Monday, June 24, 2013

Asap Fogging vs Jerebu

Jerebu jerebu jerebu..Itulah situasi yang dialami hampir seluruh negara lani. Inilah ujian dari Allah buat kita semua, untuk kita sama2 beristighfar kembali atas semua dosa2 yang pernah kita lakukan.

Maksudnya: "maka aku katakan kepada mereka: 'Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, -sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai." (Nuh 71: 10-12)

(Lihat Tafsir Al-Qurtubi 18/302, kisah yang lebih kurang sama terdapat didalam kitab Fathul Bari didalam bab Keutamaan Istighfar)


Highway Putra Height yang biasanya nampak, kelihatan kelam diliputi jerebu.

Plaza Tol Putra Height

Sepanjang Elite Highway menuju Bdr Saujana Putra

Kelihatan kabur Tol SKVE Saujana Putra

Pandangan malam di kawasan Flat Saujana Putra.


Jom sama-sama kita memohon keampunan kepada Allah agar diturunkan hujan supaya jerebu yang melanda Allah pindahkan ke tempat lain, bukan di atas kita.


Entry kali ni aku nak story sikit pasai area rumah yang aku sewa lani, Bdr Saujana Putra, Jenjarom, Selangor. Pihak kementerian kesihatan, khususnya Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Langat telah mengisytiharkan bahawa kawasan perumahan aku menyewa ni adalah kawasan wabak denggi. Huhuhu. Makanya setiap petanglah orang2 kementerian kesihatan ni datang sembur asap (fogging). So, berlumba-lumbalah asap fogging dan asap jerebu mennyelubungi kawasan perumahan ni. ahaks. Dah banyak kes dah mereka yang terkena demam denggi. Mengikut apa yang diberitahu oleh pihak jawatankuasa penduduk, kes yang berlaku di beberapa blok flat di sini adalah berpunca daripada tangki air di dalam rumah mereka, yang mana nyamuk2 aedes ni telah bertelur dan seterusnya membiak di dalam tangki air rumah2 mereka. 

Ini di sebabkan mereka barangkali tidak perasan yang penutup tangki air rumah mereka terbuka, dan membolehkan nyamuk aedes ni bertelur. 








Gambar-gambar sekitar kerja2 mem'fogging'

No comments:

Post a Comment