Thursday, October 18, 2012

Apabila Agama Disandarkan kepada Sekolah Pondok..

Assalamualaikum kpd semua yang sudi membaca entry2 aku dlm blog aku ni.

Kali ni aku nak kongsikan satu peristiwa yang berlaku semalam semasa solak isyak di surau kawasan rumah aku.

Sebelum tu, aku minta maaf kepada sesiapa yang terasa dengan entry kali ni, especially mereka2 yang pernah belajar agama kat sekolah2 pondok. Alhamdulillah, kebanyakan sekolah2 pondok ni ada yang telah melahirkan ramai para hufaz penghafal Al-Quran dan lain-lain lagi.

Cuma, andaikata ada mana2 amalan dikalangan kita yang menyalahi perintah dan tuntutan Rasulullah dan para sahabat, kita kena tegas menyatakan kebenaran, meskipun orang lain tidak suka.

Semuanya bermula ketika solat isya'. Kebetulan aku terlewat dan ketika itu imam sedang membaca surah di rakaat pertama. Kebetulan juga, imam 1 surau ni pun terlewat. Untuk makluman, di surau aku ni, kedudukan imam terkebelakang sikit, sehinggalah saf pertama adalah antara tiang2 yang ada kat surau tu. Kiranya, kalau buat saf pertama, mereka yang berdiri betul2 di belakang imam hanya boleh memuatkan lebih kurang 8 orang sahaja. Kalau nak sambung juga saf di depan, makanya saf itu akan terputus kerana ada tiang.



Ni contoh gambaran saf yang aku bagitau tadi.

Jadi, disebabkan aku lewat dan saf yang tidak terputus oleh tiang di belakang imam tu telah penuh, lantas aku terus buat saf kedua. Imam 1 yang lewat jugak tadi terus masuk saf kat tepi tiang.

Sehabis solat, Imam 1 tadi terus meluru ke arah aku. Dan berlakulah dialog antara kami:

Imam 1: Nak tanya, kenapa tak masuk saf pertama, kan masih belum penuh.

Aku: Ooo..masa saya belajar sunnah kat johor dulu, saya telah diajar supaya menghindari membuat saf2 yang terputus oleh tiang2. Ini amalan yang telah dicontohkan oleh para sahabat nabi. Jadi, saya terus masuk (buat) saf kedua dalam rangka mengikuti contoh para sahabat.

Imam 1: Saya tak pernah dengar pulak benda ni.

Aku: Senyum jek (sambil dalam hati aku berkata: bukan semua orang boleh menguasai semua ilmu yang ada. Kadang2 ilmu itu tidak sampai lagi kepada kita, atau kita belum belajar.)

Imam 1: Kalau nak buat saf kedua, kamu kena cuit sorang yang ada kat saf pertama untuk mundur dan buat saf kedua bersama kamu.

Aku: Setahu saya, mengikut pendapat yang kuat kita tak boleh cuit mereka yang telah duduk di saf pertama untuk mundur masuk saf kedua (teman kita kat saf kedua). Sebab kita telah menghilangkan keutamaan org tersebut yang telah dulu mendapat saf pertama. Nanti saf pertama akan ada lubang yang menyebabkan syaitan akan memenuhi saf2 yang tidak lurus dan berlubang (ada ruang kosong).

Imam 1: Saya tak pernah dengar perkara ni.

Aku: Senyum jek dan terus berkata..Saya hanya mengikut jalan yang ditempuh para sahabat dalam hal2 beragama ni, tuan imam. Kalau ada dalil akan apa yng imam cakap, saya akan ikut dalil.

Imam 1: Nanti kita try tanya kat ustaz yang selalu datang ceramah tu, Ustaz K. Bagus ustaz ni, dia belajar kat pondok dulu. Ustaz pondok ni bagus.

Aku: Senyum jek dan terus berkata..Insya Allah boleh, cume nanti bila tuan imam tanya kat ustaz tu, kena minta dalil dan hujahlah dalam masalah ni. Penting dalil ni, tuan imam.

Imam 1: Senyum sumbing dan terus berkata..nanti saya tanya ustaz dulu masalah ni.

Aku: Jangan lupa minta dalilnya tuan imam. Nanti kalau saya ada kitab2 tentang permasalahan ni, saya tunjuk kat tuan imam.

Imam 1. Nanti kita tanya ustaz pondok tu.

Dialog kami selesai di situ sahaja..

Ok kawan2 semua..Setakat ilmu yang aku ada ni, dalam masalah ini, para ulama' ahli sunnah wal jamaah berbeza pendapat. Namun, pendapat yang kuat adalah menghindari saf2 yang terputus oleh tiang.

Hujah pertama: Dalam kitab Fathul Baari Syarhu Shahih Al-Bukhari, Imam Ibnu Hajar Al Asqalani ada membahaskan hadis berkenaan Nabi yang solat SENDIRIAN di antara dua tiang (yakni bukan solat jemaah). Imam Ibnu Hajar berkomentar, " Shalat di antara tiang2 SELAIN solat berjamaah. Imam Bukhari membatasinya dengan lafaz 'SELAIN BERJAMAAH', kerana tiang2 tersebut dapat memutuskan saf. Sementara menyamakan/merapatkan saf saat salat berjamaah adalah satu kewajiban. Setelah membawakan pendapat beberapa para imam, Imam Ibnu Hajar melanjutkan,.."Tetapi pendapat (ttg bolehnya salat diantara dua tiang dalam shalat berjamaah) kurang tepat, kerana adanya LARANGAN khusus utk salat di antara dua tiang seperti yang diriwayatkan oleh Al Hakim dari hadis Anas dengan sanad yang shahih. Imam At-Thabari berkata, "Sebahgian orang memakruhkan saf di antara tiang2 kerana adanya larangan yang dinukil mengenai hal ini. Hukum makruh ini berlaku jika ruang solat tidak sempit. Adapun hikmah (larangan) ini kerana boleh memutuskan saf kerana adanya tiang2 tersebut. Sementara Al Qurtubi berkata, " Telah diriwayatkan sehubungan dengan sebab dimakruhkannya hal ini, iaitu tempat tersebut adalah tempat salat jin mukmin."

Dalam kitab Ahkamu Huduril Masajid oleh Sheikh Abdullah Bin Shalih Al-Fauzan Hafizahullah berkata dalam bab di kitabnya, "Bab: Hukum ke-10: Meluruskan Saf dan Merapatkannya." Beliau berkata, "Tidak sepatutnya bagi seseorang mengambil saf di antara tiang2 tanpa ada keperluan yang mendesak. Hal ini sesuai dengan apa yang disampaikan oleh Ma'awi Bin Qurah dari bapaknya yang mengatakan, "Kami pernah DILARANG untuk mengambil saf di antara tiang2 pada zaman Rasulullah SAW dan kami pun menghindari perbuatan ini sejauh-jauhnya." (Hadis Riwayat Ibnu Majah dengan sanad yang hasan).

Kemudian ada hadis dari Anas Bin Malik yang memperkuat riwayat itu yang diceritakan oleh Abdul Hamid bin Mahmud, "Saya solat bersama Anas bin Malik pada hari Jumaat, maka kami terhimpit pada tiang2. Sebahgian dari kami ada yang lebih maju dan sebahgian kami ada juga yang mundur. Lalu Anas berkata, " Pada zaman Rasulullah SAW kami menghindari dari hal ini (solat di antara tiang2)." Hadis ini dan yang sebelumnya merupakan dalil yang jelas menerangkan bahwa orang yang shalat tidak seharusnya untuk mengambil saf di antara dua tiang. Kerana tiang2 itu menghalangi mereka dalam menyambung dan meluruskannya."

Sheikh Shalih Al Fauzan melanjutkan dalam bab " Hukum yang ke 11: Solat seorang diri di belakang saf". Apabila memasuki masjid lalu mendapati saf sudah sempurna, apakah dia solat di belakang saf sendiri atau menarik seseorang dan berdiri di sampingnya?. Sheik membawakan 3 pendapat dalam masalah ni. Setelah meneliti ketiga3 hujah para ulama, pendapat terkuat menyatakan, "Kemudian tidak diperbolehkan bagi seseorang yang tidak mendapatkan tempat kosong pada barisan saf untuk menarik seseorang yang berada di saf depan supaya berdiri di sampingnya. Hal ini kerana beberapa sebab, antaranya:

1. Hadis yang bercerita ttg menarik orang yang berada di depannya ketika dalam keadaan berdiri di saf belakang, sebernarnya itu adalah hadis dhaif (lemah). Adapun mengamalkan hadis yang lemah tidak boleh kerana adanya hadis yang shahih.

2. Menarik orang yang berada di depan akan mengakibatkan adanya celah2 dalam saf, padahal yang disyariatkan adalah agar menutup celah2.

3. Sebenarnya menarik orang itu agar berdiri di sampingnya akan memalingkan serta menghilangkan keutamaan bagi orang tersebut yang ketika itu berada pada saf awal dan berada di belakang sang imam, keranan umunya orang yang datang lambat selalu menepuk orang yang berada di depan yang berada persis di belakang imam. ( lihat ta'liq oleh Sheikh Abdul Aziz bin Bazz Rahimahullah atas kitab Fathul Baari).

Itulah sebahagian pendapat para ulama' yang boleh saya bawakan. Jika nak bagitau semua kat sini, sehari semalam tak cukup. Makanya, kita semua harus menyibukkan diri dengan menuntut ilmu yang shahih lagi benar dalam rangka kita menghilang kan kejahilan dalam diri kita. Kalau dalam masalah dunia saja kita sanggup bermusafir untuk mendapatkan ilmu, apatah lagi dalam masalah akhirat yang mana itulah tujuan pengakhiran hidup kita. Kita wajib berilmu sebelum beramal dan berkata. Bila ada ilmu, percayalah hati kita akan tenang bila kita mengamalkan sesuatu kerana kita yakin kita beramal berdasarkan dalil   dan hujah yang shahih dan kuat.

Setelah apa yang berlaku kepada aku, aku teringat akan satu hadis nabi yang mashsyur, "Awal (kedatangan) Islam sebagai sesuatu yang asing dan ia akan kembali (menjadi) asing sebagaimana awalnya. Maka berbahagialah orang2 yang asing itu." (Hadis Riwayat Imam Muslim, Shahih).

Memang dalam kondisi umat tidak kenal sunnah, bahkan yang bid'ah dan yang menjadi adat itu dipandang sebagai sunnah Nabi, umpama kita menggenggam bara api. Ketika kita berusaha mengamalkan agama yang benar dan shahih berdasarkan petunjuk Nabi dan para salafus solih, maka akan ada mereka yang tidak senang dengan kita. Ketika kita bawakan perkataan Nabi dan para sahabat, mereka membawakan perkataan para ustaz yang kadang2 perkataan para ustaz itu menyimpang dari petunjuk Rasulullah. Mereka lebih mengagungkan pendapat mereka yang dikenal sebagai ustaz kerana berserbannya ustaz2 tersebut.

Aku selalu berpegang kepada apa yang selalu Imam Asy-Syafie berpesan kepada anak2 muridnya.

Pesan Imam Ays-Syafie:

1. Tidak ada seorang pun melainkan dia harus bermazhab dengan Sunnah Rasulullah dan mengikutinya. Apa pun yang aku ucapkan atau tetapkan tentang sesuatu kaidah dasar, sedangkan Sunnah Rasulullah bertentangan dengan ucapanku, maka yang diambil adalah sabda Rasulullah. Dan pendapatku pun seperti itu.

2. Kaum muslimin telah sepakat bahwa barangsiapa yang telah terang baginya Sunnah Rasulullah, maka tidak halal baginya meninggalkan Sunnah tersebut hanya kerana ingin mengikuti perkataan seseorang.

3. Apabila kalian mendapati di kitabku sesuatu yang bertentangan dengan Sunnah Rasulullah, maka jadikanlah Sunnah Rasulullah sebagai dasar pendapat kalian dan tinggalkan apa yang aku katakan!

Sangat indah ketika Imam Syafie berkata kepada anak muridnya, Imam Ahmad Bin Hambal, sebagaimana yang dinukil oleh Ibnu Abi Hatim, Ibnul Jauzi dan sekian banyak ulama' kerana indahnya perkataan Imam Syafie ini, ketika beliau berkata kepada Imam Ahmad,

" Engkau (Imam Ahmad) lebih tahu dariku tentang hadis dan orang2nya (rijalul hadis). Apabila hadis itu shahih, maka ajarkanlah ia kepadaku apapun adanya, baik ia dari Kuffah, Bashrah, maupun Syam. Apabila ia shahih, aku akan bermazhab dengannya."

Lihat, Imam Syafie pun boleh dengar pendapat mereka yang lebih rendah darinya (anak muridnya), inikan kita yang jauh taraf ilmu berbanding Imam Syafie. Kebanyakn org kita, apabila yang berkata itu orang2 biasa, tidak mau dengar. Tapi bila yang berkata itu lulusan pondok, universiti, mereka ambil sekalipun perkataan mereka itu menyelisihi dalil.

Para sahabat itu tidak ada lulusan pondok, universiti, tetapi gurunya para sahabat adalah Rasulullah. Gurunya Rasulullah adalah Malaikat Jibril dan Malaikat Jibril itu menyampaikan apa2 yang diwahyukan oleh Allah kepada Rasulullah. Maka, jalan merekalah yang kita harus ambil. Iaitu jalan2 mereka yang sentiasa mengikuti mereka (para sahabat) itu dengan kebaikan.

Wallahu a'lam..Kepada Allah kita memohon dan berserah diri. ameen. Semoga aku, imam 1 dan semua umat islam diberikan petunjuk serta ditambahkan ilmu yang bermanfaat. Moga Allah sentiasa mengampunkan kesalahan dan kekhilafan kita.














No comments:

Post a Comment