Monday, October 29, 2012

Sesak Jugak Ropenya

Aku rasa raya Idul Adha tahun 1433 Hijrah ni memang ramai yang balik kampung sebab 10 Dzulhijjah jatuh pada hari Jumaat, jadi pasti yang ramai balik kampung sebab cuti 3 hari.

Aku bertolak dari kampung petang Khamis 9 Dzulhijjah 1433H/25 Okt 2012M, lebih kurang jam 4.15pm. Sangka aku highway tak jemlah, tapi janggkaan aku meleset. Baru sampai persimpangan Nilai Utara (Arah Selatan), jalan dah jem giler.

Biasanya perjalanan dari KL ke Melaka, kalau kelajuan maintain 110km/j, adalah dalam 1 jam setengah sampai. Ni, pukul 8 malam baru aku sampai rumah mertua aku kat Umbai. 4 jam sey! Cam nak ke Johor pulak. Grrrrr..




Tiga gambar ni masa kat Elite Highway menuju ke arah selatan. Masa nilah aku perasan lori kontena ni bawa lebih laju dari aku. Siap potong memotong lagi. Bila tgk meter kete aku, baru 100km/j. Maknanya lori bawa lebih dari 100km/j. Bahaya2.


Anak2 aku duduk sambil menunggu wafer.
Wafer kat R&R Seremban ni memang aku tak pernah miss beli bila nak balik kampung.


Berehat sebentar di R&R Seremban Arah Selatan 



Hujan lebat bila masuk jek sempadan Negeri Sembilan/Melaka. Menambahkan lagi kesesakan di Highway Plus.

No comments:

Post a Comment