Thursday, January 23, 2014

Usaid Belajar Berjalan

Bulan Januari 2014 ni usia anak bujang aku dah 11 bulan. Bermakna bulan Feb nanti dahhhh setahun dah..Rasa cepat jek masa berlalu.

Pejam celik pejam celik beliau pun dah belajar berjalan. Lewat sikit berbanding kakaknya Umainah yang dapat berjalan di usia 9 bulan dan cepat sikit berbanding dengan kakaknya Unaisah yang dapat berjalan pada usia setahun dua bulan.

Orang kata anak lelaki ni lasaknya lain macam sikit. Agaknya itulah yang aku rasa la ni. Lasak Usaid ni memang lain macam sikit. Aktif manjang. Kalau balik kampung tu, ceruk mana jek yang dia tak pernah teroka. Dari pintu depan sampailah pintu dapur, celah2 meja, celah kerusi dia pergi. Paling dia suka ialah tolak buai.






Ni lah permainan kesukaan beliau. Menolak buai. Jom tengok video kat bawah pulak
                               



Usaid Belajar Berjalan





Ha, ni pun salah satu permainan kesukaan dia. Nak test kekuatan kot..



No comments:

Post a Comment