Monday, December 3, 2012

Gurah membantu aku...

Gurah? Apa tu ek..

Ha, sesapa yang pernah buat rawatan resdung ni, pasti tau apa itu gurah?

Gurah ni adalah proses mengeluarkan lendir/cecair yang selalu menjadi punca kepada maslaah selesema, hidung tersumbat dan resdung.

Aku ni dulu boleh dikatakan selesema, hidung tersumbat ni ibarat isi dan kuku, tak boleh dipisahkan. Malah dah bertahun-tahun kami "hidup" mesra gitu. Ahaks.

So, disebabkan aku tak tahan nak tanggung sakit kepala setiap kali selesema menyerang, aku carilah beberapa rawatan alternatif untuk membantu mengurangkan penyakit aku ni. Ye lah, makan ubat pun dah tak lut dah orang kata. Buang karen jek makan ubat2 kimia ni.

Aku dan isteri aku pun buatlah searching kat internet dan tanya kawan2. Rawatan yang terlintas kat pale aku ni ialah BEKAM. Masa tu tak tau lagi apa tu GURAH.

So, pas jumpa pengamal rawatan tradisional dan sunnah ini kat Shah Alam, aku pun pergi, minta member aku Syah tolong temankan.

Ha, ni lah gambau2 masa aku buat rawatan gurah dan bekam tu. Cuma gambar aku buat bekam tak leh tunjuk sebab bekam tu buat kat badan. Kang nampak pulak badan ketaq2 aku. Hahahaha.







Sempat baca majalah sebelum sesi mengeluarkan lendir bermula.






Ni Ubat yang bakal dimasukkan ke dalam hidung aku. Pedih woo pas masukkan bendalah ni dalam hidung.






Nak tau? Pas ubat dimasukkan ke dalam hidung, kita diminta sedut ubat tu, ala cam kita sedut air masa amik wudhu' tu. Dalam 10 saat lebih kurang, otomatik kita rasa ada sesuatu yang mengalir keluar dari hidung. Ha, meleleh lendir2 keluar. Rasa pedihnya masa masuk ubat jek, Time lendir keluar, tak rasa pedih dah. Cuma sakit kepala sikti  sebab tunduk jek. Hehehe.


Alhamdulillah, kini dah hampir seminggu, aku dah tak bersin setiap pagi. Hidung pun clear jek. Datu lagi, rawatan ni artis selalu buat sebab nak bagi vokal mantap dan nafas panjang. Tapi memang betul, pagi selepas aku buat gurah ni, vokal aku jelas tanpa sengau. Hahahaha.

Tuesday, November 27, 2012

Santai2 di Mydin Ayer Keroh

Hai u olls..

Minggu lepas masa aku balik ke Melaka, rumah mertua aku, sempatlah aku bawa anak2 gi jejalan kat Mydin Ayer Keroh.

Sebenaunya  mak mertua aku yang bawa, sementara wife aku selesai urusan keje dia kat sini.

Seronok tengok anak2 bergembira. Tapi aku perasan masa dok peratikan anak aku yang kecik, Umainah main kat gelongsor ni, ada sorang budak lelaki, mungkin sekitar 4-5 tahun suke tengok Umainah. Mana Umainah pegi dia ikut, kadang2 siap di block laluan yang anak aku lalu. Sabau je lah..Mungkin dia geram kot tengok ketembaman pipi si Umainah agaknya. Hahahahaha. Sibbaek budak ni hensem. Grrr..

Tak sempat pulak aku nak snap gambar budak ni. Tak terfikir pulak time tu.


Pakcik anak2 aku tolong tgk2 kan anak2 aku bermain..
 


Rambut Unaisah menggerbang sebab x ikat..


 Si Umainah ni memang cuak dan gayat kalau naek menatang ni..Akaknya maintain jek. Sabau je lah minah ni..Huhuhuhu



Thursday, November 22, 2012

Jom Kita Kenal Para Sahabat Nabi Siri 3

Assalamualaikum semua. Bertemu kita lagi. Lama rasanya aku tak update blog aku ni disebabkan kerja yang banyak.

Ok, aku nak sambung berkenaan sahabat Nabi yang paling mulia, Abu Bakar Ash-Shiddiq RA.

Keutamaan Abu Bakar ash-Shiddiq di sisi Nabi tidak perlu diragukan lagi. Beliau adalah orang pertama yang masuk Islam, beliau juga adalah salah seorang dari 10 orang sahabat yang dijamin Syurga, beliau Khalifah pertama dari Khulafa' Ar-Rasyidin dan dia adalah teman Nabi ketika berhijrah ke Madinah. Bahkan dalam satu riwayat oleh Imam At-Tirmidzi dengan sanad yang shahih, bahawa Nabi SAW berkata kepada Abu Bakar:

" Kamu adalah sahabatku di telaga Syurga dan sahabatku di Gua Tsur."

Begitulah hebatnya seorang lelaki yang bernama Abu Bakar ini. Sehingga ada ayat Al-Quran yang diturunkan khusus menceritakan tentang beliau,

" Jika kamu tidak menolongnya (Muhammad), sesungguhnya Allah telah menolongnya, iaitu ketika orang-orang kafir mengusirnya (dari Makkah), sedang dia salah seorang dari dua orang ketika keduanya berada dalam gua, ketika itu dia berkata kepada sahabatnya: 'Janganlah engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.' Maka Allah menurunkan ketenangan kepadanya (Muhammad) dan membantu dengan bala tentera (Malaikat-malaikat) yang tidak terlihat olehmu, dan DIA menjadikan seruan orang-orang kafir itu rendah. Dan firman Allah itulah yang tinggi. Allah Mahaperkasa, Mahabijaksana." (QS. At-Taubah:40).

Dalam Shahih Bukhari dan Shahih Muslim, dari Anas bin Malik, disebutkan bahawa ia bertutur,

"Suatu ketika, Abu Bakar menceritakan: 'Aku melihat kaki-kaki kaum musyrikin tepat di atas kepala kami ketika sedang bersembunyi di Gua Tsur. Kemudian aku berbisik kepada Rasulullah SAW: 'Wahai Rasulullah, andaikata salah seorang dari mereka melihat ke arah dua kakinya, pasti dia melihat kita yang berada di bawah kaki mereka ini.' Beliau pun menjawab, 'Hai Abu Bakar, apakah kamu mengira kita hanya berdua? Sungguh, Allah-lah yang ketiga (yakni sebagai pelindung kita)."

Oleh yang demikian, akal yang waras dan sehat tidak mungkin sanggup mengkafirkan Abu Bakar, sepertimana golongan2 Syiah Laknatullah yang sanggup mengkafirkan ahli Surga ini, teman rapat Rasulullah ini. Sedangkan kedudukan mereka (golongan Syiah dan yang sealiran dengan mereka) pun belum tentu di akhirat nanti, malah mereka berani mengkafirkan Abu Bakar.

Sedangkan Allah telah meredhai para sahabat, sebagaimana firman Allah dalam Surah At-Taubah: 100:

" Dan orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) di antara orang-orang Muhajirin dan Ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada Allah. Allah menyediakan bagi mereka Syurga-Syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang agung."

Bahkan Rasulullah SAW sendiri bersabda, " Janganlah kalian mencaci maki seorang pun dari para Sahabatku. Kerana sesungguhnya andaikata salah seorang di antara kalian menginfakkan emas sebesar Gunung Uhud, maka tidaklah (infak kalian) itu setara dengan satu mud yang diinfakkan para sahabatku, bahkan setengahnya pun tidak." (HR Bukhari)

Nah, dalil ini bagaikan petir yang menyambar ke kepala2 orang Syiah dan sealiran dengan mereka, jangankan kata mengkafirkan, mencaci saja tidak boleh! Apatah lagi mereka2 yang sanggup mengkafirkan para sahabat.

Moga kita tidak termasuk ke dalam pemahaman yang menyimpang dari ajaran Islam yang benar dan shahih.

Berjumpa di lain kesempatan. tata titu.