Wednesday, August 29, 2012

Matematik Oh Matematik

Matematik oh Matematik.

Nak tulis entry ni sbb pagi tadi bila ofismate aku betanya tentang satu soalan berkaitan matematik. ofkos lah soklan ni berkaitan dengan kerja.

Soklan nya ialah hanya berkaitan penyelesaian matematik mudah sekolah rendah.

Soalannya begini:

Harga sebuah buku setelah diberi diskaun 35% ialah USD66.65. Berapakah harga buku tersebut sebelum diskaun diberi?

Aku tak bagi jawapan terus, tapi aku hanya biarkan opismate aku selesaikan soalan matematik mudah tersebut. Aku bagi hins, kalau kita dpt diskaun camner kita kira, so, utk jawab soklan tu just reverse je caranya daripada cara kita dpt harga setelah diskaun. korang yang baca mesti berkerut dahi kan.




Tulah, belajar tinggi2, belajar matematik pon dah jauh, bila dpt soklan camni, mesti lupa camner nak kira ek. samalah cam aku jugak dulu..dah biasa dgn matematik lanjutan, math tambahan, mekanik kuantum, fizik matematik dan segala bagai subjek matematik peringkat universiti yang mudah je nak jawab. tapi bila dpt soklan math mudah..alamak camne ni..hahahhaa..

Kenalah bukak buku matematik sekolah rendah kawan2 ku semua. kang anak2 nak tanya masalah matematik, camno tu jang..hehehehe..

Maaf kengkawan semua.

bye2..tata titu..

Frenster, FaceBook dan Kawan Lama

Frenster, Facebook dan Old Fren

ketika aku dok belek2 Fb aku, x tau nk buat apa, terlintas pulak aku nak masukkan entry ni kat blog aku yang tak ramai follower lagik ni..huhuhuhuhu.

aku ingat lagi, dulu aku ni "buta IT" sikit. Tak kenal komputer, tak kenal internet..bila start keje barulah aku terkial2 lagi nak belajar apa tu komputer, apa tu internet. Igt lagi masa mula2 aku masuk ke UTM, siap aku masuk kelas literasi komputer lagi..hehehe. kelas belajar komputer. Masa tu,apa kejadahnya lah nak kena tau menatang ni..belajar guna word, exel, power point dan segala bagai yang berkaitan. 

Bila lecturer minta aku selesaikan masalah matematik asas guna exel pon aku x reti..hehehehe..terkial-kial dok taip nombor2 kat keyboard masa tu..masa tu memang malu lah jugak,nak2 hampir semua coursemate aku masa tu dari sekolah asrama, MRSM..aku jek dari sekolah biasa yang "tercampak" masuk U. Tapi aku agak terbanggalah jugak bila satu2 budak2 yang berasal dari sekolah yang "pandai" dan "hebat" kena tendang dari UTM. Bila ramai nau budak2 kena kick dari U, kitorang gelarlah UTM ni Universiti Tendang Menendang. ahaks. Mujur aku masih setia bercouple dgn UTM sehinggalah usia couple kitorang 5 tahun je. Pastu aku pon say goodbye pada couple aku ni..gggrrrr..









Bila dah pandai sikit guna PC dan internet sehinggalah di alam pekerjaan, masa tu aku diperkenalkan dengan frenster sbagai alat komunikasi. Tu lah menatang pertama aku tau apa yg ada kat internet,selain boleh baca paper..hehehehe kira hebat jugaklah aku ni. Tu pon makwe aku yang ajar aku buka frenster (dulu makwelah,la ni dh jadi org rumah aku..hehehe). Terbocorlah pulak rahsia yang aku kenal muka wife aku melalui frenster.hahahaha. Igt lagi komen pd gambr wife aku yang buat aku kenal muka wife aku, "muka org tercekik udang".hahahah..ye kot udang? ke ketam? ke tulang ikan?. Whateverlah, yg penting perkataan tercekik tu ada. tgk jek gmbr wife aku dulu, terus terjatuh hati kat dia..hahahah..merah dah pipi aku ni..hehehe. Korang kena tau tau, yang aku ni di "jodohkan" dgn wife aku yg sekarang oleh hosmate aku masa bujang dulu. Tak pernah tgk muka, gunalah frenster..gggrrr. 







Lani frenster pon aku x tau wujud lagi ke tak sebab dah ada facebook pulak namanya.  Tapi frenster tulah jugak yg byk jasa kat aku..hehehe..Dulu aku pon tak ingat bila aku stat main dengan fb ni..seyes tak ingat..mungkin masa aku masih bermastautin di johor dulu kot..seingat aku lah, masa mula buka FB ni, ada gak terfikir apa nak buat dengan FB ni, cam tak menarik pon. Lama2 bila bleh terjumpa kawan2 lama, rasa cam best pulak FB ni..tapi aku mmg tabik springlah kat org pompuan ni. Sebab diorang boleh igt muka aku even muka aku dh makin hensom sekarang berbanding dulu..hahahha. Spesis aku pulak susah nk igt muka org, nama apa tah lagi..bila tgk, baca komen2 kawan2 yg lain, barulah boleh memorize balik zaman kecik2 dulu. Kiranya, FB ni jugaklah yang menemukan semula aku dgn kawan2 sejak dari alam tadika,sekolah rendah, kawan jumpa tepi jalan. kawan tersay hai kat mana2 ntah hinggalah ke alam U. Paling aku tabik kat kawan tadika aku, nama dia Rabiatul. Dia boleh igt muka aku dan kesah2 zaman dulu. Aku mmg seyes mula2 tak cam langsung dia..hahahhaa. Sorry kawan. Mekasih Rabiatul sebab kembalilkan mental aku ke zaman dulu..hahahaha. Best bila dpt berkomunikasi balik dgn kawan2 lama, cinta monyet lama..hahahaha (ada ke, tak igt aku). Ramai gak yang jemput dtg beraya di rumah masing2 sebab dh lama gile tak jumpa kan?





Okeylah, kang aku sambung lagi kalau idea mari..

Bye2 tata titu..

Ambil Galah Tolong Jolokkan ek

Hai semua,

Hari ni hari kedua aku dok belek2 blog aku ni..adalah gak 3,4 post baru aku letak.

Dan jugak hari ni aku masih lagi belajar meng"update" blog aku ni dari Cikgu Hitam Manis aku, Cikgu Epul yang Comey..hehehehe..Adalah beberapa benda aku tambah, antaranya Anda Juga Mungkin Meminati
yang ada kat bawah tu..Jumpa? Hehehehe..

Juga aku dah tambah Indahnya Bicara, pon Cikgu Epul yang ajar..Esok2 aku nak belajar benda lain pulak.

Kepada Cikgu Epul, saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan..

Ok, bye2..tata titu..


Tuesday, August 28, 2012

Rindunya aku kat dia..huhuhuhu

Rindunya Aku pada nya...

Hai, selamat membaca (ada ke agaknya yer yang baca blog aku ni, ke aku jek yang perasan.har har har)

Lani memang aku rindu sangat kat dia. Rindu sesangat. Rindu yang tak tertanggung lagik. Dulu masa aku duk johor, selalu jugaklah aku bertemu dengan nya. Kalau tak seminggu sekali, 2 minggu sekali, sebulan sekali. Paling koman pon ada jugaklah jumpa, walau tak kerap. Pendek kata rindu sangatlah.

Sejak pindah balik ke negeri tumpah darahku, selangor yang banyak jalan jem sana sini, tol sana sini, jarang dah aku nak bertemu dia. Tu pun kalau tetibe dpt info dia ada kat sini, kat sana. Barulah aku dpt jumpa.

Alhamdulillah, kawan lama aku dulu masa kat UTM, ada kerja kat KL nih. Dengan dia jugaklah aku dok pakat2 sama2 dok planning nak jumpa teman yang aku rindu sesangat ni. Alhamdulillah, cari punya cari akhirnya, dengar kabar awal September atau awal bulan semilan ni, aku dgn member lama aku tu nak start balik jumpa teman lama aku tu.

Aku nak mula balik datang kelas mengaji sunnah ni. Tu yang dah lama aku dok tinggal tu sejak pindah selangor ni. Rindu sangat nak belajar agama balik ni dari sumber2 yang benar dan shahih. Memanglah ramai ustaz2 dok bagi ceramah kat surau2 kat mesjid2, tapi itu ceramah, bukan kajian ilmiah agama. Ceramah dgn belajar agama ni lain. Ustaz2 yg dok ceramah, pong pang sana sini, input tak dpt byk. Kosong jek lebih. Kosong kosong ooooo..tu kata Najwa Latif lah. ggrrrr. Gelak2 sana sini, bukan menambah ilmu dan taqwa. Habuk pon tara..Isi ceramah guna akal sendiri, tafsir dalil ikut selera penceramah, ikut selera masyarakat. Takot jelaskan kebenaran sebab nak jaga periuk nasi.

That y lah aku dok cari kelas2 kajian agama yang jenis bukak kitab, di baca dalil satu2, di explain satu2 ikut pemahaman generasi salaf as-solih. Pemahaman para sahabat yang gurunya adalah Rasulullah, dan pemahaman ulama2 yang ikut jejak langkah mereka. Ulama2 lagu nilah yang kita mesti belajar ilmu dari mereka. Bukan ustaz2 yang suka buat lawak je. Sorry lah kalau ada yang terasa noo..

Alhamdulillah, izarul bila nak mula pergi belajar ni. aritu hang kata awal September.. nanti bagitau aku ek..boleh kita gi sama2..




Kontroversi ke ni ek?

Selamat Sejahtera.

Seorang Isteri berdoa supaya tidak dipoligami?

Aku ada mendengar satu kajian agama dan ada seorang penanya bertanya kepada si ustaz.

Apakah seorang isteri boleh berdoa dalam doanya supaya suaminya tidak berpoligami dan dipoligami oleh suaminya?



Jawapan si Ustaz:

Seharusnya poligami itu tidak dimusuhi. Kaedahnya begini. Cube kita cubit peha kita, maka peha lagi satu terasa juga. Cuba ditanyakan kepada para janda2, yang hidupnya sangat derita, atau gadis2 yang mahu menikah tetapi tidak menemukan calon suami yang baik dari segi agamanya?

Kalaulah si isteri berdoa supaya para suami tdk menikah lagi, dan ditakdirkan dia menjadi isteri yang pertama, maka Allah sebenarnya yang telah mentakdirkan anda menjadi isteri yang pertama (berpoligami).

Cuba si isteri bayangkan anda seorang janda atau seorang perempuan lanjut usia atau seorang gadis yang takut dirinya dinodai, maka mungkin anda mahu isteri2 diluar sana berdoa supaya mereka tidak dipoligami? Sungguh derita hidup si ibu2 tunggal yang hidupnya derita tanpa suami di sisi.

Si isteri selalu merasakan suaminya adalah milik dia secara mutlak, tidak boleh ada orang lain dalam hidup suaminya melainkan dia, tidak boleh ada pembahagian kasih sayang oleh suaminya selain dia. Ini lah yang menjadi masalah. Mau hidup semati. Cuba bayangkan, selama ini tidak ada yang pernah membantah apabila mahu penambahan anak. Tidak pernah ada seorang anak cakap pd makayahnya, jgn ditambah lagi adik, dengan ditambahnya adik nanti cinta dan sayang ayah akan berkurang kepada si anak yang pertama. Tidak pernah ada terjadi begini. Malah, dengan bertambahnya anak, cinta dan sayang ayah tetap sama. Anak2 yang begitu jujur ini tidak takot jika bertambahnya adik2, maka cinta ayahnya akan berkurang.

Begitu juga halnya dengan seorang isteri. Seharusnya terbuka dalam permasalahan ini. Mendoakan seperti ini tidak harus terjadi. Malah seorang isteri seharusnya berusaha supaya si suami tidak berkahwin lain. Bagaimana caranya? Seharusnya si isteri harus tahu bahwa para suami ini tidak selalu berfikir mahu menikah lagi terus menerus. Malah kami para suami ini berfikir seribu kali sebelum kamu berfikir kami mahu kawen lain. Kenapa? Kerana keberadaan kamu sebagai  isteri kami. Sebabnya, kamulah yang sangat perihatin kepada kami ,sangat cantik dimata kami, yang menjaga anak2 kami, yang mendidik anak2 kami. Hal2 seperti ini yang harus dijaga oleh seorang isteri terhadap suaminya. Maka suaminya akan terus melekat dengan isteri, dengan usaha berdoa menjadi isteri yang terbaik buat suami.

Seharusnya semua tahu bahawa poligami itu adalah sunnatullah yang telah ditetapkan Allah 50 ribu tahun sebelum diciptakan langit dan bumi ini.




Begitulah secara ringkas penerangan si ustaz. Semoga bermanfaat.

- Tak pernah berfikir mahu menikah lain, melainkan takdir sebaliknya mendahului aku-


Isteri dan Singa.

Selamat Sejahtera.

Pernah dengar kesah seorang isteri bersama seekor singa?
Seorang isteri sangat bingung dengan tingkahlaku suaminya yang tidak patuh pada perintah Allah SWT. Maka isteri ini mendatangi seseorang yang disegani di daerah tempat tinggalnya.

Isteri: Saya mempunyai seorang suami yang sangat sukar utk saya ubah tingkahlakunya. Saya ingin mendapatkan cara utk menundukkan suami saya.
Penasihat: Pulanglah kamu dan bawakan kepadaku 3 helai kumis seekor singa.

Maka pulanglah isteri tersebut dlm keadaan bingung. Di mana ya mahu dicari kumis singa, singa saja sudah susah mahu jumpa.

Akhirnya dia berfikir dan akhirnya dia mula mencari jejak singa di dalam hutan. Maka dia berhasil menjumpai seekor singa lalu ditangkapnya dan dibawa balik ke rumahnya.

Maka dalam masa beberapa bulan, si isteri bisa menundukkan singa tersebut. Malah, isteri tersebut bisa memberi makan, mengusap-usap,menunggang singa tersebut. Maka suatu hari ketika si isteri sedang bersama singa tersebut, maka dicabutnya 3 helai kumis singa tersebut. Maka dibawanya kumis tersebut kepada orang yang dia minta nasihat sebelum ini.

Isteri: Saya telah mendapatkan 3 helai kumis singa dan apa yang perlu saya lakukan.
Penasihat: Wahai Ibu, Seandainya kamu bisa menunndukkan seekor singa, maka kenapakah kamu tidak bisa menundukkan suami kamu, yang mana seorang manusia biasa dan bukan singa?

Jadi, kepada semua yang sudi baca, kenapa aku bawakan kesah ini?

Moral of the story is seorang isteri boleh menjadi peranan untuk membentuk seorang suami agar menjadi suami yang soleh :D




Lelaki mandul..Jeng Jeng Jeng..

Selamat Sejahtera.

Aku ada terbaca satu artikel berkenaan dengan pasangan yang berkahwin tetapi masih gagal mendapat anak.




Tapi ada gak pasangan yang sudah berkahwin dan ada anak,tapi gagal tuk dpt anak lagi. Pendek kata,
lelaki ni sebenarnya lebih banyak masalah mandul, cume kurang didedahkan dan kurang pendedahan. Ditambah pulak lelaki ni suke cover macho, malu nak mengaku diorang ada masalah..ahaks

Kepada para lelaki, selalu periksa alat sulit anda. Selalu lihat dicermin jika ada apa2 perubahan yang memusykilkan. Buat pemeriksaan je tau, jgn lebih2 pulak..hahahaha..

Jika ada ketulan2 yang lain dari yang lain,cepat2 pergi kepada pakar..jangan sebarangan beli ubat2 yang dijual dipasar2 malam ek.

Lagi satu, bagi perokok, cubele berhenti merokok. bagi yang kakinya dah serope botol arak tu, rentikanlah ketagihan anda tu, tak bawa faedah pong.

Bagi lelaki yang gemar pakai seluar kecik yang ketat, cobe2lah pakai yang agak longgar atau boxer.. Yang masih bujang2 tu, rentikanlah buat seks sebelum kawen dan seks dengan tangan anda sendiri. Faham2 lah yer... Tak ada faedahnya, berdosa lagi ada..

Selamat beramal..

Bye..tata titu.

Sape Yang Nak Menikah, bolehlah baca entry ni yer..

Selamat Sejahtera..

Kepada yang berhajat nak pergi merisik,meminang, menikah, bolehlah cuba yang di bawah ni yer..ahaks.

Pantun Pinang Meminang:



Pihak Lelaki:
Buah Luruh di tepi jerat,
Angkut-angkut di pohon kuini,
Dari jauh kami melihat,
Hati tersangkut di rumah ini.

Selasih ini kami petikkan,
Selasih kerap dibuat ulam,
Sirih ini kami dulukan,
Sirih adat pembuka kalam.

Pihak Perempuan:
Sirih dilipat disusun lima
Pinang hirisan harum melati,
Sirih adat kami terima
Sila Nyatakan hasrat di hati.

Pihak Lelaki:
Keratlah lagi daun kemangi,
Tolong isikan di dalam raga
Hasrat hati terlalu tinggi
Mahu satukan dua keluarga.

Pihak Perempuan:
Kerat kemangi di Kuala Daik,
Dibawa orang ke tanah seberang
Hasrat Murni disambut baik
Mari berbincang secara terang.

Pihak Lelaki:
Tuan mencari burung jelatik
Di pokok pinang ada di situ
Tuan miliki Puteri yang cantik
Mahu dipinang dibuat menantu.

Arah ke barat terus ke dusun,
Dusun panglima hala dituju
Sirih beradat cantik tersusun
Sudilah terima tanda setuju.




Mekasih Cikgu

Selamat Sejahtera..

Sebelum aku sign out blog aku tuk ari ni, aku nak ucapkan terima kasih bebanyak pada "cikgu" aku yang telah bersusah payah mengajar aku buat blog ni..hehehe

Belajar dari alam maya je tau..hebat tak cikgu dan aku ni.hahahaha

Dari cikgu tu jugaklah aku teringin nak bukak blog. Tengok blog dia cam best pulak..ahaks.

Apa pun, terima kasih cikgu Epul..Cikgu Epul ni jugaklah yang jadi follower pertama blog aku ni..hahahaha..Mekasih cikgu Epul yang Hitam Manis..Hitam-Hitam Si Tampuk Manggis, Sungguhpun Hitam Manis dipandang..Jangan marah ar Saiful Ibrahim.

Sekian..Bye..tata titu..

Monday, August 27, 2012

In The Raya Mood

Selamat Sejahtera (ada ke follower ni)..hehehee.

Rasanya hari ini 28 Ogos 2012M dah masuk 10 Syawal 1433H..Rasanya masih ramai lagi yang masih dalam mood raya, setelah lama bercuti..Masuk keje balik pon cam x de semangat ek..termasuklah aku ni jugak..grrr..

Kena set tune balik ni..wake up!! wake up!! Semua..semangat sambung bekerja balik akak2, adik2,abang2,ayah2,ibu2,kawan2 semua. Jangan bertangguh lagi..huhuhuhuhu.

Bye2..tata titu semua..

Ta'aruf

Assalamualaikum..

Sesapa je yang terbuka, terklik, terbaca dan semua ter ter ter lah..

Aku baru je tubuhkan blog ni pada tanggal 28 Ogos 2012, atas bantuan member aku yang rasanya tak payahlah sebut nama dia, kang ter riak pulak member aku tu.hahaha. Sorry bro....dengan tujuan hidup..sesaje jek..har har har..

Tengok member2 ada blog, aku pun gatal2 nak ada blog gak kan..tapi bila dah bukak ni, hmm..apa ntah aku nak masukkan dalam blog aku ni?..Kesah aku? Hmm..x de yang menarik kot..huhuhuhu

Ny real name? Tak payah tau kot..yang dah tau tu, buat2 lah tau yer..har har har..

Abu Unaisah tu nama kunyah aku (kena faham n sebut betul2,bukan kunyah cam korang kunyah makanan tau, ni kun-nyah cara sebutnya, ejanya kunyah.maknanya sandaran nama aku kepada anak aku yang sulung).






Ada yg bertanya, kalau anak ramai, nak kunyah pada anak mana?..Jawab aku, suka hati koranglah..ahaks.

Yem Waklu tu pulak.hmm..yem tu nama timangan aku..hahahaha..kenapa yem..kena tanya mak aku agaknya kenapa yem..hehehehe.

Waklu tu?..Hmm..adalah..rahsia..ahaks

Setakat ni dulu kot utk sesi pertama ini..bye2..tata titu..