Wednesday, October 3, 2012

Telefon Tiang

Telefon tiang?

Apa tu ek?

Ala, telefon awamlah. Yang duk ada kat tepi2 jalan, kat jalan2 kat rumah korang tu..

Ha, masa aku ada keroje kat luo, aku ternampak telefon awam ni. so terfikir nak jadikan entry aku yang terbaru.



Korang pernah guna public fon ni tak? Mesti pernah kan? Masa zaman2 cinta monyet korang. Dulu mana ada telefon tangan, handfonlah tu.

Aku dulu pernah guna gak. Paling aku tension masa nak guna telefon awam ni, bila masuk syiling, tapi syiling jatuh balik. Jatuh balik takper, ni syiling tersekat. Memang sengallah orang yang dok merosakkan harta awam ni. Satu lagi, kalau time bercakap kat telefon awam ni, cam ada jek dengar suara org lain bercakap. Tu tak de org lain, keroje mereka yang curi line. Sabo jelah ek.



La ni, jarang dah org guna telefon tiang ni. Hampir semua dah guna handfon. Nenek2 kat kampung pon dah guna handfon la ni kan?

Bye2..tata titu..

Tuesday, October 2, 2012

Amatmudah sekali kawan2.

Hai semua. Sehat2 yer semuanya.

Sementara aku ada blog ni, aku nak jugaklah tolong kawan aku ni.

Aku nak promosi bisnes dia sikit.

Kepada sapa2 yang ingin nak renew insurans kereta dan roadtax, tapi malas nak beratur panjang kat bank atau pejabat pos, atau taknak tunggu insurans atau roadtax siap lambat, bolehlah hubungi kawan aku yang bernama Amat. Dia boleh tolong korang renewkan semua tu dengan cepat dan mudah iaitu guna MyEG yang dia tengah dok promosi tu.

Korang semua mesti pernah dengarkan MyEG ni.

Senang2 korang tengoklah kat website kawan aku ni, www.amatmudah.devhub.com

Bye2..tata titu.

Antara Akal dan Kentut

Assalamualaikum kepada semua yang sudi menjengah blog aku ni.

Rasa cam dah lama tak update blog ni. Kali ni aku terbuka nak kongsikan sedikit ilmu yang aku ada ni. Semuanya bermula ketika seorang kawanku bertanya tentang satu masalah berkenaan dengan kondisi mereka yang menjadi makmum masbuq.

Korang tau kan apa tu makmum masbuq? Kalau tak tau, gi buka kitab atau tanya ulama' dan para ustaz apa itu makmum masbuq. Pendek cerita, soalannya berkaitan dengan "kalau kita tambah satu lagi raka'at solat sebab kita tertinggal, makanya kita telah terlebihlah baca tahiyat awal atau akhirlah kan?"

Kiranya, kawan aku ni buat kiraan matematiklah.

Maka, aku jawab. Petunjuk nabi yang jelas dan terang memberitahu, kalau kita tertinggal rakaat sebab masbuq, maka kita cukupkan rakaat solat kita setelah imam selesai memberi salam. Tak perlu kita peningkan akal kita mengira jumlah tahiyat yang kita baca.

Aku bawakan analogi mudah. Iaitu kalau agama ini dikira menurut logik akal, maka menyapu/membasuh di bawah sepatu/kasut but itu lebih afdal daripada menyapu/membasuh di atas sepatu? Korang tau pasal satu hadis tentang mereka yang memakai sepatu/kasut but yang menutupi buku lali dibolehkan tidak membuka kasut itu ketika berwudhu'? Aku jawab kat kawan aku ni sebagaimana jawapan  (tak silap aku) daripada sahabat Ali Radhiayaallahu'anhu, sebagaimana jawapan di atas tu. Sebab kalau logik akal, bawah kasut tentu lebih kotor berbanding atas kasut kan? Tapi dalam hadis, Nabi perintahkan menyapu di atas sepatu/kasut. Maka, akal kita harus sesuai dengan dalil, bukan kita sesuaikan dalil ikut selera akal kita. Kalau nak ikut akal kita, makanya banyak sungguhlah akal manusia di bumi ini kan?

Contoh mudah lagi,kalau kita sedang solat, dan kita terkentut. Batal tak solat? Sudah tentu batalkan. Tapi kenapa kita berwudhu' iaitu membasuh muka, tangan dan anggota wudhu' yang lain, tapi kita tak basuh pulak tempat keluar angin tu? Kalau kita ikut logik akal, sudah tentu punggung kita yang kotor dan berbau busuk sebab kentut keluar dari situ kan? Tapi kenapa kita basuh tempat lain pulak (wudhu').

Jawapannya sudah tentu begitu kerana ajaran Islam mengajarkannya yakni berwudhu kalau terbatal sebab kentut dan lain2 pembatal wudhu'. Moralnya, kalau masalah kentut saja AKAL harus tunduk kepada SYARI'AT ini, apa lagi masalah yang lain, kan? Kalau ada hadis yang belum boleh diterima akal kita, itu bukan salah hadis itu. Tapi itu salah akal kita yang tidak sehat.

Sekian kawan2..