Bila sebut pasal ibu, air mata aku ni mudah sangat untuk mengalir. Terkenang ujian yang Allah beri kepada ku sekeluarga amnya, dan kepada ibuku khususnya.
Mak aku yang dulu sangat aktif buat kerja-kerja kampung, mak aku yang sangat ceria, mak aku yang suka terlibat dengan aktiviti kampung......tapi itu dulu, setelah Allah beri ujian yang hebat buatnya, kini mak aku hanya mampu terbaring di katil akibat pendarahan dalam otak akibat stroke yang dialaminya sejak November 2013 yang lalu. Kini mak aku perlukan bantuan untuk bergerak dan buat kerja2 rutin seperti mandi dan sebagainya. Inilah ujian dan bahagian yang telah Allah tetapkan buat aku adik beradik amnya, dan buat aku khususnya, sebagai anak lelaki sulung dalam keluarga.
Allah telah memberi takdir ini untuk menguji anak-anak lelakinya, apakah sanggup untuk menjaga seorang ibu yang tidak berdaya atau tidak. Menjaga orang tua adalah satu cabaran yang sangat hebat buat diriku.
Alhamdulillah, di dalam kesempitan dan kesederhanaan hidup aku dengan isteri, Allah masih memberi peluang untuk aku menjaga emak aku. Inilah peluang untuk aku.
Aku nukilkan entry ini setelah aku mendengar satu majlis ilmu yang membicarakan tentang liku-liku perjalanan kita ke alam akhirat. Dalam kajian itu, al-ustaz ada sentuh bab menjaga orang tua yang nyanyuk dan tidak berdaya.
Dalam kajian itu, ada disentuh bahawa ujian terbesar buat anak-anak lelaki ialah menjaga ibu bapa yang nyanyok/sudah tua. Kalau kita bukan anak yang sholeh, kita telah hantar ibu bapa kita ke rumah penjagaan orang2 tua. Nau zubillah minzalik. Al-ustaz mengingatkan, selagi mak ayah kita masih hidup, tanggungjawab menjaga mereka adalah terletak pada bahu anak-anak lelaki, bukan anak perempuan.
Bahkan tanggungjawab menjaga adik beradik perempuan yang belum kahwin juga adalah tanggungjawab abang/adik lelaki. Begitu besarnya tanggungjawab yang Islam letakkan pada seorang yang bernama lelaki. Subhanallah! Dan itulah hikmah Islam menetapkan pembahagian harta faraid itu lebih untuk lelaki dikeranakan beratnya tanggungjawab anak lelaki.
Oleh yang demikian, al-ustaz menitipkan pesan kepada suami-suami supaya jangan melebihkan isteri berbanding ibu bapa. Sangat bahaya kesannya seorang suami yang melebihkan dan lebih utamakan isterinya berbanding mak ayah sendiri. Inginkan keberkatan hidup, hendaklah kita menjaga kedua orang tua dan Allah menjanjikan ganjaran yang besar kepada anak-anak yang sanggup mengorbankan dirinya untuk ibu bapanya. Hubungan anak dengan mak ayah tetap tidak akan putus walau apa pun yang berlaku, berbeza hubungan dengan isteri yang hanya diikatkan dengan akad nikah yang boleh putus bila-bila masa atas sebab syariat.
Di akhir kajian, satu pesanan yang begitu terkesan buat diriku ialah seorang mak ayah boleh dan sanggup menjaga anaknya walau hingga hujung nyawanya, tetapi belum tentu seorang anak boleh menjaga orang tuanya. Oleh yang demikian, jangan lah kita sebagai anak berkira untuk menjaga mak ayah yang telah tua yang bila-bila masa Allah boleh jemput mereka. Mungkin selama mana kita menjaga mak ayah kita, tidak akan sama usia yang dihabiskan mak ayah kita ketika menjaga kita.
Oleh itu, marilah kita sama-sama hargai dan sentiasa mengambil berat akan kedua orang tua kita. Syurga kita terletak kepada keredhaan mereka. Sangat besar pahala yang Allah berikan kepada seorang anak yang sanggup korbankan segalanya untuk menggembirakan hati orang tuanya.
Monday, July 7, 2014
Friday, June 6, 2014
Setelah 16 tahun, akhirnya bertemu jua.
Aku rasa ada jugak yang sangat rindukan untuk bertemu dengan kawan-kawan sekolah dahulu. Rindu untuk bergurau macam zaman muda-muda dulu kan.
Begitulah apa yang penulis lalui bulan Mei yang lalu. Atas kecanggihan teknologi tanpa batasan ini, kemudahan Facebook dan whatsapp, penulis bersama dengan kawan-kawan berusaha menjejaki rakan-rakan satu kelas semasa di sekolah menengah. Lebih tepat, Kelas 5 Amanah di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor. Tahun 1998 adalah tahun yang memisahkan kebanyakkan dari rakan-rakan sekelas. Ye lah, after SPM, masing-masing ada yang cari kerja sementara menunggu keputusan SPM kan. Lepas dapat keputusan SPM pulak, masing-masing sibuk untuk merencanakan matlamat hidup untuk sambung belajar di menara gading. Maka terpisahlah kita-kita ni. Penulis sendiri bermastautin sebentar selama hampir 10 tahun di Johor.
Ye lah, kadang2 ada yang berkawan satu sekolah bermula dari darjah satu sampai darjah enam, sama kelas. Alih-alih masuk sekolah menengah juga satu kelas, sampailah form 5 kan. Bayangkan berapa tahun mereka atau pun kita-kita ni hidup bersama dengan kawan-kawan sekolah kan? Ceh wah..
Begitulah apa yang penulis lalui bulan Mei yang lalu. Atas kecanggihan teknologi tanpa batasan ini, kemudahan Facebook dan whatsapp, penulis bersama dengan kawan-kawan berusaha menjejaki rakan-rakan satu kelas semasa di sekolah menengah. Lebih tepat, Kelas 5 Amanah di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor. Tahun 1998 adalah tahun yang memisahkan kebanyakkan dari rakan-rakan sekelas. Ye lah, after SPM, masing-masing ada yang cari kerja sementara menunggu keputusan SPM kan. Lepas dapat keputusan SPM pulak, masing-masing sibuk untuk merencanakan matlamat hidup untuk sambung belajar di menara gading. Maka terpisahlah kita-kita ni. Penulis sendiri bermastautin sebentar selama hampir 10 tahun di Johor.
11 Mei 2014 menjadi sejarah yang berulang kembali (ceh wah macam lagu kumpulan apa ntah yg si Tomok tu nyanyi masa dia kecik2 dulu). Setelah usaha menjejaki kawan-kawan berjaya, maka perancangan untuk bertemu, alah apa org putih panggil tu, gathering ke apa ntah..ye kot. Ngeee...dirancang. Atas izin Allah jua, kitorang berjaya berjumpa kembali setelah 16 tahun "berpisah". Avenue kitorang kat pusat boling kat Subang Jaya. Apa lagi, main boling lah kan.. Terima kasih Pakcik Usop yang sudi mensponser 2 game. Hahaha..
Jom kita layan gambar2 yang telah diambil oleh jurufoto tak bertauliah ni (akulah tu).
Sempat juga makcik-makcik ni buat sambutan Hari Ibu.
Yang berkaca mata tulah Pakcik Usop. Hensem kan..Ngeeee..
Ada Hadiah tu wei..Terima kasih kepada Makcik Yan yang sanggup bungkus hadiah2 tu ye..
Penulis bersama dengan "cikgu" bahasa Inggeris masa kat sekolah dulu. Superb Mamat bernama Naha ni bila speaking.
Wife & anak2 mestilah ikut kan.
Penulis dan Pakcik Fairuz dan isteri. Dah berisi sikit ko Peroz..Hati senang..
Setakat tu je gambau yang ada. Entah bila lah Makcik Azwinda nak bagi pic2 yang lain ni. Moga2 lepas ni, akan ada lagi perjumpaan yang boleh mengeratkan persaudaraan kita. Mana tau, ada antara makcik-makcik dan pakcik-pakcik ni nak menjodohkan anak masing-masing dengan anak penulis kan? hahahaha..
Thursday, June 5, 2014
Berpantang Maut Sebelum Ajal-Episod Akhir
Sebaik sahaja aku melepasi R&R Seremban...
"Eh, kenapa trition ni terhoyong hayang." kataku di dalam hati..
"Eh......Ya Allah........"....
Aku sedaya upaya mengawal stereng kenderaan yang kupandu dari terbalik.
"Buummmm.." Bahagian depan triton melanggar pembahagi jalan di tengah-tengah lebuhraya. Kenderaan berpusing ke tengah jalan. Triton masih berpusing.
"Bummmm.." Sekali lagi bahagian depan melanggar pembahagi jalan.
Stereng triton aku pegang begitu kejap sekali, sehingga lengan dan pinggangku terasa sakit..Bahagian belakang pulak melanggar pembahagi jalan. Aku dapat rasakan ketika kenderaan berpusing untuk kali kedua ke tengah jalan, kedua-dua tayar sebelah kanan terangkat. Aku panik sebab aku risau triton ini akan terbalik dan melanggar kenderaan lain. Ketika itulah aku perasan ada sebuah lori 24 tayar berada di belakang ku, lebih tepat lagi sebelah kiri ku.
"Ya Allah...Selamatkanlah aku" Apa yang ada difikiranku ketika itu hanyalah isteri dan anak-anakku..
...........................................
"Abang tak apa-apa?".
Aku tersedar apabila seorang lelaki menegur aku yang ketika itu sebenarnya Triton itu telah pun tersadai ke lorong kecemasan.
Syukur Ya Allah, kenderaan ini tak terbalik dan dilanggar oleh lori yang aku nampak ketika aku berpusing-pusing di dalam kenderaan yang aku pandu. Jantung ku begitu laju mengepam darah disebabkan situasi yang tidak pernah aku alami ini. Muka aku pucat lesi. Apa yang ada difikiranku ketika itu hanyalah mak aku yang terlantar sakit, isteri dan anak-anakku. Aku berusaha gagahkan kaki ku keluar dari kenderaan untuk melihat tahap kecederaan kenderaan yang aku pandu.
Bahagian depan remuk sikit sehingga bumper terkena tayar..Setelah aku berupaya menenangkan diri, aku cuba meneruskan perjalanan dengan harapan triton ini masih boleh berjalan. Alhamdulillah, walaupun berbunyi, aku dapat juga pandu dan buat keputusan untuk exit ke Nilai bagi merehatkan dan menenangkan diri aku yang masih panik dengan apa yang baru sahaja aku alami. Aku bersyukur kerana tidak cedera. Mungkin ini hanya sedikit yang aku tempuhi, mungkin orang lain ada lebih teruk, malah ditimpa kecederaan yang serius.
Aku rasakan, aku terlanggar lopak air yang bertakung di lebuhraya tadi yang menyebabkan kenderaan yang ku pandu hilang kawalan. Mungkin kelajuan 80 km/jam itu agak laju untuk situasi hujan yang lebat.
Aku berusaha untuk menghubungi kawan baikku supaya dapat menemankan aku di saat aku begitu panik ini. Alhamdulillah, terima kasih Wan yang tolong dan menemani aku dari selepas kejadian, buat laporan polis sehinggalah semua urusan yang berkaitan selesai.
Ya Allah, Kau masih beri aku peluang untuk hidup dan pelajari sesuatu dari kejadian ini. KAU masih beri aku peluang untuk aku perbaiki diri, untuk aku terus berbakti kepada ibuku ketika dia sakit semampuku, memberi aku peluang untuk aku terus menatap wajah-wajah insan kesayanganku di rumah..
Sehingga kini, peristiwa itu masih terbayang di mataku-seolah-olah ia satu permainan video, dan aku berada di dalam game tersebut. Sesungguhnya, kejadian ini meninggalkan trauma pada aku. Aku akan rasa menggigil dan seram sejuk ketika hujan dan aku memandu ketika itu. Aku mula rasa seram apabila kereta yang aku pandu bergegar disebabkan keadaan jalan di negara kita yang tidak rata ini..
Ya Allah, hilangkan lah rasa trauma aku ini..
Subscribe to:
Posts (Atom)








