Monday, December 3, 2012

Gurah membantu aku...

Gurah? Apa tu ek..

Ha, sesapa yang pernah buat rawatan resdung ni, pasti tau apa itu gurah?

Gurah ni adalah proses mengeluarkan lendir/cecair yang selalu menjadi punca kepada maslaah selesema, hidung tersumbat dan resdung.

Aku ni dulu boleh dikatakan selesema, hidung tersumbat ni ibarat isi dan kuku, tak boleh dipisahkan. Malah dah bertahun-tahun kami "hidup" mesra gitu. Ahaks.

So, disebabkan aku tak tahan nak tanggung sakit kepala setiap kali selesema menyerang, aku carilah beberapa rawatan alternatif untuk membantu mengurangkan penyakit aku ni. Ye lah, makan ubat pun dah tak lut dah orang kata. Buang karen jek makan ubat2 kimia ni.

Aku dan isteri aku pun buatlah searching kat internet dan tanya kawan2. Rawatan yang terlintas kat pale aku ni ialah BEKAM. Masa tu tak tau lagi apa tu GURAH.

So, pas jumpa pengamal rawatan tradisional dan sunnah ini kat Shah Alam, aku pun pergi, minta member aku Syah tolong temankan.

Ha, ni lah gambau2 masa aku buat rawatan gurah dan bekam tu. Cuma gambar aku buat bekam tak leh tunjuk sebab bekam tu buat kat badan. Kang nampak pulak badan ketaq2 aku. Hahahaha.







Sempat baca majalah sebelum sesi mengeluarkan lendir bermula.






Ni Ubat yang bakal dimasukkan ke dalam hidung aku. Pedih woo pas masukkan bendalah ni dalam hidung.






Nak tau? Pas ubat dimasukkan ke dalam hidung, kita diminta sedut ubat tu, ala cam kita sedut air masa amik wudhu' tu. Dalam 10 saat lebih kurang, otomatik kita rasa ada sesuatu yang mengalir keluar dari hidung. Ha, meleleh lendir2 keluar. Rasa pedihnya masa masuk ubat jek, Time lendir keluar, tak rasa pedih dah. Cuma sakit kepala sikti  sebab tunduk jek. Hehehe.


Alhamdulillah, kini dah hampir seminggu, aku dah tak bersin setiap pagi. Hidung pun clear jek. Datu lagi, rawatan ni artis selalu buat sebab nak bagi vokal mantap dan nafas panjang. Tapi memang betul, pagi selepas aku buat gurah ni, vokal aku jelas tanpa sengau. Hahahaha.

No comments:

Post a Comment