Thursday, June 20, 2013

Pasal Rumah Baru Lagi...

Entry yang lepas, aku ada bagitau pasal ramai (ke banyak lebih sesuai) company yang htr mesej dan call tanya nak buat renovation ke tak. Dalam ramai2 tu, aku berkenan dengan brother dari satu syarikat yang deal dgn aku ni. Brother Saiful namo eh dari company yang berpusat di Seksyen 23, Shah Alam.

Aku setuju lantik dia sebagai kontraktor rumah aku. Ceh wah..ayat tak hingat. Ngeee!! Sebabnya aku lantik dia seperti di bawah:

1. Dia rajin follow up dengan aku. Tak macam compony2 lain, sekali jumpa terus senyap. Tak suka org camtu. Sama cam agen PRUdential Takaful aku, En Faizal Azizan, a.k.a mamat perasan macho and hensem (katanya kalau dia appointment 1 by 1 dgn perempuan nak explain pasal Prudential takaful ni, dia cakap, cair perempuan tu, tak sempat dia nak buka mulut, perempuan dah sain dah form), dia rajin contact2 aku. ehem, en Faizal kalau baca ni, jgn lupa bagi angpau raya nanti ek..Angpau ada isi tau. Tak nak arr kad raya je setiap tahun. Hahaha..

2. En Saiful ni harga boleh runding tahap terbaik, tak terlalu murah dan tak terlalu mahal. Kalau murah sgt, takut hasil tak memuaskan. Al maklumlah, kita bayar murah, takot kerja pon cincai. Ye dak?

3. En Saiful ni cakap sopan jek. Hahahaha..

4. Aku dah search dengan Mr . Google pasal track record company dia. Overall ok dan semua komen yang diberi oleh bekas2 customer dia positif.

Bawah ni kerja2 yang En Saiful dah mula buat kat rumah baru aku ni.

Ni table top kat dapur. Cadang nak letak jubin warna putih berkilat. Hehehehe

Ni tambah tembok kat belakang sebab nak pasang grill sampai bumbung. 

Table top gak

Jubin pon dah pasang kat dinding table top. Jubin tu sebenarnya berkilat, dalam gambau je nampak suram. Hahaha

Yang ni, kaunter bar. Adalah tingginya sampai paras bawah dada aku.

Ni pulak, plaster siling kat living hall.

No comments:

Post a Comment