Tuesday, September 30, 2014

Dan Umainah Pun Berkata....

Dan Umainah pun berkata..

Dialog antara si kakak, Unaisah dengan si adik, Umainah:

Unaisah: Umainah, Umainah..garangkan muka tiger tu..

Dan Umainah pun menjawab..: A'ah kan..macam muka mama..

Aku dan wife: Bantai gelak terkekeh-kekeh.
 Begitulah keleteh dua orang anak dara aku masa aku dan wife bawa anak-anak jalan ke Zoo Melaka.
Begitu tulus, lurus dan jujurnya seorang anak kecil yang masih tidak berbuat dosa.

Lurus dan jujur. Dan begitulah seorang ayah dan ibu pula, akan menjadi garang apabila si anak-anak tidak mahu mendengar kata. Ibarat melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Di waktu si anak masih mudah mendengar kata, ketika itulah kita sebagai ibubapa yang lebih punya pengalaman hidup untuk mencorakkan keturunan kita. Samada kita mahukan anak kita menjadi Yahudi, Nasrani, Majusi atau kita mahu anak-anak kita menjadi fitrah (Islam) yang sempurna ilmu, iman dan amalnya.

Aku ada mendengar seorang pakar motivasi ni cakap, apa yang ibubapa katakan di rumah, akan menjadi pelajaran secara tidak langsung kepada anak. Anak-anak akan mudah meniru apa yang dilakukan oleh mak dan ayahnya. Sama-samalah kita belajar memberikan contoh tauladan yang baik buat anak-anak kita.

Aku kongsikan sedikit gambar-gambar ketika percutian kami
sekeluarga ke Zoo Melaka.








Inilah Harimau Kumbang yang Umainah cakap garang macam mamanya..hahahaha. Sabau jelah.


Nampak tak?..


Dah muncul..Nampak kepala jek..


Ini Beruang.


Memrang sedang berenang-renang


"Aku pun nak selfie gak." Kata Si Ungka




Friday, September 12, 2014

Setahun sudah.

Lebih dua bulan aku tak jengah blog aku ni..Sunyi sepi..

Mujur kawan aku, si Nudin bertanya tak ada ke entry terbaru. Tu lah, idea banyak, cume kekangan masa je. Ekekeke.
Nak masukkan entry terbaru ni kena perah otak untuk dapatkan idea. Nak susun ayat lagi. Huhuhuhu.

Tetiba nak berkongsi cerita setelah setahun aku tinggal di rumah baru aku ni (baru lagi ke.Ekekeke).

Dah hampir setahun tinggal di Bdr Saujana Putra, makin ramai dah jiran2 baru masuk. Lorong kejiranan rumah aku ni ada 4 lorong, namun lorong rumah aku je yang masih ada dalam 7-8 buah rumah yang masih tidak kenal siapa penghuninya. Risau jugak kalau rumah2 yang dibiarkan lama tak berpenghuni ni. Risau ada makhluk jahat yang masuk ikut bumbung rumah, pastu masuk rumah kita curi barang. Huhuhuhu.

Jiran-jiran setakat ni, alhamdulillah. Semuanya ramah-ramah belaka. Satu dua rumah je yang jenis tak campur orang.Aktiviti kawasan kejiranan juga banyak. Kitorang berhubung melalui aplikasi whatsapp. Segala aktiviti, termasuk kes rumah dimasuk pencuri, ular, tikus dan bumbung bocor pun kitorang akan umumkan dalam whatsapp. Begitu close-nya kitorang. Begitulah hidup berjiran, ringan sama dijinjing, berat sama dipikul. 



Syukur, pembinaan surau di tapak yang dah ada pun telah diluluskan oleh pihak JAIS. Tunggu untuk pengesahan nombor akaun untuk sumbangan-sumbangan dari orang ramai untuk merealisasikan pembinaan surau yang diberi nama Surau Ar-Raudah.




Gambar atas: Kenangan masa gotong royong perdana 2. Geng-geng mengeteh ni.

Pembinaan Masjid untuk kawasan Bdr Saujana Putra juga sudah diluluskan. Sesapa yang ingin menanam saham untuk akhirat nanti bolehlah 

sumbangkan sedikit wang untuk melihat impian penduduk Islam di sini untuk mempunyai masjid.

Sesapa yang dermawan silalah derma.

Dalam setahun ni juga, pokok kari dah besau. Jimat sikit tak perlu nak beli kat kedai lagi.

Dah setahun ni jugaklah, pokok ciku dah berbuah.

Setahun ni jugaklah, dah ada bela ikan gapi. Balik kerja penat, boleh hilangkan penat tengok ikan ni berenang-renang. Jinak ikan-ikan ni. Siap dah beranak pinak dalam akuarium ni.

Dalam tempoh setahun ni juga, belakang dah pasang tiles.

 Dah ada stor. 

Paling best, bunga orkid dan berkembang. Waaaahhhh!!!

Projek perumahan rumah Semi-D dua tingkat kat belakang rumah pon dah siap, Sesiapa yang sudi dan mampu nak beli, jom kita berjiran. Harga rumah ni dalam RM450k-RM600k je.
Aku mampu...mampu tengok..Ekekeke







Monday, July 7, 2014

Kasih dan Redha Ibu Membawa Ke Syurga

Bila sebut pasal ibu, air mata aku ni mudah sangat untuk mengalir. Terkenang ujian yang Allah beri kepada ku sekeluarga amnya, dan kepada ibuku khususnya.

Mak aku yang dulu sangat aktif buat kerja-kerja kampung, mak aku yang sangat ceria, mak aku yang suka terlibat dengan aktiviti kampung......tapi itu dulu, setelah Allah beri ujian yang hebat buatnya, kini mak aku hanya mampu terbaring di katil akibat pendarahan dalam otak akibat stroke yang dialaminya sejak November 2013 yang lalu. Kini mak aku perlukan bantuan untuk bergerak dan buat kerja2 rutin seperti mandi dan sebagainya. Inilah ujian dan bahagian yang telah Allah tetapkan buat aku adik beradik amnya, dan buat aku khususnya, sebagai anak lelaki sulung dalam keluarga.

Allah telah memberi takdir ini untuk menguji anak-anak lelakinya, apakah sanggup untuk menjaga seorang ibu yang tidak berdaya atau tidak. Menjaga orang tua adalah satu cabaran yang sangat hebat buat diriku.

Alhamdulillah, di dalam kesempitan dan kesederhanaan hidup aku dengan isteri, Allah masih memberi peluang untuk aku menjaga emak aku. Inilah peluang untuk aku.

Aku nukilkan entry ini setelah aku mendengar satu majlis ilmu yang membicarakan tentang liku-liku perjalanan kita ke alam akhirat. Dalam kajian itu, al-ustaz ada sentuh bab menjaga orang tua yang nyanyuk dan tidak berdaya.

Dalam kajian itu, ada disentuh bahawa ujian terbesar buat anak-anak lelaki ialah menjaga ibu bapa yang nyanyok/sudah tua. Kalau kita bukan anak yang sholeh, kita telah hantar ibu bapa kita ke rumah penjagaan orang2 tua. Nau zubillah minzalik. Al-ustaz mengingatkan, selagi mak ayah kita masih hidup, tanggungjawab menjaga mereka adalah terletak pada bahu anak-anak lelaki, bukan anak perempuan.

Bahkan tanggungjawab menjaga adik beradik perempuan yang belum kahwin juga adalah tanggungjawab abang/adik lelaki. Begitu besarnya tanggungjawab yang Islam letakkan pada seorang yang bernama lelaki. Subhanallah! Dan itulah hikmah Islam menetapkan pembahagian harta faraid itu lebih untuk lelaki dikeranakan beratnya tanggungjawab anak lelaki.

Oleh yang demikian, al-ustaz menitipkan pesan kepada suami-suami supaya jangan melebihkan isteri berbanding ibu bapa. Sangat bahaya kesannya seorang suami yang melebihkan dan lebih utamakan isterinya berbanding mak ayah sendiri. Inginkan keberkatan hidup, hendaklah kita menjaga kedua orang tua dan Allah menjanjikan ganjaran yang besar kepada anak-anak yang sanggup mengorbankan dirinya untuk ibu bapanya. Hubungan anak dengan mak ayah tetap tidak akan putus walau apa pun yang berlaku, berbeza hubungan dengan isteri yang hanya diikatkan dengan akad nikah yang boleh putus bila-bila masa atas sebab syariat.

Di akhir kajian, satu pesanan yang begitu terkesan buat diriku ialah seorang mak ayah boleh dan sanggup menjaga anaknya walau hingga hujung nyawanya, tetapi belum tentu seorang anak boleh menjaga orang tuanya. Oleh yang demikian, jangan lah kita sebagai anak berkira untuk menjaga mak ayah yang telah tua yang bila-bila masa Allah boleh jemput mereka. Mungkin selama mana kita menjaga mak ayah kita, tidak akan sama usia yang dihabiskan mak ayah kita ketika menjaga kita.

Oleh itu, marilah kita sama-sama hargai dan sentiasa mengambil berat akan kedua orang tua kita. Syurga kita terletak kepada keredhaan mereka. Sangat besar pahala yang Allah berikan kepada seorang anak yang sanggup korbankan segalanya untuk menggembirakan hati orang tuanya.