Tuesday, October 30, 2012

Pagi Raya yang Mencemaskan

Hallo u olls,

Aku nk kongsi sedikit kejadian yang berlaku pada pagi Hari Raya Qurban lalu.

Pas aku balik dari solat Idul Adha, aku tengok anak2 semua dah siap berbaju kurung. So, aku, mertua, isteri, anak2 semua ke dapur gi makan pagi.

Anak aku yang second, Umainah dok sebelah aku makan sama. Then, pas dia dah rasa kenyang, dia pun ke depan, sambung main dengan kakaknya and pakcik2 nya.

Aku kat dapur sambung makan. Dengan harapan, adalah orang2 dewasa kat ruang tamu rumah tgk kan anak2 aku.

Sedang makan, tiba2 dengalah suara Umainah menangis. Pakciknya kata, jatuh dari katil. Mulanya aku ingat menangis biasa jelah, maklumlah budak tengah lasak, jatuh2 tu biasalah kan.

Alih2 pakcik dia bagitau dahi Umainah berdarah. Isteri aku pun bergegas lari dapatkan Umainah. Sampai lupa yang dia tengah pregnant 6 bulan boleh lari2 pulak. Tengok2 memang dahi Umainah berdarah. Membuak2 darah keluar. Cemas jugak kitorang, dengan darah yang terus keluar, terus aku, mertua dan isteri aku capai kunci kereta, cari klinik berhampiran untuk dapatkan rawatan. Takut ada koyakan besar kat dahi Umainah.

Dh nama pun pagi raya, mana ada klinik bukak time2 camni. Masa ni mertua aku drive kete. Aku pangku Umainah kat belakang,isteri aku pangku Unaisah kat depan. Akhirnya, buat keputusan, kitorang gamble gi Klinik Kesihatan Merlimau. Jauh pun jauh lah. Mana tau, klinik kerajaan bukak time2 cuti umum ni kan.

Alhamdulillah, bahagian kecemasan klinik buka dan ada doktor sorang. Alhamdulillah jugak, luka umainah tak perlu dijahit. Cume doktor pesan jangan kena air untuk 3 hari.






Monday, October 29, 2012

Bongek Pun Jem sey!

Entry sebelum ni aku story pasal perjalanan aku nak ke kampung mertua aku kat Umbai, Melaka.

Entry ni pulak time aku nak bertolak balik ke Selangor, dari Kampung Batang Nyamor, Kota, Rembau, Negeri Sembilan. Rumah mak ayah aku.

Memang sah jalan jem! Belum masuk highway, baru simpang Kampung Bongek kat rumah aku, kenderaan dah beratur panjang. Dari Kampung Bongek tu adalah dalam 20km aku rasa nak ke Tol Pedas. Perjalanan dari kampung mak ayah aku ni kalau nak masuk Plus ikut Pedas/Linggi amik masa dalam 15-20 minit jek. Tapi kali ni 45 minit sey!

Masuk jek highway jangan cakaplah.

Gerak dari kampung kul 8pm, sampai rumah kul 11 malam! Memang rasa nak patah pinggang. Huhuhuhu. Perjalanan yang sepatutunya 1 jam 15 minit jadi 3 jam!


Jalan Tampin - Seremban jem teruk. Ni baru keluar dari simpang Bongek ni.


Sempatlah aku snap gambar gerai kat tepi jalan sebab kete tak gerak2. Bulan pun sempat aku amik gambar. Hehehe

Pemandangan kat Plus Highway Arah Utara. Masa ni aku rasa baru sampai Senawang.


Sesak Jugak Ropenya

Aku rasa raya Idul Adha tahun 1433 Hijrah ni memang ramai yang balik kampung sebab 10 Dzulhijjah jatuh pada hari Jumaat, jadi pasti yang ramai balik kampung sebab cuti 3 hari.

Aku bertolak dari kampung petang Khamis 9 Dzulhijjah 1433H/25 Okt 2012M, lebih kurang jam 4.15pm. Sangka aku highway tak jemlah, tapi janggkaan aku meleset. Baru sampai persimpangan Nilai Utara (Arah Selatan), jalan dah jem giler.

Biasanya perjalanan dari KL ke Melaka, kalau kelajuan maintain 110km/j, adalah dalam 1 jam setengah sampai. Ni, pukul 8 malam baru aku sampai rumah mertua aku kat Umbai. 4 jam sey! Cam nak ke Johor pulak. Grrrrr..




Tiga gambar ni masa kat Elite Highway menuju ke arah selatan. Masa nilah aku perasan lori kontena ni bawa lebih laju dari aku. Siap potong memotong lagi. Bila tgk meter kete aku, baru 100km/j. Maknanya lori bawa lebih dari 100km/j. Bahaya2.


Anak2 aku duduk sambil menunggu wafer.
Wafer kat R&R Seremban ni memang aku tak pernah miss beli bila nak balik kampung.


Berehat sebentar di R&R Seremban Arah Selatan 



Hujan lebat bila masuk jek sempadan Negeri Sembilan/Melaka. Menambahkan lagi kesesakan di Highway Plus.