyDelete