Friday, October 5, 2012

Lelaki yang Gila Kerja atau Kerja Gila?

Hai..tajuk biaq gempaq, baru boleh menarik orang nak baca..ye dak?

Aku ada terbaca satu kajian tentang lelaki yang gila kerja atau dlm bahasa orang putih workerholic (cam mana ntah nak ejanya, asal korang boleh sebut dah kira oklah tu.Ngee!!)

Lelaki diakui perlu berkerja keras lantaran tanggungjawab menyara keluarga, even ada bini2 kita yang turut bekerja jugak. Namun kerja keras bukan beerti kita sanggup "membunuh diri" tanpa sedar. Tak percaya?



Ce baca seterusnya ni.

Di meja seharian?

Kemungkinan tragedi: DEEP-VEIN THROMBOSIS (suka hati korang nak sebut camna pon.Hahahaha)

Satu kajian oleh Institut Perubatan New Zealand mendapati kira2 34% dari individu yang menderita darah beku di kaki adalah mereka yang menghabiskan masa setiap hari lebih dari 7 jam di kerusi. Ini kerana duduk terlalu lama membuatkan salur darah anda statik mengikut kedudukan tubuh anda. Ia akan merendahkan aliran darah yang memungkinkan tersumbatnya salur darah anda.

Cara cegah: Jadi kome2 semua kat luar sana nun, rajin2lah bangun sebentar setiap dua jam dari kerusi anda. Tak perlulah setiap minit, kang tak siap2 kerja korang pulak. Hahahaha. Dan rajin2lah jalan2 kat ofis korang sambil nak gosip2 ke, atau pun paling kurang gi pantry buat air kopi ke, segar sikit badan kan?

Out-station!

Kajian mendapati bahawa kekerapan bekerja di luar kawasan mampu menyebabkan gangguan emosi dan psikologi. Sebabnya kekerapan kerja luar kawasan boleh mengganggu pusingan kehidupan anda.

Cara cegah: Cakap dgn bos. Sebulan sekali tu kira oklah kalau nak outsation. Tapi selagi ia tak menggangu horman korang, gi je lah kerja luar kawasan. Hehehe

Serabutnya meja!

Kemungkinan tragedi: PUSAT PENGUMPULAN BAKTERIA



Jeng jeng jeng. Jadi rajin2lah bersihkan meja korang ek. Jangan biar berhabuk 5 inci. Kang korang mudah dapat selesema. Sebab menurut kajian oleh Universiti Arizona, meja lelaki biasanya lebih berselerak daripada meja perempuan sebanyak dua kali ganda atau nisbah 1:15 meja (ye lah ni tandanya lelaki memang rajin buat kerja, tak ngulo.hahaha). Meja yang tidak kemas dan terdedah dgn habuk akan memudahkan pembiakan bakteria jenis Mrsa dan jika anda menyentuh meja anda ia akan mengakibatkan jangkitan dan alahan.

Cara cegah: Rajin2lah bersihkan meja ek, komputer anda dan sebagainya di sekeliling tempat anda kerja, Bonusnya, anda juga akan dpt meningkatkan kualiti kerja anda.

Tiada Ruang Udara Segar

Kemungkinan tragedi: PENYAKIT ASMA

Biasanya mereka2 yang kerja di sektor perindustrian terdedah dengan masalah ni.

Cara cegah: Kena jumpa bos korang minta sediakan ruang pengudaraan yang baik.

Sahabat telefon?

Kemungkinan tragedi: SAKIT BAHU

Ni untuk mereka2 yang kerjanya tak boleh renggang dengan telefon, seperti bahagian pemasaran, receptionis dan lain2. Otot di bahagian bahu dan leher adalah yang sering menjadi sakit sebabkan terlalu lama bercakap kat tepon atau lama ngadap komputer.

Cara cegah: Pastikan skrin anda berada selaras dengan mata anda, badan ditegakkan manakala kedudukan tangan dengan keyboard juga selaras. Bagi yang selalu sangat cakap dalam tepon, sesekali korang putuskan talian atau korang bgtau je kat caller tu, sorry encik, batery hp dah kong ni. Hahahaha. Takpun sound jek, kalau nak cakap tak boleh lebih seminit. Hahahaha. Ada berani?

Bye2...

No comments:

Post a Comment