Assalamualaikum kawan2 semua..
Setelah bercuti lama, i'm comeback..
Alhamdulillah, setelah menjalani safar yang panjang selama 288 hari bersamaan 41 minggu 1 hari, isteri dah selamat melahirkan anak ke tiga kami, baby boy, seberat 3.16kg di Hospital Serdang secara normal pada 7 Rabiul Akhir 1434H bersamaan 18 Februari 2013M jam 4.56 pagi. Alhamdulillah, aku masih lagi berkesempatan melihat proses kelahiran anak ke 3 ini, sebagaimana anak pertama dan kedua lalu. Setiap malam aku berdoa supaya dianugerahi anak lelaki, dan Allah kabulkan permintaan aku. Setiap hari ketika wife aku mengandung, aku tak lupa berdoa, semoga anak yang Allah anugerahkan ini dianugerahkan sebaik-baik penciptaan sebagaimana sempurnanya rupa paras Nabi Yusuf, imannya kuat sebagaimana imannya Nabi Ibrahim, sabarnya tinggi sebagaimana sabarnya Nabi Ayyub dan akhlaknya indah seindah Al-Quran sebagaimana akhlaknya Nabi Muhammad SAW.
Dan, alhamdulillah juga, pada hari pertama kelahiran itu aku memberinya nama, mentahniknya dan mendoakan keberkahan untuk anak aku, itulah sunnah-sunnah yang di ajar oleh Rasulullah.
Alhamdulillah, pada hari ke 7 juga telah aku lakukan aqiqah dua ekor kambing dan mencukur rambutnya. Cume belum timbang berat rambut anak berapa untuk disedekahkan kepada fakir miskin dengan harga segram perak. Rezeki anak aku kali ni, murah harga kambing, RM350 seekor.
Aku namakan anak aku ini, USAID. Usaid Bin Mohd Yusri. Aku ambil sempena nama seorang sahabat Nabi yang agung, Usaid Bin Al-Hudhair. Rasulullah pernah bersabda, "Sebaik-baik lelaki adalah Usaid."
Sahabat ini merupakan seorang pemimpin yang pintar, berani serta bijak. Antara keistimewaan dan kelebihan yang Allah anugerahkan kepada sahabat besar ini ialah, beliau memiliki suara yang merdu ketika membaca Al-Quran. Sehingga diriwayatkan dalam hadis Shahih Bukhari, ketika beliau membaca Al-Quran, maka kuda yang berada disebelahnya terlompat-lompat. Ketika beliau berhenti membaca, kuda itu kembali tenang. Ketika beliau membaca Al-Quran kembali, kuda tersebut kembali melompat-lompat sehingga Usaid Al Hudhair risau akan terpijak anaknya oleh kuda tersebut.
Perkara ini beliau ceritakan kepada Rasulullah SAW, maka Nabi memberitahu bahwa, ketika beliau membaca Al-Quran, para malaikat turun dengan ramainya dari langit untuk mendengarkan bacaan beliau. Sehingga kalau beliau terus membaca lagi, nescaya akan nampaklah penduduk para malaikat turun.
Kelebihan beliau lagi ialah, beliau mempunyai tongkat yang bercahaya ketika beliau berjalan di waktu malam, sehingga menjadi seolah-olah lampu suluh untuk beliau. Boleh rujuk dalam kitab Shahih Bukhari.
Mudah-mudahan anak aku kelak menjadi sehebat Usaid Al-Hudhair dan mencontohi akhlak gurunya Usaid, iaitu Rasulullah SAW, dan mencontohi perwatakan beliau ketika telah memeluk Islam. Ameen.
Allah telah menganugerahkan aku keluarga yang lengkap, Unaisah Binti Mohd Yusri (Wanita yang Girang), Umainah Binti Mohd Yusri (Perempuan Yang Amanah, Umainah Tashgir dari kata Aminah) dan Usaid Bin Mohd Yusri (Pemimpin Yang Berani).
Wednesday, February 27, 2013
Wednesday, February 6, 2013
Ana Mel!!
Assalamualaikum para pelayar internet..Hello everyone.. Hai u olls..
Lama benau aku tak update blog aku ni. Selain tak ada idea, sibuk pulak dengan keroje2 ofis ni.. Nak serahkan amanah kat ofismate pulak sebelum nak bercuti sempena kelahiran anak ke 3 nanti. In Sya Allah.
Kali ni aku nak cerita sikit pasal ana mel!.
Apa tu Ana mel! ek? Agak2 korang? ahaks.
Sikit2 ana mel!. Mesti ada ana mel!. Hahahaha..
Oklah, gini. Itu ialah dialog yang sering diucapkan oleh anak kedua aku, Umainah. Bawah ni gambau dialah ni.

Ni anak aku yang seken. Dah nak dua tahun dah..12 Feb ni genaplah 2 tahun usianya.
Dan pandai pakai telekung dah..Mengaji pun dah pandai..Alhamdulillah. Belum masuk 2 tahun, dah fasih bercakap.
Suka tengok gambau ni. Macam muka Nenek nyang (moyang) dia yang baru meninggal hujung tahun lalu. Mak aku cakap, ada jugaklah yang ikut muka arwah nenek aku.
Dua-dua macam tepung gomak. Hahaha. Ni sesi melicinkan kulit muka anak2 aku, yang dah sedia licin tu. Hahaha.
Suka tengok dia pakai baju kelawar..
Dua dara pingitan gitu.. ahaks
Ana mel!!
Ok, sambung balik. Apa tu ana mel?..Gini, anak aku ni, si Umainah ni, kiranya suka nau puji diri sendiri. kiranya masuk lif tekan sendirilah. Hahahah. Ala, masuk bakul angkat sendirilah. Takkan tak faham kot. har har har har..
Lepas mandi jek, umainah akan cakap, "ayah, ana mel (Umainah comel!)"
Lepas siap pakai baju, "Aya, Ana mel!"
Lepas ikat rambut, "Aya, Ana mel!"
Paling tak tahan nak gelak, sebelum makan, pun cakap, "Aya, ana mel!". Hahahaha. Sabau jelah anak aku ni. Kalau aku cakap, tak, tak comel, wah, dia marah, siap cakap, "Bukan, Ana mel!."
Nak tidur? Agak2 korang dia cakap tak Ana mel?. Ha, jangan korang tak tau. Nak tidur, dah baring ni kat tilam, dia panggil aku, "Aya, Ana mel!" Adeh, aku pun jawablah, "Ye, ye..Anak ayah semua comel". Barulah dia nak tidur.
Kakak dia pulak, sebelum tidur, pas baca doa tidur, mesti akan cakap, "Ayah, Unaisah pandai bismikallah.."(Doa tidur: Bismikallah humma ahya' wa amut).
Gitulah keletah anak2 aku ni.
Jadi, Ana mel tu ialah Umainah comel!..Hahahaha
Tuesday, January 8, 2013
Kelebihan dan Keutamaan Memiliki Anak Perempuan
Setiap anak yang lahir adalah anugerah Allah yang tidak ternilai. Justeru, ketika diberi khabar gembira bahawa kita telah dikurniakan anak perempuan, janganlah kita berasa marah, dukacita, malu dan sebagainya. Setiap anak yang lahir itu membawa rezeki dan hikmah yang tidak terhingga kepada si ibu bapa.
Janganlah kita menjadi seperti masyarakat jahiliyyah dahulu yang sanggup mengubur anak perempuan hidup2 dan membunuh mereka hanya kerena mereka dilahirkan sebagai perempuan!
Allah berfirman dalam surah At Takwir ayat 8-9:
"Dan apabila anak-anak perempuan yang dikuburkan hidup-hidup itu ditanya (yakni pada hari kiamat) kerana dosa apakah dia dibunuh?"
Cukuplah seorang itu berdosa ketika dia diberi kabar gembira dengan kelahiran bayi perempuannya, kemudian dia marah dan murka atau bermasam muka yang menunjukkan ketidakridhaannya kepada pemberian Rabbul 'Alamin. Kenapakah kita tidak berkata seperti Imam Ahmad Bin Hambal setiap kali mendapatkan anak perempuan beliau selalu berkata, :
"Para Nabi itu mereka adalah para bapak bagi anak-anak perempuan" ( Tuhfatul Maulud fi Ahkaamil Maulud)
Keistimewaan Mempunyai Anak Perempuan
Hadis Riwayat Imam Bukhari,
"Bahawasanya Aisyah isteri Nabi SAW berkata: Datang seorang perempuan bersama kedua anak perempuannya, lalu dia minta (sesuatu) kepadaku dan aku tidak mempunyai sesuatu apa pun juga selain dari sebiji kurma. Lalu aku berikan sebiji kurma itu kepadanya dan dia pun mengambilnya, kemudian dia membagi kurma tersebut di antara kedua anak perempuannya (satu kurma dibahagi dua) dan perempuan itu tidak memakan sedikit pun juga dari kurma tersebut. Kemudian dia keluar bersama kedua orang anak perempuannya. Lalu masuklah Nabi SAW menemuiku, kemudian aku ceritakan kejadian tersebut, maka bersabdalah Nabi SAW,
"Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak PEREMPUANNYA, lalu dia BERBUAT IHSAN (kebaikan) kepada mereka, niscaya mereka (anak-anak perempuan yang dididik dengan baik oleh orangtuanya) akan menjadi tabir baginya dari api neraka."
Dari Anas Bin Malik RA. "Telah bersabda Rasulullah SAW, "Barangsiapa yang mendidik kedua anak perempuannya sampai baligh niscaya dia akan datang pada hari kiamat, aku dan dia (yakni bersama-sama Nabi SAW ke dalam syurga)." (Anas berkata). "Dan beliau mengumpulkan jari-jarinya."
(HR Imam Muslim)
Dalam hadis yang lain Riwayat Imam Ibnu Majah dan Bukhari serta Imam Ahmad dari Uqbah bin Amir,
"Telah bersabda Rasulullah SAW: "Barangsiapa yang mempunyai tiga orang anak perempuan lalu dia bersabar atas mereka dan memberi makan dan minum dan pakaian kepada mereka dari hartanya, niscaya mereka (anak-anak perempuan tersebut) menjadi hijab baginya dari api neraka pada hari kiamat."
Apakah maksud berbuat ihsan dalam hadis pertama?
Para ulama', antaranya Al Hafiz Ibnu Hajar, Ibnu Qayyim dan lainnya mengatakan berbuat ihsan itu ialah:
1. Berbuat ihsan itu bukan terbatas yang wajib2 saja, akan tetapi termasuk yang sunat2 juga. Ambil misal hadis pertama di mana perempuan tersebut mengutamakan kedua anaknya dari dirinya sendiri.
2. Mendidiknya dengan pendidikan Agama yang shahih dan benar.
3. Mengurus dan merawatnya dari kecil.
3. Memberi nafkah seperti makan, minum, pakaian dan lain2.
4. Mengajarkan akhlak dan adab yang mulia kepada mereka
5. Bersabar dalam mendidik dan mengurus mereka dan sabar atas kerenah serta gangguan2 mereka.
Dengan syarat perbuatan ihsan itu sesuai dengan syariat agama dan tidak menyalahinya.
(Boleh rujuk keterangan lanjut di kitab Al -Fath oleh Ibnu Hajar dan Silsilah Shahihah oleh Imam Al- Albani RA.

Subscribe to:
Posts (Atom)