Wednesday, June 19, 2013

Rumah Baru..

Alhamdulillah, akhirnya penantian selama 3 tahun berakhir. 08.05.2013 hari tu dapat surat dari developer, suruh amik kunci rumah yang aku and wife beli 3 tahun lepas.

Selepas segala urusan dengan pihak bank, developer berkaitan pembayaran terakhir, selesai, pada 10.06.2013 hari tu, dapatlah aku kunci rumah kat Camellia Cottage, BSP Avenue, Bandar Saujana Putra, Jenjarom, Selangor. Alhamdulillah.

Dapat je kunci, berderet mesej masuk kat HP ni daripada agen2 hartanah dan tukang2 rumah. Hehehehe. Agen-agen hartanah ni takada lain, tanya kalau2 tuan rumah nak jual atau sewakan rumah. Idaklah teman nak sewa atau jual rumah tu, insya Allah dalam masa terdekat ni.

Tukang-tukang buat renovation dan design rumah pun dok mesej2 tanya kot2 nak renovate rumah. In Sya Allah, memang ada niat nak buat kasi cantik sikit rumah pertama ni. Mana diorang dapat nombor HP aku pun aku tak pasti. Huhuhuhu..

Ni gambar pagar rumah masa cek defect kat rumah ni..

No comments:

Post a Comment