Tuesday, August 28, 2012

Sape Yang Nak Menikah, bolehlah baca entry ni yer..

Selamat Sejahtera..

Kepada yang berhajat nak pergi merisik,meminang, menikah, bolehlah cuba yang di bawah ni yer..ahaks.

Pantun Pinang Meminang:



Pihak Lelaki:
Buah Luruh di tepi jerat,
Angkut-angkut di pohon kuini,
Dari jauh kami melihat,
Hati tersangkut di rumah ini.

Selasih ini kami petikkan,
Selasih kerap dibuat ulam,
Sirih ini kami dulukan,
Sirih adat pembuka kalam.

Pihak Perempuan:
Sirih dilipat disusun lima
Pinang hirisan harum melati,
Sirih adat kami terima
Sila Nyatakan hasrat di hati.

Pihak Lelaki:
Keratlah lagi daun kemangi,
Tolong isikan di dalam raga
Hasrat hati terlalu tinggi
Mahu satukan dua keluarga.

Pihak Perempuan:
Kerat kemangi di Kuala Daik,
Dibawa orang ke tanah seberang
Hasrat Murni disambut baik
Mari berbincang secara terang.

Pihak Lelaki:
Tuan mencari burung jelatik
Di pokok pinang ada di situ
Tuan miliki Puteri yang cantik
Mahu dipinang dibuat menantu.

Arah ke barat terus ke dusun,
Dusun panglima hala dituju
Sirih beradat cantik tersusun
Sudilah terima tanda setuju.




No comments:

Post a Comment