Thursday, January 23, 2014

Usaid Belajar Berjalan

Bulan Januari 2014 ni usia anak bujang aku dah 11 bulan. Bermakna bulan Feb nanti dahhhh setahun dah..Rasa cepat jek masa berlalu.

Pejam celik pejam celik beliau pun dah belajar berjalan. Lewat sikit berbanding kakaknya Umainah yang dapat berjalan di usia 9 bulan dan cepat sikit berbanding dengan kakaknya Unaisah yang dapat berjalan pada usia setahun dua bulan.

Orang kata anak lelaki ni lasaknya lain macam sikit. Agaknya itulah yang aku rasa la ni. Lasak Usaid ni memang lain macam sikit. Aktif manjang. Kalau balik kampung tu, ceruk mana jek yang dia tak pernah teroka. Dari pintu depan sampailah pintu dapur, celah2 meja, celah kerusi dia pergi. Paling dia suka ialah tolak buai.






Ni lah permainan kesukaan beliau. Menolak buai. Jom tengok video kat bawah pulak
                               



Usaid Belajar Berjalan





Ha, ni pun salah satu permainan kesukaan dia. Nak test kekuatan kot..



Thursday, January 2, 2014

Jom Kita Hijaukan Bumi Kita

aku dah 7 bulan pindah rumah baru. Alhamdulillah, suasana, jiran semua okey. Cuma nya, entah bilalah jiran2 nak bertambah ni. Masih banyak owner tak duduk lagi ni.

Rumah aku ni ada car porch, belakang pun adalah ruang sikit dalam 3 kaki lebar. Cuma rumah ni simen semuanya di luar, so, tak adalah tanah. Aku yang suka bercucuk tanam ni, susahlah kalau tak ada tanah.

Tapi itu semua bukan alasan. Kalau dah minat, apa pon boleh jadi. Sanggup berhabis RM. Huhuhuhu. Ni pon atas sokongan isteri tercinta.

Daripada 2, 3 batang pokok, sekarang dah jadi 15 jenis pokok bunga dan buah2an.




 Ni Pokok Bunga Kekwa dan Ros Kuning

 Pokok Kari pun aku tanam gak. Suka bau daunnya

 Ni Pokok Bunga Burung Bertenggek. Sebabnya bunganya memang macam seekor burung sedang bertenggek kat hujung daun. Yang bunga purple tu aku tak tau apa namanya. Hehehe.
 Ha, yang ni pulak pokok tanduk rusa. Kalau banyak memang nampak macam tanduk rusa. Yang hijau pekat tu, pokok bunga raya.
 Yang bunga ungu tu, bunga morning glory, sebab pagi2 jek dia kembang setaman. Ahaks.

 Ha, yang daun lebau2 tu, aku tak tau apa namanya. So, aku panggil je ni pokok bunga daun lebar-lebar. Sebelah tu pokok bunga raya juga(warna hijau)

Ha yang ni kalau korang tak kenal pokok apa, memang wajib kena sekeh dgn aku.

 Ni pokok bunga yang paling aku suka. Baunya wangi. Ni pokok bunga melur.


Wednesday, January 1, 2014

Unaisah dah mula "bersekolah". Macam2 pesanan dia bagi kat adiknya, Umainah

Diam tak diam, rupanya dah besar dah anak sulung aku ni. Dah nak jadi anak dara sunti dah..Hehehe

Unaisah mula belajar di tadika hari ni. Umurnya 5 tahun, so, 2 tahunlah dia di tadika nanti. Tinggallah adiknya, Umainah dan Usaid berdua di taska.

Apa yang mengharukan aku, Unaisah pagi tadi sebelum aku nak hantar dia ke tadika, siap berpesan segala bagai kat Umainah.

"Nanti Mainah pegi taska dengan usaid tau. Mama hantar Mainah, ayah hantar kakak kat sekolah"

"Mainah jangan nangis tau kat taska. Main dengan Usaid. Nanti Mainah makan banyak2 kat taska tau. Kakak nak gi tadika."

Paling tak tahan, sambil berpesan, siap Unaisah betulkan butang baju Umainah yang terbuka. Soooo sweeeetttt..

Umainah pon angguk jek tau. Tapi pagi tadi, susah jugak nak pujuk Umainah pergi ke taska. Mungkin sebab dah biasa berdua dengan kakaknya.

Semoga adik dan kakaknya boleh jadi pelindung antara satu sama lain.


Kakak dan adik yang sehati sejiwa.

     Bajet comel lah konon si Umaninah ni


Peace...


         Posing dulu sebelum ke tadika.