Wednesday, January 16, 2019

Agar Anak Cinta Solat: Siri 1


Image result for menara masjidAnak merupakan anugerah terindah bagi setiap pasangan suami isteri. Namun amanah yang diberikan oleh Allah itu, sangat besar dan berat untuk dijaga dan dipelihara. Apatah lagi di zaman global dunia tanpa sempadan dan zaman di mana kita hidup dalam maklumat hanya dihujung jari. Sekali kita sebagai ibu bapa leka dan lalai, makanya anak-anak akan terus hanyut dengan arus dunia yang penuh noda dan dosa ini.
Image result for SolatSetiap orang tua bertanggungjawab akan pembentukan sahsiah dan akhlak anak-anak. Jangan dibiarkan mereka terbentuk daripada pengaruh-pengaruh luar yang tidak ada nilai agama! Namun sangat disayangkan, kebanyakan ibu bapa hanya mementingkan peningkatan akademik semata-mata. Lebih mementingkan anak mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang namun dalam masa yang sama pembentukan peribadi dan akhlak anak jauh dari petunjuk Islam. 
Ibu bapa lebih risau jika anak tidak mendapat result yang cemerlang di dalam peperiksaan yang menyebabkan anak-anak tidak dapat dihantar ke sekolah berasrama penuh! So klise kan..ahaks. Makanya, ada anak- anak seawal usia 12 tahun sudah dibiarkan mereka hidup sendirian dikelilingi dengan manusia yang kita tidak tahu bagaimana. Seawal usia itu, anak-anak sepatutnya mendapat didikan dan contoh daripada orang tuanya, tetapi ada ibu-bapa melepaskan anak-anak untuk mereka belajar sendiri erti hidup, hanya kerana mahu anak cemerlang di dalam akademik!
Bukanlah saya kata akademik itu tidak penting, tetapi yang lebih penting daripada itu-ilmu agama dan sahsiah akhlak- ibu bapa abaikan, malah sambil lewa sahaja. Ilmu yang membawa anak-anak ke Syurga tidak diendahkan. Malah, anak solat dengan benar juga tidak dipedulikan!
Setiap orang tua bertanggung jawab terhadap pendidikan agama yang benar untuk anaknya, terutama masalah solatnya! Namun tidak sedikit ibu bapa yang lalai dan kurang perhatian terhadap masalah yang satu ini.

Makanya, insya Allah saya cuba berkongsi beberapa tips "Agar Anak Cinta Solat". Semoga Allah membantu serta memberi saya kekuatan untuk perkara ini.




No comments:

Post a Comment