Friday, September 14, 2012

Cinta Si Lesung Batu..(bukan entry jiwang eh)

Selamat sejahtera semua..(bilalah nak ramai org follower ni- pengantin baru Shahriman, cepatlah jadi follower aku..hehehe).

Agak2 aku apa terlintas kat pale korang yang tgh membaca ni bila baca tajuk kat atas nun.

Kesah aku jatuh cinta dgn isteri tersayang aku ke? Atau lesung batu tu menjadi sejarah romantik pertemuan aku dan isteri? Ngeee.. semua tu tak betul dan tak benar sama sekali. Hahahaha.

Sebenonya, baru2 ni member aku nak kawen.. So, biasalah bila org kawen, kena bagi hadiah. Aku pon x pasti sejarah bagi hadiah kat org kawen ni bermula di mana. Grrrr..Agak2 dulu x de kot bagi2 hadiah ni. Sebab setiap zaman mengalami evolusion (betul kot istilah aku guna ni,hentam jelah). Kalau dulu2 org bagi telur rebus utk tetamu..Lani telur rebus org x main2 dah, org bagi kederat beg kertas pulak. Isinya pulak macam2. Makin mewah..Tapi telur rebus gak sedap..Bila kentut tu tak tahan sey. Hahahaha.



Melalut pulak. Ok kembali ke agenda asal. So, fikir punya fikir aku x tau nk bg hadiah apa kat kawan aku ni. Aku ni pulak jenis suka bagi hadiah yang lain dr yang lain tapi penuh simbolik. So, aku terfikir lesung batu. Ok kot bagi lesung batu, even mungkin jarang dibuat org. Susah sey nak cari lesung batu. Merata tempat aku cari, dari Jenjarom, Petaling Jaya sampailah Shah Alam..baru berjuma dgn si Lesung Batu. Pastu bukan dpt tawar kat apek cina tu, sebab apek tu cakap lesung susah dapat sekarang ni. Stok kurang..Dahsat sey lesung batu ni. Cam barang terkawal gitu. Hahahaha.

Apa yg simboliknya bagi lesung batu?




Sebab org2 melayu kita selalu guna, even dah ada blender, lesung batu gak yang dicari nanti. Sebab kalau nak masak makanan yang kena tumbuk bahan2nya, guna blender kurang “kick” berbanding kalau kita tumbuk sendiri guna lesung batu ni. Tak caya, try tanya kat mak korang. Hanya jauhari yang kenal manikam. Hehehe.

Seperti lesung dan anak lesung yang tidak dapat dipisahkan, begitu juga hubungan suami-isteri. Saling memerlukan antara satu sama lain. Kalau hilang atau tak ada salah satu, maka akan pincanglah sesuatu hubungan suami isteri tu. Lesung dan anak lesung ni sentiasa bekerjasama. Ha,begitu jugaklah hubungan suami isteri. Saling bahu membahu, banting membanting, tolong menolong, barulah rukun aman damai rumahtangga. Tak gitu, kawan? Cuba kalau tak ada salah satu? Tinggal anak lesung je. Camna tu? Nak buat sambal belacan pun susah woo. Sedap woo sambal belacan ditumbuk pakai lesung batu berbanding sambal belacan yang diblend guna blender elektrik. Tak caya, try tanya mak korang.

Itulah kesah cinta si lesung batu. heheheh

p/s: Lesung batu gak boleh buat baling kat suami yang main kayu tiga..Hahahaha..Jgn amalkan yer isteri2 dirumah tu.. hehehehe

Bye2 tata titu





Tuesday, September 11, 2012

Can I Say Something? Ha Ha Ha...Sabo jelah!!

Selamat Sejahtera semua..

Apa khabar u olls..?

Tajuk biau gempaq kan kawan2..Apa agaknya story aku bila terbaca tajuk kat atas tu kan? Gini kisahnya, "tragis" betul..Ahaks. Berlaku pada 11 Sept 2012.

Sedang aku duk buat keroje kat ofis, tetibe (mmg tiba-tiba je) sorang makhluk bernama manusia ni masuk kat ofis aku. Seorang yang berbangsa (tak perlulah aku bgtau- yg pasti bukan melayu..hehehehe). Aku, opismet aku Omat - bukan nama sebenar dan Miss Nini (jugak bukan nama sebenar) terperanjat le jugakkan. Tengah dok kusyuk buat keroje, ada org terjah.

Org Tetibe Masuk (OTM): Can i say something?

Kitorang (aku & Opismet): ?????? (muka blurrr-faham apa dia cakap, cuma cam terkejut sikit)

OTM: Boleh saya cakap sesuatu?

Kitorang: Boleh boleh boleh.

OTM: Saya dr Cheras, dtg sini mau pigi KPJ. naek bas saya tertidur. itu pasai saya sampai sini.

Kitorang: Oooooo...

OTM: Tapi sebelum tu, saya mau cakap sikit. Bila org datang cakap, muka mesti mau baik, jangan masam. Mesti mau hormat sama orang. Itu body language pun mesti baik. Mesti mau cakap baik2 sama orang. Jangan halau orang..bla bla bla bla..

Kitorang: Hmmm..oooo...(dlm hati apa bondo eh ni, tak faham)

OTM: Saya dtg dari Cheras..bla bla bla..(ulang balik stroy dia yang td)..Saya mau balik ke KL balik, tapi saya mau pegi KPJ dulu. Hari ni last day saya punya checkup. Saya baru accident. Itu tambang bas lebih kurang RM4. Kalau lu orang boleh kasi saya empat ringgit..Bla bla bla..Saya tertidur dlm bas tadi. Duit tak ada, mau pegi balik Cheras...

Kitorang: (dengar jek skrip yang biasa org guna utk minta sedekah)

Lepas habis story mory kesah perjalanan orang tersebut camna dia boleh tersampai ke Shah Alam, kitorang pun bertanyalah kat dia, sekadar utk tahu masalah dia apa sebenarnya, tanpa niat mau menghina dan sebagainya (tapi ada gaklah cam nak provok org ni, betul ke tidak kan).

Aku: U mau pergi mana? (bertanya dengan intonasi yang sopan santun sebab hormat pd yang lebih tua kan)

OTM: (Uhhh - mengeluh) saya sudah cakap, saya mau pergi PPUM mau buat rawatan.

Aku: Tadi u cakap mau pergi KPJ.

OTM: (Uhhh..-mengeluh lagi, aku pun tak tau kenapa dia mengeluh). Dekat KWSP bawah sana dekat federal hway ada KPJ, seberang jalan ada PPUM. Saya mau pergi sana lah.

Aku: Oooo.

Opismet Aku (Omat): U mau naek bas pergi sana? Sini ada stesen KTM (stesen Batu 3). U kalau naek sini turun KL Sentral baru RM2.20. Dari KL Sentral ke..bla bla bla...

(amboi, teliti betul omat bagi direction, siap harga tambang lagi- Hahahahaha)

Masa ni OTM tu dah macam angin sebab kitorang bertanya dia macam-macam. Pelik, org yang nak minta tolong kita boleh pulak nak tengking2 kita. Teruskan membaca.

Omat: U tak ada bawa beg ke? I tgk u tak ada bawa apa2.

OTM: Beg apa!!. Apa beg??

Masa ni OTM memang dah naek suara dah..aku pulak buat dek je. Aku terus sambung kerja aku sambil dengar jugak perbualan OTM dgn Omat. Miss Nini lagilah, dah ketaq sebab takot..Huhuhuhu

Omat: U kata mau pergi buat checkup sebab u sakit. Mesti ada bawa surat ke, surat appointment ke, kad ke..takkan u lenggang kangkong jek.

Aku: Anak2 u tak ada ke? (dengan niat nak tau, takkanlah anak2 biarkan bapak diorang terkontang kanting kan)

OTM: (Uhhh..mengeluh lagi, tapi mengeluh sbb marah). Tadi saya sudah cakap, saya sorang. Bini, anak2 saya duduk Kulai.

(Seingat aku dia takde pulak cerita dia ada anak bini kat johor)

Aku: U tak kerja ke? ( Dalam hati aku berkata2, tubuh badan sihat, muka taklah tua sgt, dlm 40-an gitu)

OTM: (mengeluh lagi sebab mungkin dia rasa yang kitorang ni dpt kesan dia mungkin tipu sebab nak duit). Saya sudah cerita (padahal dia tak cerita pon sebelum ni). Saya kerja kat rawang, kerja malam baru balik kerjalah ni. Duit tambang tak ada mau pegi KL.

Setelah sesi soal jawab antara kitorang dgn OTM ni berlangsung dekat 20 minit jugaklah. OTM dah mula naek angin sebab hajat dia mau dapat duit belum terlaksana lagi. Teruskan membaca.

OTM: Lu orang dengar baik2 sini. Saya pergi dekat pintu - pintu masuk ofis, lu orang dengar sini. Bangsa *tuut* kuasai ekonomi Malaysia 67%. Bangsa lain tak pegang ekonomi..Bla bla bla..(Masa ni OTM begitu hebat cerita dengan siap angka2 statisitik lagi..) Hahahaha. Saya ada ramai kawan kerja hebat2. Saya ada kawan, nama dia Datuk (apa ntah, x dengar sgt dia sebut nama kawan dia ni sebab kitorang heran kenapa OTM ni tetibe nak marah). Kawan saya yang lain ada pangkat ASP bla bla bla..Itu org yang duduk meja hujung pakai spek (akulah tu yang dia tunjuk), jgn buat muka..hahahha (aku jugak yang kena, padahal aku tak de pon tunjuk muka marah ke, tak puas hati ke, aku dengar dia bercerita adalah). Saya minta RM4 saje. bukan RM30 ke, RM40 ke, lu orang sudah tanya macam2. bla bla bla..OTM meluahkan emosi marah dia kat kitorang sebab kitorang byk soal kat dia. Hahahahaha. Sambung OTM lagi..

OTM: Semua agama sama prinsip. saya tau lu orang tak amalkan lu punya agama. Lu yang pakai spek, lu pun tak amal lu punya agama. Bla bla bla..

(Aku, Omat dan Miss Nini mula nak angin sebab sedap2 jek nak judge orang. Paling kitorang bengang sebab dia dok sentuh agama, padahal dia tak kenal pun kitorang dan kitorang tak kenal pun dia tu sapa.Tapi kitorang sabar dan malas nak layan org2 camni, yang tau amik kesempatan terhadap org lain)

Setelah OTM puas hati marah2, dia pun terus blah..Kitorang cam terkejut, terkedu dan nak gelak pun ada. Camni punya perangai pun ada? Dahlah nak minta tolong kat orang, tapi boleh marah lagi bila orang tu tak tolong kita.

Korang yang baca mesti tau kan ni helah biasa org yang kerjaya dia adalah sebagai pemeras duit org lain. Dah byk kali aku berdepan dengan hal2 camni. Kadang2 siap org yg nak dtg minta duit ni bersolek dulu kat cermin pintu masuk ofis (ni berlaku kat johor). Sekali dtg bolehlah kita tolong, tapi bila dah berkali-kali datang dengan skrip yang sama. takkan kita nk tolong kan? Lebih baik kita salurkan wang kita kepada sedara mara yang lebih memerlukan.

Banyak persoalan bermain kat kepala lepas hal ni.

1st: OTM kata tak ada duit. Tapi camner dia pergi kerja dari Cheras ke rawang, jauh tu..
2nd:Cerita dia cam tak masuk akal. Dari Cheras, kalau dia nak ke PPUM, camner dia boleh terambik bas ke Shah Alam?
3rd: Kalau dia kata dia ramai kawan yang ada jawatan tinggi dan kaya, kenapa dia tak minta tolong kawan2 dia yang kaya tu je kan?
4th: Dia kata bangsa dia lebih kaya dari bangsa lain, tapi kenapa dia......(fikir2kanlah yer korang semua).

Kalau ye pon dia susah, tapi tak perlulah nak marah2 kat org kan? Sepatutnya dia lebih sopan santun, hormat jugak kat org lain. Dan tak salah utk kita bertanya sebab dalam dunia sekarang ni, macam2 jenis org ada. Sebenarnya aku ada terfikir kalau OTM tak marah2. Aku nak bagi dia pinjam telpon aku, suruh dia call anak2 dia yang tentu kaya (sebab dia cakap bangsa lain tak kuasai ekonomi). Minta anak2 dia bagi duit kat bapak diaorang ni dari bapak dia tebalkan muka minta kat org lain. Kita tak boleh bagi ikan je sepanjang masa kat org, tapi kita kena bagi dia pancing dan kail, biar dia cari ikan sendiri.

YA Allah, mudah-mudahan KAU berilah kami rezki yang berkat dan sentiasa rasa cukup dengan limpah kurnia yang Engkau berikan kepada kami dan anak2 kami. Amiin..

Bye2..tata titu..


Monday, September 10, 2012

Welcome Welcome..Jemput Masuk

Hai u olls..

Kembali ber"temu" di blog ini..

Ni sambungan dari entry ttg aku dan Saiful ke majlis walimah kawan kami.

So, dipendekkan cerita, aku ajak Saiful dan bininya serta anak2nya yang comey tu singgah bermalam kat kampung aku dokek Rombau, Negeri Sembilan. Si Saiful mmg teruja sbb dia pun dah plan nak singgah kat kampung aku sebab suasana kampung tu masih ada. Betul3..

Kami sampai dari Tangkak ke kampung mak ayah aku kek Kg Batang Nyamor, Kota, Rembau, Negeri Sembilan kira2 jam 7.30malam, selepas kami berhenti rehat dan rawat kat Ayer Keroh arah Utara. Time sampai kat RnR ni hujan kamain lebat. Tu pasal terpaksa tunggu dulu hujan reda sikit. Sempatlah aku melantak nasi lemak sambal kerang sepinggan, dan si Saiful pulak kedarah rojak. Hehehehe.



Pendek kata, aku pun seronok dapat meraikan kawan aku bertandang ke rumah. Memuliakan tetamukan ajaran agama Islam, kan? Seronok tengok anak Saiful si Iman tu menangis sebab nampak kucing kat rumah aku yang berlambak banyak tu. Kesian Iman, nampak kucing dok tidur pon dia menangis. Memang takot kucing anak si Saiful ni. Mudah2an, dah besar nanti dia sayang kat kucing pulak. Anak2 aku jgn cakaplah, memang pantang..pantang nampak kucing, habis di kacaunya kucing tu. Hehehehe.

Ni gambar2 yang sempat kitorang snap pada hari tu selama percutian Saiful dan keluarga 2H1M. Ngeee..



Budak2 yang berbaju merah2 tu, anak aku. si Iman yang selain kaler merahlah yer..




Ni kat laman rumah kek kampung den..