Tuesday, September 3, 2013

"Open House" di Petrol Station! Ujian Allah buat kita Semua! Kita Harus Sabar menghadapi situasi ini!

Tentunya malam tadi ramai yang berpusu-pusu ke petrol station untuk mengisi petrol untuk kenderaan masing2.

Maklumlah, YAB PM kita dah umumkan kenaikan harga bahan api RON95 dan diesel RM0.20. Aku pun baru tau masa tengok news kat TV. Apa lagi, aku pun turut sama join "pesta" yang jarang sekali kita nampak ni.

Bagi yang berpendapatan rendah cam aku ni, sudah pasti, kenaikan ini sedikit sebanyak memberi kesan pada perbelanjaan harian. Kebiasaannya, bila harga bahan api naik, ia akan diikuti oleh kenaikan barang2 keperluan. Harapnya, kerajaan kita dapat mengawal dari berlakunya kenaikan barangan keperluan. Kasihanilah kami ini, rakyat bawahan yang terkadang belanja tidak cukup. Bagaimana lagi mahu berjimat?
Makan sekali seminggu ke baru dikatakan berjimat? Dah berjimat sehabis mungkin dah..alih2 harga petrol naik jugak. Huhuhuhuhu.

Pak-pak menteri dan orang2 kaya mungkin "kurang" terasa dengan kenaikan harga bahan api ni. Kalau dulu, pak menteri cakap bila harga ayam naik, pak menteri suruh rakyat jangan makan ayam. Kini, harga petrol dan diesel naik, apa pulak kata pak menteri ye?

Apa pun, kita sebagai umat Islam, hendaklah sabar dalam menghadapi situasi ini. Ini juga salah satu bentuk ujian dari Allah. Kita serahkan kepada Allah soal samada pemimpin kita jujur atau tidak kepada rakyat. Tapi, untuk kita, kita sabar menghadapi ujian yang kecik ini. Allah nak tengok bagaimana kita berdepan dengan ujian kenaikan harga ini. Apakah kita marah, bengang atau redha?

Allah Subhanhu wa Ta’ala menyatakan: “Dan Kami bahagikan mereka di dunia ini menjadi beberapa golongan, di antaranya ada orang-orang yang soleh dan ada yang tidak demikian. Dan Kami uji mereka dengan nikmat yang baik-baik dan bencana yang buruk-buruk, agar mereka kembali (kepada kebenaran).” [Surah Al-A’raaf, 7: 168]

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- إِذَا رَأَى مَا يُحِبُّ قَالَ « الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِى بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ ». وَإِذَا رَأَى مَا يَكْرَهُ قَالَ « الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ ».

Dari Aisyah, kebiasaan Rasulullah SAW jika menyaksikan hal-hal yang beliau sukai adalah mengucapkan “Alhamdulillah alladzi bi ni’matihi tatimmus shalihat”. Sedangkan jika beliau menyaksikan hal-hal yang tidak menyenangkan beliau mengucapkan Alhamdulillah ‘ala kulli ha

(HR Ibnu Majah, dinilai Hasan oleh Imam Al-Albani)








Gambar-gambar semasa di Petrol Station, Bandar Saujana Putra, Jenjarom, Selangor.

Friday, August 30, 2013

Rumah Baru, Jiran Baru, Environment Baru & Beraya Di Rumah Baru

Hari ni, dah hampir 2 bulan aku berpindah ke rumah baru. Alhamdulillah, selesa untuk aku anak beranak.
Kiranya dalam masa sebulan setengah pas amik kunci rumah, buat renovation, pemaju siap repair segala defect yang ada, siap untuk diduduki.

Dapat jiran baru. Sebelah kiri dan kanan rumah aku jiran melayu dan india. Jiran Melayu dah kenal orangnya, En Mohd Hafiz Bin Salehhuddin beserta isteri. Muda lagi orangnya. Yang india, belom pernah jumpa lagi. Deret rumah aku ni, baru aku jek yang dah duduk. Yang lain semunya belum pindah lagi. Harapnya ramailah yang akan berpindah lepas raya ni. Jiran baru yang lain, selang 8 buah rumah, namanya Khairul, seorang duda. Orang Tanjong Karang. Sebelah rumah dia, En Nik, ore kelate. Depan rumah En Khairul pulak En Fazli, keje kat proton. Anak dua orang dah. Hehehe. Semua aku tau. Maklumlah, dah duduk rumah sendiri ni, kenalah ramah kan. Kena kenal jiran2. Apa2 hal nanti senang. Tak boleh nak menyombong. Nak harapkan deme yang jumpe teman dulu, jangan haraplah. Orang melayu kita ni terlalu segan agaknya. Nak tak nak terpaksalah teman tebalkan muka dok bagi salam kat jiran2 baru ni untuk sesi suai kenal. :D. Cumanya depan rumah aku ni, aku belum kenal even dia pindah lebih awal dari aku. Macam nak ngelak je dari bertembung dengan aku. Harap2 dia tak sombonglah.
Ni lah rumah baru aku dan keluarga.


Rumah dah baru. Anak2 dara aku pon dapatlah katil baru. 

Persekitaran baru. Ofkoslah kan, dah duduk rumah baru, suasana pon barulah. Ada yang rumah jiran masuk ular (jiran baru beb!), nyamuk jangan cakaplah. Mungkin rumah baru, nyamuk pun suka singgah ziarah jap. Hahaha.


Ni kawasan sekitar rumah. Yang macam bukit tu, adalah ladang teh dan ladang kepala sawit. Serius beb, memang ada ladang teh. Tak payah nak pergi Cameron Highland tgk ladang teh. Hehehe

Berpuasa dan beraya pon di rumah baru. Alhamdulillah, ada gak kawan2 lama datang ziarah aku dan keluarga. Terima kasihlah kepada yang sudi datang ziarah aku sekeluarga. Pada kawan2 wife aku, opismate2 aku, Mr Syahmim, akak aku..semualah, terima kasih. Seronok dapat layan tetamu datang rumah ni.

Lauk ni wife masak masa ofismate aku nk datang beraya. Nama resepi ni, Lenggang Kangkung Goreng Belacan Maveles. 

Ni Sambal Udang Berapi Memang Sedap namanya. Wife aku masak.

Ha, yang ni special sikit. Resepi ni, aku sendiri masak tau. Serius, aku yang masak tau. Nama resepi ni, Kari Ikan Tongkol Kak Ani Superb Sedap! Rempah kari buat sendiri tau, tak mainlah rempah express ni.  Kenapa kak ani ek? Emm, sebab resepi ni Kak Ani bagi kat aku. Siapa kak ani? Beliau ialah opismate aku.


Sekian, kepada saudara mara aku, jemputlah datang ke rumah ye..

Tuesday, August 20, 2013

Sesi Mari Belajar Bersama Anak-Anak

Assalamualaikum semua yang tengah jengah blog aku ni.

Lama benau dah rasanya tak bukak blog ni. Almaklumlah, al-bz sikit. ahaks. Agaknya masih ramai yang masuk ofis ni masih dalam mood berhari raya. Almaklumlah, orang melayu kita kata, raya sebulan.

Tajuk entry kali ni aku pon main hentam je letak. Buntu buntu nak lotak tajok apo.

Bila dah sebut pasal anak tu, ofkoslah aku nak berkongsi pasal perkembangan anak2 aku yang bertiga tu. Moga boleh berkongsi dengan bapak2 dan omak2 di luar sana.

Anak bujang aku dah berumur 6 bulan. Entry sebelum sebelum ni aku ada bagitau yang Usaid ni umur 3 bulan dah pandai meniarap. Cuma tang merangkak ni dia amik masa lama sikit. Agaknyalah, anak aku sakit sampai masuk hospital haritu sebab dia nak belajar something. Pertama, mulut dia dah macam bertih jagung. Bising nak bercakap. Lagi satu, Usaid nak belajar merangkak dah..




                                         

Unaisah dan Umainah

Anak-anak aku memang dari kecik aku dah ajar mereka kenal huruf2, abjad2, mengaji iqra' dan sebagainya. Salah satu permainan yang aku memang suka bagi anak aku ialah flash card dan juga puzzle. Alhamdulillah, ternyata berkesan dua jenis permainan ini.

 Permainan puzzle ni memang berkesan untuk perkembangan otak anak2 kita. ia akan buat anak2 kita berfikir untuk menyelesaikan puzzle itu supaya menjadi satu gambar menarik. Biasanya aku akan cari gambar puzzle yang anak aku suka. Tapi untuk permulaan, aku beli puzzle abjad, alif ba ta dan juga nombor2. Bila dah cekap aku akan tukar puzzle katun yang anak aku suka. Bukan apa, anak akan lebih teruja bila ada watak katun yang selalu diorang nampak kat tv tu. Dulu Unaisah, aku beli puzzle yang besar-besar. Sekarang bila dia dah cekap, aku beli puzzle yang banyak, yang kecik2 potongannya. Alhamdulillah, Unaisah tak perlu diajar untuk memasang balik. Baru2 ni aku beli lagi puzzle gambar Spongeboo (aku memang suka tgk katun ni), hari pertama Unaisah dapat siapkan puzzle tu dalam masa yang singkat.
 Umainah pulak, agak payah sikit nak ajar. Sebab anak kedua aku ni jenis kurang bagi fokus, tapi cepat tangkap apa yang dia nampak. Cuma tang puzzle ni, memanglah aku kena byk bersabar sebab Umainah banyak tanya. Puzzle yang aku beli pun yang besar2 dulu utk dia. Pokoknya dengan anak aku yang sorang ni, memang buat kita hilang sabar kadang2, sebab dok asyik bertanya nak pasang puzzle tu kat mana. Tapi sebab nak tgk anak aku ni cepat pandai, kita tunjuk sikit2 jek, selebihnya Umainah akan cuba sesuai padankan sendiri.





TAAADAA..DAH SIAP AYAH!

Unaisah begitu kusyuk memasang puzzle Spongebob






Unaisah punya pun dah siap, ayah! Pandai anak ayah.

Sekian untuk kali ini. Bye2.ta ta ti tu..