Wednesday, February 6, 2013

Ana Mel!!

Assalamualaikum para pelayar internet..Hello everyone.. Hai u olls..

Lama benau aku tak update blog aku ni. Selain tak ada idea, sibuk pulak dengan keroje2 ofis ni.. Nak serahkan amanah kat ofismate pulak sebelum nak bercuti sempena kelahiran anak ke 3 nanti. In Sya Allah.

Kali ni aku nak cerita sikit pasal ana mel!.

Apa tu Ana mel! ek? Agak2 korang? ahaks.

Sikit2 ana mel!. Mesti ada ana mel!. Hahahaha..

Oklah, gini. Itu ialah dialog yang sering diucapkan oleh anak kedua aku, Umainah. Bawah ni gambau dialah ni.


Ni anak aku yang seken. Dah nak dua tahun dah..12 Feb ni genaplah 2 tahun usianya.


Dan pandai pakai telekung dah..Mengaji pun dah pandai..Alhamdulillah. Belum masuk 2 tahun, dah fasih bercakap.


Suka tengok gambau ni. Macam muka Nenek nyang (moyang) dia yang baru meninggal hujung tahun lalu. Mak aku cakap, ada jugaklah yang ikut muka arwah nenek aku.


Dua-dua macam tepung gomak. Hahaha. Ni sesi melicinkan kulit muka anak2 aku, yang dah sedia licin tu. Hahaha.


Suka tengok dia pakai baju kelawar..


Dua dara pingitan gitu.. ahaks


Ana mel!!

Ok, sambung balik. Apa tu ana mel?..Gini, anak aku ni, si Umainah ni, kiranya suka nau puji diri sendiri. kiranya masuk lif tekan sendirilah. Hahahah. Ala, masuk bakul angkat sendirilah. Takkan tak faham kot. har har har har..

Lepas mandi jek, umainah akan cakap, "ayah, ana mel (Umainah comel!)"

Lepas siap pakai baju, "Aya, Ana mel!"

Lepas ikat rambut, "Aya, Ana mel!"

Paling tak tahan nak gelak, sebelum makan, pun cakap, "Aya, ana mel!". Hahahaha. Sabau jelah anak aku ni. Kalau aku cakap, tak, tak comel, wah, dia marah, siap cakap, "Bukan, Ana mel!."

Nak tidur? Agak2 korang dia cakap tak Ana mel?. Ha, jangan korang tak tau. Nak tidur, dah baring ni kat tilam, dia panggil aku, "Aya, Ana mel!" Adeh, aku pun jawablah, "Ye, ye..Anak ayah semua comel". Barulah dia nak tidur. 

Kakak dia pulak, sebelum tidur, pas baca doa tidur, mesti akan cakap, "Ayah, Unaisah pandai bismikallah.."(Doa tidur: Bismikallah humma ahya' wa amut).

Gitulah keletah anak2 aku ni. 

Jadi, Ana mel tu ialah Umainah comel!..Hahahaha

No comments:

Post a Comment