Wednesday, December 12, 2012

PD : Kisah 2

Bertemu lagi kawan2..

La ni aku nak sambung kesah kat PD..

Al-kisah..toyyib..

Al-kisahnya gini. Kitorang awalnya plan nak buat barbeku kat pantai PD nanti kalau cuaca okey.

Paling tidak pun, kalau tak barbeku, kitorang nak masak2 kat hotel nanti sambil tengok bola. Masa ni Piala AFF Suzuki, Malaysia vs Indon peringkat kumpulan B. Malaysia menang sey, 2-0. Hahaha..

Ok, bukan kesah bola ni. Kisah barbeku tadi. Tapi apa yang di plan tak jadi. Ini barulah kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Atas sebab musabbab tertentu, aktiviti masak memasak / barbeku tak jadi.

TAPI...masak tetap masak..'barbeku' tetap barbeku, tapi semua tu berlaku..Jeng3..




..semua tu terjadi kat dalam OFIS..Hahahaha..sabo jelah kawan2 aku ni..Sempat masak french fries n nugget petang2 sebelum balik keje..Hahahahaha...

Monday, December 10, 2012

PD: Kisah 1

Selamat selamat selamat semua yang sudi jengah blog aku ni.

Lama rasanya aku x bukak blog ni..Huhuhuhuhu..

Awal bulan 12 maren, aku n opismate ada buat percutian ke PD. Dah lama rancang nak buat percutian keluarga ni. Alhamdulillah, terealisasi gak hasrat kitorang. Belanja semua kira tong2 masing le kan.

Semuanya enjoy selama percutian 2 hari satu malam ni. Dapat gak aku mandi laut..Lama dah tak mandi laut. Aku mandi berdua je dengan opismate, Amat, waktu kuar jogging pagi2 tu.

Dapat solat jemaah sekali dengan kawan2 ofis yang rasa best sangat..


 Sepanjang highway nak ke PD


Dah nak sampai PD..ahaks.










Sempat amik gambau biawak ni duk berkeliaran kat semak tepi pantai. Huhuhuhu



Masa makan tengahari sebelum check in hotel. Berselera anak aku, Umainah makan. Opismate aku pon jadi berselera bila tgk keseleraan anak aku. Ahaks.






Sesi mengajar anak2 aku main guna perkakas buat istana pasir..hahahaha


                                                             Rombongan satu kereta jek..







Sesi men'check in' kat hotel.







Pemandangan dari atas hotel..Best.














Nak balik dah..

Nantikan kisah kedua pasal PD ni..lagi menarik..hahahahaha..Tunggu...




Monday, December 3, 2012

Gurah membantu aku...

Gurah? Apa tu ek..

Ha, sesapa yang pernah buat rawatan resdung ni, pasti tau apa itu gurah?

Gurah ni adalah proses mengeluarkan lendir/cecair yang selalu menjadi punca kepada maslaah selesema, hidung tersumbat dan resdung.

Aku ni dulu boleh dikatakan selesema, hidung tersumbat ni ibarat isi dan kuku, tak boleh dipisahkan. Malah dah bertahun-tahun kami "hidup" mesra gitu. Ahaks.

So, disebabkan aku tak tahan nak tanggung sakit kepala setiap kali selesema menyerang, aku carilah beberapa rawatan alternatif untuk membantu mengurangkan penyakit aku ni. Ye lah, makan ubat pun dah tak lut dah orang kata. Buang karen jek makan ubat2 kimia ni.

Aku dan isteri aku pun buatlah searching kat internet dan tanya kawan2. Rawatan yang terlintas kat pale aku ni ialah BEKAM. Masa tu tak tau lagi apa tu GURAH.

So, pas jumpa pengamal rawatan tradisional dan sunnah ini kat Shah Alam, aku pun pergi, minta member aku Syah tolong temankan.

Ha, ni lah gambau2 masa aku buat rawatan gurah dan bekam tu. Cuma gambar aku buat bekam tak leh tunjuk sebab bekam tu buat kat badan. Kang nampak pulak badan ketaq2 aku. Hahahaha.







Sempat baca majalah sebelum sesi mengeluarkan lendir bermula.






Ni Ubat yang bakal dimasukkan ke dalam hidung aku. Pedih woo pas masukkan bendalah ni dalam hidung.






Nak tau? Pas ubat dimasukkan ke dalam hidung, kita diminta sedut ubat tu, ala cam kita sedut air masa amik wudhu' tu. Dalam 10 saat lebih kurang, otomatik kita rasa ada sesuatu yang mengalir keluar dari hidung. Ha, meleleh lendir2 keluar. Rasa pedihnya masa masuk ubat jek, Time lendir keluar, tak rasa pedih dah. Cuma sakit kepala sikti  sebab tunduk jek. Hehehe.


Alhamdulillah, kini dah hampir seminggu, aku dah tak bersin setiap pagi. Hidung pun clear jek. Datu lagi, rawatan ni artis selalu buat sebab nak bagi vokal mantap dan nafas panjang. Tapi memang betul, pagi selepas aku buat gurah ni, vokal aku jelas tanpa sengau. Hahahaha.