Wednesday, January 16, 2019

Agar Anak Cinta Solat: Berdoalah Sebagaimana Nabi Ibrahim Berdoa

Image result for Saf solat anak- anakRamai ibu bapa  yang mengeluh anak2 mereka culas dan susah untuk di ajak solat. Tetapi itu bukanlah alasan, sehingga kita membiarkan anak2 kita tidak berlatih untuk mendirikan solat sedari usia kanak2 lagi. 

Jika berterusan kita membiarkan mereka, akibatnya anak-anak tersebut tidak memiliki kepedulian terhadap kewajiban agamanya. Yang ada dalam kepala mereka hannya material, keseronokan semata. 

Pelbagai ragam boleh kita lihat di mana ibu bapa mengeluh begitu sulitnya menanamkan nilai-nilai agama pada diri anak-anak. Ada yang mengeluh anaknya berdusta ketika ditanya perihal sudah solat ke belum. Ada pula yang hanya solat apabila disuruh dan diawasi, namun bila orang tuanya tidak mengawasinya, dia tidak solat. Ada pula anak-anak yang solat setelah melalui perdebatan dan perkelahian yang panjang dengan orang tuanya..hahahaha. Ada yang diugut dengan rotan baru anak mahu solat. Ada pulak anak tidak peduli langsung dengan semua itu! Ini semua merupakan masalah yang banyak menimpa sebahagian besar ibu bapa yang peka. Image result for Saf solat anak- anak  Namun perintah Nabi Muhammad Shallahu'alaihi Wasallam agar anak yang berusia 7 tahun diajari solat, dan ketika usia 10 tahun tidak mahu solat hendaklah dipukul, harus dilaksanakan dalam apa jua keadaan. Tidak boleh tidak! Lihatlah Nabi Ibrahim 'Alaihissalam, dengan begitu seriusnya berdoa kepada Allah agar anak keturunannya rajin mendirikan solat. Allah Ta'ala mengabadikan doa tersebut dalam firman-Nya:  

Image result for surah ibrahim ayat 40


No comments:

Post a Comment