Monday, September 10, 2012

Welcome Welcome..Jemput Masuk

Hai u olls..

Kembali ber"temu" di blog ini..

Ni sambungan dari entry ttg aku dan Saiful ke majlis walimah kawan kami.

So, dipendekkan cerita, aku ajak Saiful dan bininya serta anak2nya yang comey tu singgah bermalam kat kampung aku dokek Rombau, Negeri Sembilan. Si Saiful mmg teruja sbb dia pun dah plan nak singgah kat kampung aku sebab suasana kampung tu masih ada. Betul3..

Kami sampai dari Tangkak ke kampung mak ayah aku kek Kg Batang Nyamor, Kota, Rembau, Negeri Sembilan kira2 jam 7.30malam, selepas kami berhenti rehat dan rawat kat Ayer Keroh arah Utara. Time sampai kat RnR ni hujan kamain lebat. Tu pasal terpaksa tunggu dulu hujan reda sikit. Sempatlah aku melantak nasi lemak sambal kerang sepinggan, dan si Saiful pulak kedarah rojak. Hehehehe.



Pendek kata, aku pun seronok dapat meraikan kawan aku bertandang ke rumah. Memuliakan tetamukan ajaran agama Islam, kan? Seronok tengok anak Saiful si Iman tu menangis sebab nampak kucing kat rumah aku yang berlambak banyak tu. Kesian Iman, nampak kucing dok tidur pon dia menangis. Memang takot kucing anak si Saiful ni. Mudah2an, dah besar nanti dia sayang kat kucing pulak. Anak2 aku jgn cakaplah, memang pantang..pantang nampak kucing, habis di kacaunya kucing tu. Hehehehe.

Ni gambar2 yang sempat kitorang snap pada hari tu selama percutian Saiful dan keluarga 2H1M. Ngeee..



Budak2 yang berbaju merah2 tu, anak aku. si Iman yang selain kaler merahlah yer..




Ni kat laman rumah kek kampung den..

Sunday, September 9, 2012

Terujanya aku..alahai

Selamat sejahtera kepada yang sudi intai blog aku ni..mekasih..(dlm hati..bilalah nak ramai follower ni..grrrr..)

Cam dh lama je rsnya aku x update apa2 kat sini, padahal baru je 2,3 hari.huhuhuhu. Kali ni rsnya nk story mory sikit pengalaman aku sekeluarga bermusafir dengan kawan aku. Perjalanan ke selatan semenanjung Malaysia, iaitu ke Johor.

Dah lama aku tak ke Johor. Adalah dekat 2 tahun, setelah aku berpindah kembali ke Selangor ni. Perjalanan kami bermula dari Bangi sbb 8 Sept tu wife aku ada checkup utk kandungan wife aku yg dh masuk 5 bulan. Alhamdulillah, kali ni nampak baby kat dlm tu tengah gerak2 dlm keadaan bersujud. Cuma masih x nampak jantina. Takpelah..Biau suprise sikit.

Ok sambung balik. Kami dua bijik kete bertolak dari Bangi kira2 jam 11.30pagi. kiranya lewat sikit dari plan asal. Sorry bro Saiful, tak dapat nk elak masalah2 teknikal ni. Perjalanan menuju ke Johor semuanya dlm keadaan baik. Highway Plus pon x jem. Cuaca pon tak panas sgt. Sedang2 elok je lah org kata. Kami sampai ke Tol Tangkak lebih kurang kul 1.15pm. Majlis walimah member aku yg kami nak pergi ni masih jauh lagi rumahnya. Huhuhu. Dari tol tangkak, adalah dlm sejam nak sampai ke bandar segamat. Mulanya x delah bajet rumah kenduri si Shahriman ni jauh masuk ke dalam dr bdr segamat ni. Ropenya dr bandar segamat ni adalah lagi perjalanan dlm 45 minit nak ke Kg Melayu Raya x silap aku. Huhuhuhu. Sampai si Saiful bgtau aku, susah2 kita singgah kedai makan jelah makan. Yelah si saiful mmg pakar patah balik kalau dia x jumpa destinasi ditujui. Kiranya, kalau dia rasa cam x jumpa je tempat dia nk pergi, dia akan patah balik.. heheheeh

Aku dh nak kutuk2 dh si Man ni pasal cam silap je pelan ke rumah dia dlm kad kawen dia ni. Huhuhuh. Puaslah kitorang cari Sekolah yang bernama Bentara Dalam ke Luar ntah, lupa dah..tak jumpa2 dr bdr segamat tu. Rupanya sekolah tu agak jauh sikit. Tgk kat pelan cam dekat jek. Sabo jelah. Tapi atas ketabahan hati dan kerana ada sebijik kete lagi yang sama2 teruja follow aku ditambah lagi dgn keterujaan aku jugak, ku gagahi juga mencari rumah si Man ni. Alhamdulillah, jumpa gak. Masa tu dh sampai rumah pengantin dlm kul 3.00pm lebih. Sampai dewan jek, kitorang x lengah2 terus makan. Lapau sey..Hehehehe. Tapi tulah sayang aku, bila perut dh terlalu lapau, lauk yg sedap pon x lalu nak makan sgt. Huhuhuhu.

Cuma agak ralat sbb x sempat nk bergambau ( bergambar lah der) dgn si pengantin. Pengantin bizi nau nak masuk paper sbb ramai cameraman dok kerumun si mempelai dua sejoli. Hahahaha. X pelah, hajat dihati memenuhi jemputan walimah dah tertunai. Sempat bersalam dgn pengantin pun masa kitorang nk bertolak balik. Tak boleh lama tunggu, sbb takot nnt dh malam bila nak masuk hway. Aku ni dahlah mata x berapa nak terang, ditambah lagi dgn tahap kerabunan silau aku. Tu yg terpaksa cepat2 tu. Pas makan terus jumap pengantin bgtau nak balik dah. Huhuhuhu. Lagi satu kitorang ada plan lain pulak. Hehehe..


 Gambar Member aku Shahriman dan Org Umahnya.

Oklah, kang aku sambung lagi trip kami yang seterusnya.

Bye2..tata titu.

Tuesday, September 4, 2012

Penghuni VS Pengurusan

Hai pembaca2 sekalian..(cam ramai jek follower aku ni..ngeee)

Aku tergerak nak tulis berkenaan dgn problem, masalah (sama kan problem dgn masalah),trouble,dilema yang dihadapai sesetengah penghuni rumah flat, apartment, kondominium dan yang sepesis dgnnya.

Biasanya rumah2 jenis camni ada pihak managementnya sendiri. Tapi apa yang mengecewakan ialah, kdg2 pihak pengurusan ni tidak menjalankan tanggungjawab kepada urusan yang berlaku di flat2, apartment,kondo dll di bawah seliaan mereka.

Penghuni terpaksa membayar duit maintainance setiap bulan, kadang2 cecah ratus2 gak sebulan, tapi bila berlaku something seperti paip bocor, saluran najis bocor dan sebagainya, pihak pengurusan menyerahkan tanggungjawab kepada penghuni pulak, padahal terang2 lagi masalah tu memerlukan tindakan pihak pengurusan. Bayangkan kalau saluran paip najis bocor (biasanya rumah jenis cenggini saluran paip najis ikut masuk kat rumah dibawah), kan dh bawa satu malapetaka kat rumah yang terlibat? Kalau bau najsi tu wangi cam kasturi ok lah gak, ni bau taik. Korang bayangkan lah setiap hari tepaksa kembang kempiskan hidung nak tahan bau yang sgt menikam jiwa ini..huhuhuhu.

Agaknya lah kan, duit yang dibayar setiap bulan tu apa diorang buat ek? Dok byr gaji staf pengurusan flat agaknya. Janganlah sampai penghuni2 ni semua buat demo, masuk TV3, panggil Kalam Singh Walia, barulah terkial2 nak buat kerja. Apa kejadahnya!!!

Sesiapa yang baca post aku ni dan bekerja di bahagian camni, tolonglah bertanggungjawab sikit. Jgn dok makan gaji BUTA jek, faham!!!!

Bye2..tata titu..