Thursday, January 17, 2019
Agar Anak Cinta Solat: Dan di sanalah Zakariyya Berdoa...
وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا لَا نَسْأَلُكَ رِزْقاً نَّحْنُ نَرْزُقُكَ وَالْعَاقِبَةُ لِلتَّقْوَى
" Dan perintahkanlah kepada keluargamu untuk mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan ingatlah kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa." (Surah Thaahaa: 132)
Membiasakan keluarga dan anak-anak untuk rajin mengerjakan solat memerlukan kesabaran sebagaimana firman Allah tersebut. Semua orang tua pasti mempunyai harapan dan cita-cita agar anak keturunannya yang shalih. Allah Ta'ala berfirman:
هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُۥ ۖ قَالَ رَبِّ هَبْ لِى مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ ٱلدُّعَآءِ
" Dan di sanalah Zakariyya berdoa kepada Rabb-Nya, "Wahai Rabb-kum berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sungguh Engkau Maha Mendengar doa." (Surah Ali Imran: 38)
Kita sebagai ibu bapa, janganlah berputus asa untuk terus bersabar dan berdoa agar Allah memudahkan jalan kita dalam membentuk peribadi anak-anak yang rajin untuk melaksanakan Rukun Islam kedua ini.
Rumah yang dipenuhi dengan amalan soleh, insya Allah akan menebarlah aroma harum keimanan yang istimewa sebagai kesan dari penegakan ibadah solat oleh anak-anak dan ibu-bapa sendiri. Kitalah mencorakkan anak-anak kita. Imam Nawawi ketika mentafsirkan ayat dari Surah Al-Ahzab ayat 36, berkata, "Ini adalah kewajiban para wali, baik ayah, datuk, atau penjaga mereka yang ditunjuki hakim". Perinta ini bukan untuk para bapa sahaja, akan tetapi berlaku untuk ibu juga.
APA YANG KITA CARI DI SEBALIK USAHA KITA MEMBIASAKAN ANAK-ANAK UNTUK MENJAGA SOLAT?
Sebagai ibadah kepada Allah, dan ketaatan pada perintah-NYA. Maksudnya, kita membiasakan anak-anak menjaga solat dengan niat tersebut.
Sebagai pembebasan dari tanggungjawab di hadapan Allah kelak, saat ditanya tentang orang-orang yang menjadi amanahmu: Apakah engkau menjaga mereka atau membiarkan mereka? Seorang ayah akan ditanya tentang orang di bawahnya (isteri dan anak-anaknya), bahkan seorang isteri juga akan ditanya tentang orang-orang yang di bawahnya (anak-anaknya), sebab tugas hakiki seorang ibu ialah mendidik dan mengajari anak-anaknya dirumah.
Sebagai usaha agar solat boleh mencegah mereka dari perbuatan keji dan mungkar.
Sebagai upaya meraih pahala menunaikan hajat seorang muslim dengan membantunya dalam urusan agamanya, khususnya solat, iaitu saat engkau memerintahkannya, membangunkannya, menghukum dan memberi penghargaan dan seterusnya.
Sebagai ikhtiar menjadikan anak salih yang mendoakan kita setelah kita mati.
Sebagai usaha mendulang pahala dengan menyelamatkan seseorang dari api Neraka. Siapa dia? Sudah tentu anak-anak kita.
Sebagai upaya meraih pahala.
Dari Ibnu Mas'ud al-Anshari, dia berkata, Rasulullah Shallahu'alaihi Wasalam bersabda, "Barangsiapa menunjukkan kepada kebaikan maka baginya pahala seperti pahala orang yang melakukannya."
Wednesday, January 16, 2019
Agar Anak Cinta Solat: Berdoalah Sebagaimana Nabi Ibrahim Berdoa
Ramai ibu bapa yang mengeluh anak2 mereka culas dan susah untuk di ajak solat. Tetapi itu bukanlah alasan, sehingga kita membiarkan anak2 kita tidak berlatih untuk mendirikan solat sedari usia kanak2 lagi.
Jika berterusan kita membiarkan mereka, akibatnya anak-anak tersebut tidak memiliki kepedulian terhadap kewajiban agamanya. Yang ada dalam kepala mereka hannya material, keseronokan semata.
Pelbagai ragam boleh kita lihat di mana ibu bapa mengeluh begitu sulitnya menanamkan nilai-nilai agama pada diri anak-anak. Ada yang mengeluh anaknya berdusta ketika ditanya perihal sudah solat ke belum. Ada pula yang hanya solat apabila disuruh dan diawasi, namun bila orang tuanya tidak mengawasinya, dia tidak solat. Ada pula anak-anak yang solat setelah melalui perdebatan dan perkelahian yang panjang dengan orang tuanya..hahahaha. Ada yang diugut dengan rotan baru anak mahu solat. Ada pulak anak tidak peduli langsung dengan semua itu! Ini semua merupakan masalah yang banyak menimpa sebahagian besar ibu bapa yang peka.
Namun perintah Nabi Muhammad Shallahu'alaihi Wasallam agar anak yang berusia 7 tahun diajari solat, dan ketika usia 10 tahun tidak mahu solat hendaklah dipukul, harus dilaksanakan dalam apa jua keadaan. Tidak boleh tidak! Lihatlah Nabi Ibrahim 'Alaihissalam, dengan begitu seriusnya berdoa kepada Allah agar anak keturunannya rajin mendirikan solat. Allah Ta'ala mengabadikan doa tersebut dalam firman-Nya:
Namun perintah Nabi Muhammad Shallahu'alaihi Wasallam agar anak yang berusia 7 tahun diajari solat, dan ketika usia 10 tahun tidak mahu solat hendaklah dipukul, harus dilaksanakan dalam apa jua keadaan. Tidak boleh tidak! Lihatlah Nabi Ibrahim 'Alaihissalam, dengan begitu seriusnya berdoa kepada Allah agar anak keturunannya rajin mendirikan solat. Allah Ta'ala mengabadikan doa tersebut dalam firman-Nya: Agar Anak Cinta Solat: Siri 1
Anak merupakan anugerah terindah bagi setiap pasangan suami isteri. Namun amanah yang diberikan oleh Allah itu, sangat besar dan berat untuk dijaga dan dipelihara. Apatah lagi di zaman global dunia tanpa sempadan dan zaman di mana kita hidup dalam maklumat hanya dihujung jari. Sekali kita sebagai ibu bapa leka dan lalai, makanya anak-anak akan terus hanyut dengan arus dunia yang penuh noda dan dosa ini.
Setiap orang tua bertanggungjawab akan pembentukan sahsiah dan akhlak anak-anak. Jangan dibiarkan mereka terbentuk daripada pengaruh-pengaruh luar yang tidak ada nilai agama! Namun sangat disayangkan, kebanyakan ibu bapa hanya mementingkan peningkatan akademik semata-mata. Lebih mementingkan anak mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang namun dalam masa yang sama pembentukan peribadi dan akhlak anak jauh dari petunjuk Islam.
Ibu bapa lebih risau jika anak tidak mendapat result yang cemerlang di dalam peperiksaan yang menyebabkan anak-anak tidak dapat dihantar ke sekolah berasrama penuh! So klise kan..ahaks. Makanya, ada anak- anak seawal usia 12 tahun sudah dibiarkan mereka hidup sendirian dikelilingi dengan manusia yang kita tidak tahu bagaimana. Seawal usia itu, anak-anak sepatutnya mendapat didikan dan contoh daripada orang tuanya, tetapi ada ibu-bapa melepaskan anak-anak untuk mereka belajar sendiri erti hidup, hanya kerana mahu anak cemerlang di dalam akademik!
Bukanlah saya kata akademik itu tidak penting, tetapi yang lebih penting daripada itu-ilmu agama dan sahsiah akhlak- ibu bapa abaikan, malah sambil lewa sahaja. Ilmu yang membawa anak-anak ke Syurga tidak diendahkan. Malah, anak solat dengan benar juga tidak dipedulikan!
Setiap orang tua bertanggung jawab terhadap pendidikan agama yang benar untuk anaknya, terutama masalah solatnya! Namun tidak sedikit ibu bapa yang lalai dan kurang perhatian terhadap masalah yang satu ini.
Makanya, insya Allah saya cuba berkongsi beberapa tips "Agar Anak Cinta Solat". Semoga Allah membantu serta memberi saya kekuatan untuk perkara ini.
Wednesday, January 9, 2019
Tuesday, May 3, 2016
Ujian Ketulenan Madu secara fizikal.
SOALAN PERTAMA ORANG AJUKAN KAT ABANG MADU IALAH: "MADU TULEN KE NI?". Jangan risau, Abang Madu tak kecik hati. Memang patut pun soalan itu ditanya. Sebab apa Madu Tualang Tayyibah ni dijamin Ori? Sebelum Abang Madu kongsikan lebih banyak lagi, better Abang Madu kongsikan video kedua, sifubee Abang Madu pergi menyaksikan sendiri Madu Tualang ni diambil. Kalau nak tau, kelebihan Madu Tualang Tayyibah ni ialah ianya RAW HONEY atau bahasa lain UNPROCESS HONEY.
KAMI SANGAT SERIUS BAGI MEMASTIKAN MADU YANG ANDA MINUM BENAR2 ASLI.
INGAT!! KAMI TIDAK BERKOMPROMI TENTANG KUALITI. KUALITI ADALAH KEUTAMAAN KAMI!

Apa lagi..Jangan ragu tentang keaslian MAdu Tualang Tayyibah. Cepat laju2 whatapps or call abang madu ke nombor keramat abang madu 0123667464.
Friday, March 25, 2016
Rahsia Mengenali Madu Tiruan!!
Ramai sangat yang tanya kat saya macam mana nak KENAL madu tiruan dengan mudah! Kali ni saya bagi tips paling santai dengan cara..hmm..cara paling santailah - mudah dan cepat faham- Tak ada yang mustahil..
Jom baca tips yang ringkas dan cepat ini.
[TIPS MUDAH DAN CEPAT FAHAM, INSYA ALLAH]
Anda kena tahu! Madu tualang asli "unprocess" secara semulajadi bila diperah DARI sarangnya, madu akan bercampur dengan 'pollen' secara langsung. (Madu Tualang Tayyibah diproses langsung dan tapis terus dari sarang tanpa proses pemanasan). Kebiasaan anda akan lihat pergelangan buih di atas madu. Jika buih tersebut dibiarkan lama, ia nya akan semakin kecoklatan dan kehitaman seperti kerak di bahagian atas botol.
[APA YANG PERLU ANDA INGAT!!!!]
Madu tiruan buihnya tidak akan berubah warna walaupun sudah disimpan 1-2 bulan. Buihnya akan tetap berwarna cerah walaupun telah lama dibiarkan di dalam botol. Ada Si Penipu mengatakan madu putih adalah madu tualang royal jelly. Hakikatnya ia hanya GULA yang dicampur dengan susu, perisa dan bahan kimia!!! Hati-hati! Akan memberi kesan merbahaya terhadap organ dalaman anda!!
CUBA ANDA BAYANGKAN!! NAK DAPAT 1 GRAM ROYAL JELLY DARI MADU TERNAK PUN DAH SUSAH...(Harga pure royal jelly 1 gram sahaja ~RM1.50, tapi mereka jual RM15 sekilo!? Nampak nau nipunya!!)
[JOM UPGRADE ILMU TENTANG MADU TIRUAN!]
Adakah anda tahu??? Madu tiruan diolah 100% seperti madu asli, rasa dan sifatnya hampir sama. Madu yang telah siap dimasak akan dicampur dengan YIS dan KAPUR untuk mendapatkan sifat madu tualang yang mempunya gas "pop", berbuih dan pahit. AWAS!! Kesannya merbahaya terhadap organ dalaman anda kerana kandungan bahan kimia dan HMF (Hydroxymethylfurfural) adalah sangat tinggi bagi madu sintetik. Madu Tiruan kandungan HMF nya sangat tinggi berbanding madu asli.
[APA BEZA MADU TAYYIBAH DENGAN MADU YANG LAIN??]
1. MADU TAYYIBAH 100% MILIK BUMIPUTRA
2. MADU TAYYIBAH 100% MADU LEBAH HUTAN ASLI.
3. MADU TAYYIBAH DIPANTAU OLEH KKM
4. MADU TAYYIBAH MELALUI UJIAN KETULENAN DARI MAKMAL YANG DIIKTIRAF (boleh tengok di web www.madu.com.my)
5. MADU TAYYIBAH MEMBERI 2X JAMINAN KEWANGAN BAGI KEASLIAN
Tunggu apa lagi!! Mencegah penyakit lebih baik daripada merawat. Moh le ramai-ramai whatsaap/call/mesej ke nombor saya 012-3667464 / 019-3128837 UNTUK tempahan. Promosi menanti anda!!!

Thursday, March 17, 2016
Soal jawab Madu..Hehehe
Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera.
Saya adalah stokis yang sah untuk Madu Tualang Asli 100%.
Apa kelebihan madu tualang?
Semua orang cari madu tualang hutan sebab madu tualang zero polution. Kat hutan sumber-sumber nectar semua natural dan organik dan 1001 macam herba berbeza dengan madu dari lebah ternak ada pengaruh racun pestisid kalau tak jaga.
Enzim lebah tualang aktif sebab kami (Madu Brand Tayyibah) tidak proses dan panaskan, kami cuma tapis kasar jadi pollen, propolis, royal jelly bercampur madu. Madu lebah tualng memang terbaik sebab semua superfood lebah kat dalam tualang. Hanya yang yakin dan istiqomah dapat rasa kualiti madu tualang.
Biasa amik kat hutan mana?
Madu kami banyak di Sumatera, kawasan Riau, Jambi, Palembang.
Sama ke madu tualang Malaysia dengan Indon?
Lebah sama je jenis Apis Dorsata dan lebah tak ada warganegara. Yang penting hutan nusantara dan sesuai dengan orang nusantara juga.
Camne cara makan?
Amalkan dua sudu sebelum makan pagi dan dua sudu sebelum todur, tapi jangan miss sebab madu kena amal hari-hari bukan macam ubat (sakit baru makan).
Madu ni tak ada campuran ke? Betul 100% asli?
Insya Allah bos, kami jamin 99% je, kalau 100% tu kena ikut kami ke hutan la untuk lihat sendiri kami amik madu dari sarang.
Nak order macamana?
Senang je. Call/SMS/Whatsapp ke nombor saya 0123667464..Harga mampu milik, jangan risau..hehehe
Sekian, semoga bermanfaat!!

Friday, April 10, 2015
Perkahwinan dan Rumahtangga adalah Satu Nikmat
Apabila kita merasakan tidak ada ketenangan, tidak ada yang menyejukkan mata pandangan kita di dalam rumah tangga, maka pasti ada something wrong, samada pada diri kita sendiri atau pada pasangan kita atau pun persekitaran rumahtangga kita.
Boleh jadi ketenangan yang tidak kita dapati di dalam pernikahan dan alam rumahtangga adalah disebabkan dosa dan maksiat yang kita lakukan. Setiap orang mendambakan sakinah di dalam hidup berumahtangga. Isteri memainkan peranannya dalam menjaga maruah diri dan maruah suaminya, mendidik anak-anak kepada suaminya dan memastikan urusan rumahtangga memuaskan suaminya. Dan para suami pulak, tidak bolehlah menjadikan isteri itu sebagai hamba abdi. Seringkali lah menolong serba sedikit tugas2 di rumah dengan hati yang ikhlas.
Allah berfirman yang bermaksud:
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-NYA ialah DIA menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan MERASA TENTERAM kepadanya, dan dijadikan-NYA di antaramu rasa KASIH SAYANG. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang BERFIKIR." (QS Ar-Rum: 21)
Suami isteri ibarat pakaian bagi pasangannya, yang saling memberi kehangatan, menutupi, melindungi dan saling memerlukan.
Para isteri yang mulia,
Rumah tangga yang Allah kurniakan kepadamu itu adalah sebuah anugerah yang besar. Namun, sebagai manusia kita acap kali lalai. Kadang kala baru dapat merasakan besarnya nikmat, besarnya anugerah setelah semua itu terangkat darinya.
Allah berfirman yang bermaksud:
" Dan sedikit sekali dari hamba-hamba-KU yang bersyukur."(QS Saba': 13)
Suami yang Allah anugerahkan kepadamu adalah sebuah nikmat, dan isteri itu juga satu anugerah buat suami.
Lihatlah sekitarmu, wahai para isteri,
Berapa banyak wanita yang sudah begitu lama menginginkan kehadiran seorang suami? Berapa ramai wanita yang harus kehilangan suaminya, mereka harus terpisah dari orang yang sangat dicintainya? Satu perkara para isteri tidak sedar, dengan adanya suami, mudah bagi wanita untuk safar kerana ada penemannya. Perhatikan ini! Jadi apabila Allah telah memberikan kepadamu seorang suami, bukankah itu nikmat yang sangat besar, di samping nikmat-nikmat yang lain? Apalagi bila suami yang Allah anugerahkan itu adalah seorang suami yang shalih dan taat beragama?
Namun. mengapa masih ramai diantaranya yang mendepani suami hanya dengan keluh kesah dan rasa yang tidak pernah puas?....
Jangan sampai Allah mencabut nikmat itu kerana kita lalai menunaikan kewajiban mensyukurinya. Allah berfirman yang bermaksud:
"Dan (ingatlah juga), tatkala Rabbmu menyatakan, Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya adzab-Ku sangat pedih." (QS Ibrahim: 7)
Dan sama-sama kita sedari bahawa suatu ujian, bala, ketidaktenangan jiwa raga kita yang Allah berikan kepada anak Adam adalah agar hamba yang sedang lalai dapat kembali mengingati Allah dan kita merasa perlu kepada-NYA.

Wednesday, March 18, 2015
Akan datang.....
"Ku peruntukkan risalah ini bagimu, duhai Isteri Shalihah.....Raihlah syurga di rumahmu dengan bakti dan cinta pada suamimu tersayang....
Jeng jeng jeng..apa agaknya yer..Nantikan..coming soon..In Sya Allah..

Memberi nama kepada anak adalah HAKNYA bapa bukannya HAKNYA ibu
Di dalam Tuhfatul Maudud bab XIII fasal 5,
Dalam masalah ini tidak ada perselisihan lagi di antara para ulama bahawa yang paling berhak memberi nama kepada anak adalah bapanya, bukan ibunya. Imma nama tersebut dia cari sendiri kerana dia telah memiliku ilmu dalam masalah pemberian nama, imma dia bertanya kepada orang alim (ahli ilmu), sama saja tidak ada perbezaan. Dalil-dalilnya dalam bab-bab terdahulu. Silalah semak ya...

Nama-Nama yang Tidak Disukai yang Patut Ditinggalkan atau Diganti dengan Nama yang lain
Antara bab ketika menamakan anak yang perlu diperhatikan juga ialah, nama-nama yang tidak begitu disukai, antara lain ialah:
1. Memberi nama dengan nama-nama yang ertinya menunjukkan kepada doa dan maksiat seperti zalim! (minta-minta tak adalah ibubapa yang namakan anaknya dengan nama Zalim..huhuhuhu)
2. Memberi nama anak dengan nama-nama haiwan seperti Dugong dan sebagainya.
3. Memberi nama anak dengan nama yang merangsang (nafsu seks)
4. Memberi nama anak dengan nama-nama Fir'aun dan orang-orang yang sombong dan zalim seperti Qarun, Haamaan dan sebagainya.
5. Memberi nama anak dengan nama yang membawa makna seolah-olah mensucikan atau menetapkan kesucian dirinya. Berkata Imam Ath-Thabari, "Tidak patut memberi nama dengan nama yang buruk maknanya dan dengan nama yang menetapkan kesucian dirinya.." (Dinukil dari Al Hafidz di Al Fath)
6. Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Imam Muslim (6/172) dari sahabat Samurah bin Jundub,
" Rasulullah SAW telah melarang kami memberi nama kepada budak-budak kami dengan empat buah nama, 1. Aflah (yang menang), 2. Rabah (yang beruntung), 3. Yasar (yang mudah) 4. Nafi'(bermanfaat).
Dalam riwayat lain dari sahabat Samurah bin Jundab, berkata, telah bersabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam, "Perkataan yang paling dicintai oleh Allah ada empat; Subhanallah, Alhamdulillah, Laa Ilaaha illallah dan Allahu Akbar. Tidak salah bagimu memulai (mengucapkannya) dari yang mana saja. Dan janganlah engkau namakan ghulammu dengan (nama) Yasar, Rabaah, Najih dan Aflah. Kerana sesungguhnya apabila engkau bertanya: Apakah di sana ada dia? Padahal dia tidak ada di sana. Maka orang pun akan menjawab: Tidak ada!"
Inilah 'illat (sebab) tidak disukai memberi nama dengan nama-nama itu, kerana apabila seseorang bertanya, Apakah di sana ada Rabah (yang ertinya beruntung)? Kemudian orang menjawab, "Di sini tidak ada Rabah (yang beruntung). Jawaban seperti inilah yang Nabi tidak suka, sebab seolah-olah tidak ada keberuntungan, tidak ada kemenangan dan sewaktu dengannya.
Maka Islam telah memberi jalan iaitu boleh mengganti nama-nama yang tidak disukai atau yang buruk maknanya dengan nama-nama yang baik.
Dalilnya:
1. Dari Ibnu Umar: Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam telah mengganti nama 'Ashiyah (yang ertinya perempuan yang maksiat) dan beliau bersabda kepada perempuan tersebut, "Engkau (yakni namamu sekarang adalah) Jamilah." (HR Imam Muslim)
2. Dari Said bin Musayyab dari bapaknya (iaitu Musayyab bin Hazn) ia berkata: Sesungguhnya bapaknya (iaitu Hazn) telah datang kepada Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam. Lalu beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam bertanya, "Siapakah namamu?".
Dia menjawab, "Nama saya Hazn."
Beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Engkau Sahl (yakni namamu sekarang diganti dengan Sahl)."
Jawab Hazn, "Aku tidak akan merubah nama yang telah diberikan bapakku kepadaku."
Berkata Said bin Musayyab, "Sesudah itu, maka sentiasa khuzuunah ada pada (keluarga) kami."
(HR Imam Bukhari)
*Hazn ertinya ialah tanah yang keras. Sedangkan lawannya iaitu Sahl (tanah yang lembut). Hazn biasa terpakai pada akhlak. Inilah apa yang dimaksudkan oleh Said Bin Musayyab, "sesudah itu maka sentiasa ada kekerasan (khuzuunah) pada keluarga kami."
In Sya Allah berjumpa lagi...
Friday, February 27, 2015
Perkara Yang Terkadang Ibubapa Lalai: Tasmiyah (Pemberian Nama) Kepada Anak Siri 2
Memberi Nama Anak Pada Hari Ketujuh
Dari Samurah Bin Jundub: Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu'alaihi wa sallam telah bersabda, "Setiap anak tergadai dengan 'aqiqahnya, disembelih (kambing) untuknya pada hari ketujuh dan dicukur rambutnya dan diberi nama (yakni pada hari ketujuh juga)." (HR Abu Dawud, Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ahmad - Shahih)
Menurut Imam Ibnu Qayyim, memberi nama itu boleh pada hari pertama dan boleh juga diakhirkan sampai tiga hari dan boleh juga sampai pada hari aqiqah (yaitu hari ketujuh) dan boleh juga sebelum dan sesudahnya. Dan urusan (pemberian nama ) ini cukup luas (waktunya). (Tuhfatul Maudud bab VIII fasal pertama)
Ustaz Abdul Hakim Bin amir Badat berkata, : Tidak syak lagi kalau kita melihat kepada hadis-hadis yang shahih dan pengamalan yang terjadi pada zaman Rasulullah Shallallahu'alaihi wa sallam bahwa menurut Sunnah Nabi Shallallahu'alaihi wa sallam memberi nama kepada anak imma pada hari pertama (hari kelahirannya) atau pada hari ketujuh, in Sya Allah akan mendapat pahala kerana mengikuti Sunnah Nabi Shallallahu'alaihi wa sallam selain telah memenuhi kewajiban memberi nama kepada anak. Akan tetapi tidak haram kalau memberi nama sesudah hari pertama dan ketujuh sebagaimana dijelaskan oleh Ibnu Qayyim. Wallahu'alam.
Nama-nama yang dicintai dan disukai Allah dan Rasul-NYA
Dai Ibnu Umar, dia berkata: Telah bersabda Rasulullah Shallallahu'alaihi wa sallam, "Sesungguhnya nama-nama kamu yang paling dicintai Allah ialah: Abdullah dan Abdurrahman." (HR Muslim)
Yang kedua, yang termasuk nama-nama yang dicintai dan disukai ialah nama-nama para nabi dan Rasul berdasarkan hadith yang dikeluarkan Muslim (6/171) dari jalan Mughirah bin Syu'bah bahwa Rasulullah Shallallahu'alaihi wa sallam telah bersabda: "Sesungguhnya mereka biasa menamakan (anak-anak mereka) dengan nama nabi-nabi mereka dan orang-orang yang shalih sebelum mereka."
Adapun nama-nama para nabi dan rasul yang mulia ialah: (yang disebut di dalam Al-Quran)
1. Adam 16. Sulaiman
2. Idris 17. Ayyub
3. Nuh 18. Ilyas
4. Hud 19. Ilyasa'
5. Shalih 20. Yunus
6. Ibrahim 21. Zakariyya
7. Luth 22. Yahya
8.Syu'aib 23. Isa
9. Ismail 24. Dzulkifli
10.Ishaq 25. Muhammad
11.Ya'qub
12. Yusuf
13. Musa
14. Harun
15. Daud
Bacalah firman Allah Ta'ala di dalam Surah An-Nissa' ayat 163-165, Al-An'am: 84-90. Dan kisah-kisah mereka dala msurah Al-Anbiyaa' dan Surah Ash-Shaaffat dan surah Shadd.
Yang ketiga ialah nama-nama yang bagus maknanya menurut Syara' (agama). Bukan nama-nama yang diharamkan atau dimakruhkan.
Nama-nama yang diharamkan dan dimakruhkan (Kitab Tuhfatul Maudud)
Bahagian Pertama: Nama-nama yang diharamkan
1. Para ulama telah sepakat tentang haramnya setiap nama yang disembah selain Allah Ta'ala seperti Abdul Al Masih (Hamba Al-Masih), Abdul Ali (Hamba Ali), Abdul Syam (Hamba Matahari) dan lain-lain. Juga memberi nama dengan nama-nama berhala seperti Al Laata, Al- 'Uzza dan lain-lain.
2. Memberi nama dengan nama-nama Allah yang khusus untuk DIA seperti Al-Khaliq, Ar-Rahman dan lain-lain melainkan ditambah didepan nama tersebut dengan perkataan Abduh/Abdul (beerti hamba),
contoh: Abdurrahman (hamba kepada Ar-Rahman yakni Allah).
3. Memberi nama-nama denga nama-nama Syaitan seperti Khinzab, Walhan, Al A'war dan lain-lain.
4. Memberi nama atau julukan dengan raja diraja atau sultannya sultan. Hal ini berdasarkan sabda Nabi Shallallahu'alaihi wa sallam: Dari Abu Hurairah RA dari Nabi Shallallahu'alaihi wa sallam beliau bersabda, "Sesungguhnya serendah-rendah nama disisi Allah ialah seorang yang bernama Malikul Malik (Raja diRaja), (padahal) tidak ada raja (diraja) kecuali Allah 'Azza wa Jalla. (HR Bukhari dan Muslim)
...In Sya Allah bersambung di Siri 3 dengan bab Nama-nama yang tidak disukai dan patut ditinggalkan atau diganti dengan yang lain.
...In Sya Allah bersambung di Siri 3

Perkara Yang Terkadang Ibubapa Lalai: Tasmiyah (Pemberian Nama) Kepada Anak Siri 1
Hakikat tasmiyah (pemberian nama) ialah untuk mengenal sesuatu yang dinamakan. Dalam masalah pemberian nama kepada anak (tasmiyatul maulud), Islam telah menetapkan beberapa peraturan yang berbeza dengan kebiasaan jahiliyyah,
Akan tetapi sangat disayangkan zaman ini dan ditangisi oleh Islam, ramai ibu bapa yang memandang remeh hal memberi nama anak ini, padahal telah banyak hadis-hadis yang shahih daripada Rasulullah SAW tentang betapa pentingnya memberi nama yang baik-baik kepada anak.
Apa yang berlaku hari ini, ibu bapa berlumba-lumba untuk memberi nama kepada anak agar nama itu sedap disebut, bunyinya yang glamor, tak nak nama yang bila sebut nampak kekampungan, nama yang digabung-gabung (contoh digabung nama ibu dan ayah menjadi satu nama), nama yang tidak mempunyai makna yang baik di dalam Islam, bahkan nama itu tidak ada makna langsung, nama yang panjang berjela-jela sehingga ada yang empat ke lima patah perkataan. Apabila ditanya, apa makna nama anak itu, ada sesetengah ibu bapa jawab, sedap bunyi nama tu, tapi makna tak tau. Baru nak cari maknanya!! Apa kes ni!!
Waktu memberi nama anak
Dari Anas Bin Malik RA, dia berkata,: Telah bersabda Rasulullah SAW, "Telah dilahirkan untukku semalam (yakni semalam telah lahir anakku) seorang laki-laki, maka aku namakan dia dengan nama bapakku iaitu Ibrahim." (Hadis Shahih Riwayat Imam Muslim (7/76))
Imam Nawawi mengatakan bahawa di dalam hadis ini diperbolehkan memberi nama kepada anak pada hari kelahirannya dan diperbolehkan memberi nama anak dengan nama para Nabi. (Syarah Muslim Kitab Fadhaa-il). Berkata Imam Baihaqi, "Memberi nama kepada anak pada hari kelahirannya lebih shahih (hadis-hadisnya) daripada hari ke-7".
Ketika Abu Talhah mendapat anak beliau langsung membawanya kepada Nabi Shalallahu'alaihi wa sallam. Kemudian Nabi mentahniknya dengan kurma dan menamakannya dengan Abdullah. (Dikeluarkan oleh Imam Bukhari No. 5470 dan Muslim)
Ketika Asma' Binti Abu Bakar Ash Siddiq melahirkan anaknya dibawalah bayinya kepada Nabi Shalallahu'alaihi wa sallam. Kemudian beliau mentahniknya dan mendoakan keberkahan baginya lalu menamakannya Abdullah. (HR Bukhari dan Muslim)
Terdapat dalil yang panjang tentang Nabi menukar nama yang buruk kepada nama yang baik.
Dari Sahl bin Sa'ad dia berkata: Dibawa Mundzir Bin Abi Usaid kepada Rasulullah SAW ketika dilahirkan. Lalu Nabi SAW meletakkan di atas pehanya sedangkan Abu Usaid duduk (yakni di sisi Nabi Shalallahu'alaihi wa sallam). Kemudian Nabi Shalallahu'alaihi wa sallam disibukkan oleh sesuatu yang ada dihadapannya, lalu Abu Usaid memerintahkan agar anaknya diangkat dari atas peha Rasulullah Shalallahu'alaihi wa sallam, lalu mereka membawanya pulang. Maka setelah Rasulullah Shalallahu'alaihi wa sallam selesai dari kesibukannya beliau sedar dan teringat (akan bayi yang dipangkunya) kemudian beliau bertanya, "Mana bayi tadi.?"
Jawab Abu Usaid, "Kami telah membawanya pulang, ya Rasulullah."
Beliau bertanya lagi, "Siapa namanya?" Jawab Abu Usaid, "Fulan, ya Rasulullah."
Beliau bersabda, "Tidak! Akan tetapi namanya adalah Mundzir." Berkata Sahl Bin Sa'ad, "Maka beliau menamakannya pada hari itu (dengan nama) Mundzir." (HR Imam Bukhari dan Muslim)
Di antara faedah-faedah dari hadis-hadis di atas ialah:
1. Memberi nama kepada anak pada hari kelahirannya.
2. Mentahnik-nya pada hari kelahirannya.
3. Mendoakannya.
4. Memberi nama dengan nama-nama para nabi dan Rasul.
5. Memberi nama yang baik kepada anak.
6. Mengganti nama yang buruk kepada yang baik atau yang baik kepada yang lebih baik.
7. Meminta nama kepada orang-orang yang shalih (baca: ahli ilmu dari kalangan Ahli Sunnah bukan ahli Bid'ah)
8. Meminta didoakan oleh orang-orang yang shalih.
10. Di antara nama yang dicintai Nabi Shalallahu'alaihi wa sallam ialah Abdullah.
...akan bersambung, In Sya Allah Siri 2: Memberi Nama Anak pada Hari ketujuh.

Thursday, October 9, 2014
Macam Neelofa???!!
Hahahaha..Apa-apa jelah sepupu ipar aku ni..
Agaknya sebab dah lama dia tak jumpa anak aku, dia cakap muka Umainah macam Neelofa..Hahahaha
Ada iras ke?
Ada Iras ke? Tang mana yang sama pun aku konfius..Hahahaha.

Dahlah..Nanti comel!
Alhamdulillah, Allah kurniakan aku dan isteri anak-anak yang bijak dan petah berkata-kata.
Paling ketara "becok"nya ialah anak dara aku yang kedua, Umainah. Memang banyak bertanya dan banyak bercakap...serta kuat merajuk. Huhuhuhuhu.
Satu sikap Umainah ni kalau dia naik kereta, dia suka duduk kat depan sit sebelah pemandu dan dia suka tengok muka dia kat cermin kat atas tu..Tengok muka dia sambil sengih sorang.
Then...tau apa yang dia pernah cakap lepas dia dah tengok puas-puas muka dia kat cermin?

Tuesday, September 30, 2014
Dan Umainah Pun Berkata....
Dan Umainah pun berkata..
Dialog antara si kakak, Unaisah dengan si adik, Umainah:

Unaisah: Umainah, Umainah..garangkan muka tiger tu..
Dan Umainah pun menjawab..: A'ah kan..macam muka mama..
Aku dan wife: Bantai gelak terkekeh-kekeh.
Begitulah keleteh dua orang anak dara aku masa aku dan wife bawa anak-anak jalan ke Zoo Melaka.
Begitu tulus, lurus dan jujurnya seorang anak kecil yang masih tidak berbuat dosa.
Lurus dan jujur. Dan begitulah seorang ayah dan ibu pula, akan menjadi garang apabila si anak-anak tidak mahu mendengar kata. Ibarat melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Di waktu si anak masih mudah mendengar kata, ketika itulah kita sebagai ibubapa yang lebih punya pengalaman hidup untuk mencorakkan keturunan kita. Samada kita mahukan anak kita menjadi Yahudi, Nasrani, Majusi atau kita mahu anak-anak kita menjadi fitrah (Islam) yang sempurna ilmu, iman dan amalnya.
Aku ada mendengar seorang pakar motivasi ni cakap, apa yang ibubapa katakan di rumah, akan menjadi pelajaran secara tidak langsung kepada anak. Anak-anak akan mudah meniru apa yang dilakukan oleh mak dan ayahnya. Sama-samalah kita belajar memberikan contoh tauladan yang baik buat anak-anak kita.
Aku kongsikan sedikit gambar-gambar ketika percutian kami
sekeluarga ke Zoo Melaka.

Inilah Harimau Kumbang yang Umainah cakap garang macam mamanya..hahahaha. Sabau jelah.
Nampak tak?..
Dah muncul..Nampak kepala jek..
Ini Beruang.
Memrang sedang berenang-renang
"Aku pun nak selfie gak." Kata Si Ungka
Friday, September 12, 2014
Setahun sudah.
Lebih dua bulan aku tak jengah blog aku ni..Sunyi sepi..
Mujur kawan aku, si Nudin bertanya tak ada ke entry terbaru. Tu lah, idea banyak, cume kekangan masa je. Ekekeke.
Nak masukkan entry terbaru ni kena perah otak untuk dapatkan idea. Nak susun ayat lagi. Huhuhuhu.
Tetiba nak berkongsi cerita setelah setahun aku tinggal di rumah baru aku ni (baru lagi ke.Ekekeke).
Dah hampir setahun tinggal di Bdr Saujana Putra, makin ramai dah jiran2 baru masuk. Lorong kejiranan rumah aku ni ada 4 lorong, namun lorong rumah aku je yang masih ada dalam 7-8 buah rumah yang masih tidak kenal siapa penghuninya. Risau jugak kalau rumah2 yang dibiarkan lama tak berpenghuni ni. Risau ada makhluk jahat yang masuk ikut bumbung rumah, pastu masuk rumah kita curi barang. Huhuhuhu.
Jiran-jiran setakat ni, alhamdulillah. Semuanya ramah-ramah belaka. Satu dua rumah je yang jenis tak campur orang.Aktiviti kawasan kejiranan juga banyak. Kitorang berhubung melalui aplikasi whatsapp. Segala aktiviti, termasuk kes rumah dimasuk pencuri, ular, tikus dan bumbung bocor pun kitorang akan umumkan dalam whatsapp. Begitu close-nya kitorang. Begitulah hidup berjiran, ringan sama dijinjing, berat sama dipikul.
Syukur, pembinaan surau di tapak yang dah ada pun telah diluluskan oleh pihak JAIS. Tunggu untuk pengesahan nombor akaun untuk sumbangan-sumbangan dari orang ramai untuk merealisasikan pembinaan surau yang diberi nama Surau Ar-Raudah.
Gambar atas: Kenangan masa gotong royong perdana 2. Geng-geng mengeteh ni.
Pembinaan Masjid untuk kawasan Bdr Saujana Putra juga sudah diluluskan. Sesapa yang ingin menanam saham untuk akhirat nanti bolehlah
sumbangkan sedikit wang untuk melihat impian penduduk Islam di sini untuk mempunyai masjid.
Sesapa yang dermawan silalah derma.
Dalam setahun ni juga, pokok kari dah besau. Jimat sikit tak perlu nak beli kat kedai lagi.
Dah setahun ni jugaklah, pokok ciku dah berbuah.
Setahun ni jugaklah, dah ada bela ikan gapi. Balik kerja penat, boleh hilangkan penat tengok ikan ni berenang-renang. Jinak ikan-ikan ni. Siap dah beranak pinak dalam akuarium ni.
Dalam tempoh setahun ni juga, belakang dah pasang tiles.
Paling best, bunga orkid dan berkembang. Waaaahhhh!!!
Projek perumahan rumah Semi-D dua tingkat kat belakang rumah pon dah siap, Sesiapa yang sudi dan mampu nak beli, jom kita berjiran. Harga rumah ni dalam RM450k-RM600k je.
Aku mampu...mampu tengok..Ekekeke
Monday, July 7, 2014
Kasih dan Redha Ibu Membawa Ke Syurga
Bila sebut pasal ibu, air mata aku ni mudah sangat untuk mengalir. Terkenang ujian yang Allah beri kepada ku sekeluarga amnya, dan kepada ibuku khususnya.
Mak aku yang dulu sangat aktif buat kerja-kerja kampung, mak aku yang sangat ceria, mak aku yang suka terlibat dengan aktiviti kampung......tapi itu dulu, setelah Allah beri ujian yang hebat buatnya, kini mak aku hanya mampu terbaring di katil akibat pendarahan dalam otak akibat stroke yang dialaminya sejak November 2013 yang lalu. Kini mak aku perlukan bantuan untuk bergerak dan buat kerja2 rutin seperti mandi dan sebagainya. Inilah ujian dan bahagian yang telah Allah tetapkan buat aku adik beradik amnya, dan buat aku khususnya, sebagai anak lelaki sulung dalam keluarga.
Allah telah memberi takdir ini untuk menguji anak-anak lelakinya, apakah sanggup untuk menjaga seorang ibu yang tidak berdaya atau tidak. Menjaga orang tua adalah satu cabaran yang sangat hebat buat diriku.
Alhamdulillah, di dalam kesempitan dan kesederhanaan hidup aku dengan isteri, Allah masih memberi peluang untuk aku menjaga emak aku. Inilah peluang untuk aku.
Aku nukilkan entry ini setelah aku mendengar satu majlis ilmu yang membicarakan tentang liku-liku perjalanan kita ke alam akhirat. Dalam kajian itu, al-ustaz ada sentuh bab menjaga orang tua yang nyanyuk dan tidak berdaya.
Dalam kajian itu, ada disentuh bahawa ujian terbesar buat anak-anak lelaki ialah menjaga ibu bapa yang nyanyok/sudah tua. Kalau kita bukan anak yang sholeh, kita telah hantar ibu bapa kita ke rumah penjagaan orang2 tua. Nau zubillah minzalik. Al-ustaz mengingatkan, selagi mak ayah kita masih hidup, tanggungjawab menjaga mereka adalah terletak pada bahu anak-anak lelaki, bukan anak perempuan.
Bahkan tanggungjawab menjaga adik beradik perempuan yang belum kahwin juga adalah tanggungjawab abang/adik lelaki. Begitu besarnya tanggungjawab yang Islam letakkan pada seorang yang bernama lelaki. Subhanallah! Dan itulah hikmah Islam menetapkan pembahagian harta faraid itu lebih untuk lelaki dikeranakan beratnya tanggungjawab anak lelaki.
Oleh yang demikian, al-ustaz menitipkan pesan kepada suami-suami supaya jangan melebihkan isteri berbanding ibu bapa. Sangat bahaya kesannya seorang suami yang melebihkan dan lebih utamakan isterinya berbanding mak ayah sendiri. Inginkan keberkatan hidup, hendaklah kita menjaga kedua orang tua dan Allah menjanjikan ganjaran yang besar kepada anak-anak yang sanggup mengorbankan dirinya untuk ibu bapanya. Hubungan anak dengan mak ayah tetap tidak akan putus walau apa pun yang berlaku, berbeza hubungan dengan isteri yang hanya diikatkan dengan akad nikah yang boleh putus bila-bila masa atas sebab syariat.
Di akhir kajian, satu pesanan yang begitu terkesan buat diriku ialah seorang mak ayah boleh dan sanggup menjaga anaknya walau hingga hujung nyawanya, tetapi belum tentu seorang anak boleh menjaga orang tuanya. Oleh yang demikian, jangan lah kita sebagai anak berkira untuk menjaga mak ayah yang telah tua yang bila-bila masa Allah boleh jemput mereka. Mungkin selama mana kita menjaga mak ayah kita, tidak akan sama usia yang dihabiskan mak ayah kita ketika menjaga kita.
Oleh itu, marilah kita sama-sama hargai dan sentiasa mengambil berat akan kedua orang tua kita. Syurga kita terletak kepada keredhaan mereka. Sangat besar pahala yang Allah berikan kepada seorang anak yang sanggup korbankan segalanya untuk menggembirakan hati orang tuanya.

Friday, June 6, 2014
Setelah 16 tahun, akhirnya bertemu jua.
Aku rasa ada jugak yang sangat rindukan untuk bertemu dengan kawan-kawan sekolah dahulu. Rindu untuk bergurau macam zaman muda-muda dulu kan.
Begitulah apa yang penulis lalui bulan Mei yang lalu. Atas kecanggihan teknologi tanpa batasan ini, kemudahan Facebook dan whatsapp, penulis bersama dengan kawan-kawan berusaha menjejaki rakan-rakan satu kelas semasa di sekolah menengah. Lebih tepat, Kelas 5 Amanah di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor. Tahun 1998 adalah tahun yang memisahkan kebanyakkan dari rakan-rakan sekelas. Ye lah, after SPM, masing-masing ada yang cari kerja sementara menunggu keputusan SPM kan. Lepas dapat keputusan SPM pulak, masing-masing sibuk untuk merencanakan matlamat hidup untuk sambung belajar di menara gading. Maka terpisahlah kita-kita ni. Penulis sendiri bermastautin sebentar selama hampir 10 tahun di Johor.
Ye lah, kadang2 ada yang berkawan satu sekolah bermula dari darjah satu sampai darjah enam, sama kelas. Alih-alih masuk sekolah menengah juga satu kelas, sampailah form 5 kan. Bayangkan berapa tahun mereka atau pun kita-kita ni hidup bersama dengan kawan-kawan sekolah kan? Ceh wah..
Begitulah apa yang penulis lalui bulan Mei yang lalu. Atas kecanggihan teknologi tanpa batasan ini, kemudahan Facebook dan whatsapp, penulis bersama dengan kawan-kawan berusaha menjejaki rakan-rakan satu kelas semasa di sekolah menengah. Lebih tepat, Kelas 5 Amanah di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor. Tahun 1998 adalah tahun yang memisahkan kebanyakkan dari rakan-rakan sekelas. Ye lah, after SPM, masing-masing ada yang cari kerja sementara menunggu keputusan SPM kan. Lepas dapat keputusan SPM pulak, masing-masing sibuk untuk merencanakan matlamat hidup untuk sambung belajar di menara gading. Maka terpisahlah kita-kita ni. Penulis sendiri bermastautin sebentar selama hampir 10 tahun di Johor.
11 Mei 2014 menjadi sejarah yang berulang kembali (ceh wah macam lagu kumpulan apa ntah yg si Tomok tu nyanyi masa dia kecik2 dulu). Setelah usaha menjejaki kawan-kawan berjaya, maka perancangan untuk bertemu, alah apa org putih panggil tu, gathering ke apa ntah..ye kot. Ngeee...dirancang. Atas izin Allah jua, kitorang berjaya berjumpa kembali setelah 16 tahun "berpisah". Avenue kitorang kat pusat boling kat Subang Jaya. Apa lagi, main boling lah kan.. Terima kasih Pakcik Usop yang sudi mensponser 2 game. Hahaha..
Jom kita layan gambar2 yang telah diambil oleh jurufoto tak bertauliah ni (akulah tu).
Sempat juga makcik-makcik ni buat sambutan Hari Ibu.
Yang berkaca mata tulah Pakcik Usop. Hensem kan..Ngeeee..
Ada Hadiah tu wei..Terima kasih kepada Makcik Yan yang sanggup bungkus hadiah2 tu ye..
Penulis bersama dengan "cikgu" bahasa Inggeris masa kat sekolah dulu. Superb Mamat bernama Naha ni bila speaking.
Wife & anak2 mestilah ikut kan.
Penulis dan Pakcik Fairuz dan isteri. Dah berisi sikit ko Peroz..Hati senang..
Setakat tu je gambau yang ada. Entah bila lah Makcik Azwinda nak bagi pic2 yang lain ni. Moga2 lepas ni, akan ada lagi perjumpaan yang boleh mengeratkan persaudaraan kita. Mana tau, ada antara makcik-makcik dan pakcik-pakcik ni nak menjodohkan anak masing-masing dengan anak penulis kan? hahahaha..
Thursday, June 5, 2014
Berpantang Maut Sebelum Ajal-Episod Akhir
Sebaik sahaja aku melepasi R&R Seremban...
"Eh, kenapa trition ni terhoyong hayang." kataku di dalam hati..
"Eh......Ya Allah........"....
Aku sedaya upaya mengawal stereng kenderaan yang kupandu dari terbalik.
"Buummmm.." Bahagian depan triton melanggar pembahagi jalan di tengah-tengah lebuhraya. Kenderaan berpusing ke tengah jalan. Triton masih berpusing.
"Bummmm.." Sekali lagi bahagian depan melanggar pembahagi jalan.
Stereng triton aku pegang begitu kejap sekali, sehingga lengan dan pinggangku terasa sakit..Bahagian belakang pulak melanggar pembahagi jalan. Aku dapat rasakan ketika kenderaan berpusing untuk kali kedua ke tengah jalan, kedua-dua tayar sebelah kanan terangkat. Aku panik sebab aku risau triton ini akan terbalik dan melanggar kenderaan lain. Ketika itulah aku perasan ada sebuah lori 24 tayar berada di belakang ku, lebih tepat lagi sebelah kiri ku.
"Ya Allah...Selamatkanlah aku" Apa yang ada difikiranku ketika itu hanyalah isteri dan anak-anakku..
...........................................
"Abang tak apa-apa?".
Aku tersedar apabila seorang lelaki menegur aku yang ketika itu sebenarnya Triton itu telah pun tersadai ke lorong kecemasan.
Syukur Ya Allah, kenderaan ini tak terbalik dan dilanggar oleh lori yang aku nampak ketika aku berpusing-pusing di dalam kenderaan yang aku pandu. Jantung ku begitu laju mengepam darah disebabkan situasi yang tidak pernah aku alami ini. Muka aku pucat lesi. Apa yang ada difikiranku ketika itu hanyalah mak aku yang terlantar sakit, isteri dan anak-anakku. Aku berusaha gagahkan kaki ku keluar dari kenderaan untuk melihat tahap kecederaan kenderaan yang aku pandu.
Bahagian depan remuk sikit sehingga bumper terkena tayar..Setelah aku berupaya menenangkan diri, aku cuba meneruskan perjalanan dengan harapan triton ini masih boleh berjalan. Alhamdulillah, walaupun berbunyi, aku dapat juga pandu dan buat keputusan untuk exit ke Nilai bagi merehatkan dan menenangkan diri aku yang masih panik dengan apa yang baru sahaja aku alami. Aku bersyukur kerana tidak cedera. Mungkin ini hanya sedikit yang aku tempuhi, mungkin orang lain ada lebih teruk, malah ditimpa kecederaan yang serius.
Aku rasakan, aku terlanggar lopak air yang bertakung di lebuhraya tadi yang menyebabkan kenderaan yang ku pandu hilang kawalan. Mungkin kelajuan 80 km/jam itu agak laju untuk situasi hujan yang lebat.
Aku berusaha untuk menghubungi kawan baikku supaya dapat menemankan aku di saat aku begitu panik ini. Alhamdulillah, terima kasih Wan yang tolong dan menemani aku dari selepas kejadian, buat laporan polis sehinggalah semua urusan yang berkaitan selesai.
Ya Allah, Kau masih beri aku peluang untuk hidup dan pelajari sesuatu dari kejadian ini. KAU masih beri aku peluang untuk aku perbaiki diri, untuk aku terus berbakti kepada ibuku ketika dia sakit semampuku, memberi aku peluang untuk aku terus menatap wajah-wajah insan kesayanganku di rumah..
Sehingga kini, peristiwa itu masih terbayang di mataku-seolah-olah ia satu permainan video, dan aku berada di dalam game tersebut. Sesungguhnya, kejadian ini meninggalkan trauma pada aku. Aku akan rasa menggigil dan seram sejuk ketika hujan dan aku memandu ketika itu. Aku mula rasa seram apabila kereta yang aku pandu bergegar disebabkan keadaan jalan di negara kita yang tidak rata ini..
Ya Allah, hilangkan lah rasa trauma aku ini..
Subscribe to:
Posts (Atom)